>4<

124 3 0
                                    

   Setelah selesai memperkenalkan diri , Bella terus melangkah ke tempat duduk di belakang kelas.Hannah dan Evelyn hanya mengikut apabila nampak muka Bella terlihat bosan bila sesi perkenalan sangat lama. Semasa mereka berjalan ke arah belakang kelas semua mata di dalam kelas tu melihat mereka. Tiba mereka di tempat duduk,mereka perasan depan mereka ada tiga tempat kosong tetapi dihiraukan sebab bukan masalah diorang kalau nak ponteng sekalipun.Pelajaran jalan seperti biasa dan agak membosankan bagi Bella sehinggalah waktu rehat menjelma. Mereka bergerak keluar dari kelas menuju ke kafeteria untuk mengisi perut yang lapar setelah setengah hari belajar. Belajar lah sangat diorang ni padahal si Hannah dan Evelyn conteng buku, si Bella hanya termenung. Mereka ni pandai dan cepat tangkap apa yang berlaku sekitar mereka lagipun subjek semua ni diorang dah belajar so senang kacang je.

     "Macam ada perkara yang menarik berlaku hari ini." kata Bella dalam hati sambil tersenyum sinis. Kawannya hanya memerhati Bella yang tersenyum sinis dan dapat agak pasti sesuatu akan berlaku.Diorang tahu sangat bila Bella secara tetiba senyum sinis mesti ada benda berlaku,tak tahulah macam mana Bella boleh ramal sesuatu berlaku selepas itu.

   Nampaknya mereka jadi tumpuan ramai apabila tiba di kafeteria. Dengan muka selamba mereka beratur untuk membeli makanan. Apa ingat diorang ni selamba badak je nak buat hal potong barisan,relax lah baru hari pertama sekolah takkan nak buat hal pula. Terdengar pergaduhan di tengah kafeteria. Terhenti aktiviti mereka untuk membeli makanan setelah dengar bunyi orang menjerit dan ketawa dengan kuat. Tak tahulah nak kuat mana suara tu ,boleh pekak telinga agaknya sapa yang berdiri berhampiran situ.Bella hanya memerhati sahaja malas nak masuk campur sebab bukan urusan dia , lain pula kawannya yang dua orang itu sibuk macam makcik bawang sekejap je sampai macam lipas pun ada untuk mengetahui punca dan siapa memulakan pergaduhan sampai menganggu orang nak makan,terpekik kuat sampai satu cafeteria dengar. Harap suara kau hilang lepastu hahaha jahat siot.

    Evelyn dan Hannah bertanya pada seorang budak perempuan yang menyaksikan pergaduhan itu dari awal. Macam mana diorang tahu sebab meja budak tu berhampiran dengan pergaduhan itu, "Hei!, apa yang berlaku?" tanya Evelyn pada budak itu secara mengejut. " Ehh kau  ehh , mereka buli budak itu tapi apa boleh buat nak tolong tapi takut kena buli dengan mereka pula" terang budak itu tanpa menoleh ke belakang kerana malu disegah secara tetiba sampai termelatah depan orang ramai . Beberapa orang menoleh apabila melihat siapa yang melatah bila ada pergaduhan di depan mata. Mereka yang melihat terpengun kerana tidak pernah melihat perempuan yang cantik lagi-lagi ada mix patutlah lawa. Hilang tumpuan mereka melihat pergaduhan itu.

   Evelyn dan Hannah pergi semula ke arah Bella yang memerhati pergaduhan itu dari jauh dengan wajah yang serius." Babe nak tolong budak itu or kau nak biarkan" kata Hannah. Tanpa berkata apa-apa Bella bergerak ke arah tengah kafeteria dan yang bagusnya pelajar lain yang melihat Bella menuju ke arah pergaduhan itu membuka laluan padanya."Senang sikit kerja aku , tak payah susah-susah nak tolak mereka ke tepi tapi kenapa lah tengah sangat cari attention lah tu" kata Bella dalam hati.

   Tetapi Bella berhenti berjalan apabila suasana di kafeteria itu sunyi secara tiba-tiba. Nampaknya tiga orang lelaki melangkah masuk ke dalam kafeteria dan merenung perempuan yang membuli itu. Salah seorang lelaki itu mendekati mereka dan merentap rambut pembuli itu.

   "Rania, aku dah bagi amaran sebelum ni jangan buli pelajar lain!! Aku akan buat kau menyesal sebab tak dengar kata aku" kata lelaki itu sambil menarik rambut Rania. So nama perempuan yang buat hal tu Rania nice. Dua orang lelaki lain membantu pelajar yang dibuli oleh Rania dan kawan-kawannya dan menyuruh pelajar perempuan sekitar situ membantu membawa ke bilik rawatan . Teruk juga budak tu kena belasah mesti malu bila jadi tumpuan ramai apa boleh buat kau dah jadi target tabah lah sis.

   "So nama perempuan tu Rania tak sabar nak melihat kau menderita " kata Bella dalam hati sambil tersenyum sinis. Mereka yang melihat senyuman Bella terus melarikan pandangan ke depan seram. Bella kembali ke Evelyn dan Hannah dan berlalu dari kafeteria. Jangan risau Bella sudah beli makanan ,heh ambil kesempatan bila semua orang tumpu kepada pergaduhan, Bella dengan senang dapat membeli makanan tanpa perlu beratur.

   Keadaan di kafeteria beransur reda apabila lonceng berbunyi menandakan waktu belajar bersambung semula. Pelajar yang lain terus bergerak keluar ke kelas semula.Lelaki itu melepaskan rambut Rania dan berlalu dari kafeteria bersama kawannya tanpa menghiraukan sesiapa dengan muka dingin,mereka yang berhampiran terus memberi laluan kepada mereka.

   Rania menaruh dendam sebab memalukan dirinya depan pelajar lain dan dia terus berlalu dari situ dengan kawannya. Ceyhh kau yang mulakan pergaduhan tu ,tak fikir pula malu ke tak.

[Rania Amanda]

[Sophia Paulina]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[Sophia Paulina]

[Juliana Kaytie]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[Juliana Kaytie]

[Juliana Kaytie]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mystery Girl🔍Where stories live. Discover now