skateboard | 05

728 104 0
                                    

sudah hampir 3 bulan rena dan renjun berkawan dan mereka semakin rapat . rena juga sudah mengenali rakan - rakan renjun iaitu jeno , jaemin , jisung , haechan , chenle dan juga mark .

tetapi yang selalu bersama renjun hanya lah jeno dan jaemin .

ting !

rena mencapai telefon bimbitnya apabila ada mesej masuk . ianya dari renjun . mesej dari renjun dibuka dan dibaca .

from : renjunnie
jumpa di taman pukul 6 ni . saya ada benda nak cakap .

to : renjunnie
okay , jumpa nanti 

mesej dari renjun dibalas . jam dikerling . jam 5 petang . lagi sejam sebelum dia berjumpa renjun .

" apa yang renjun nak cakap ? " tiba - tiba dia berasa berdebar . dia memegang dadanya . gugup .

"  betul ke apa yang kau nak buat ni ? " soal jaemin . jeno mengangguk setuju .

" betul la , aku tekad nak bagitahu dia walau apa pun yang akan terjadi " tekad renjun .

" okay , kalau tu yang kau nak " jaemin mengangguk sebanyak dua kali .

" apa - apa pun goodluck ! " jeno dan jaemin memberi semangat kepada renjun .

" aku harap semuanya berjalan lancar " sambung jaemin . dia menepuk bahu renjun .

" terima kasih " ucap renjun . dia tidak habis - habis berdebar kuat .

" aku pergi dulu " renjun meminta diri . jeno dan jaemin berpandangan sesama sendiri sebelum jeno bersuara .

" aku tak sangka renjun dah semakin membesar "

SKATEBOARD [ ✔ ]Where stories live. Discover now