>6<

129 7 8
                                    

   Disebabkan kes dekat cafeteria, mood Zayden tak berapa baik, tiga sekawan itu pun masuk ke kelas. Semasa hendak duduk di tempat masing, diorang perasan tempat duduk belakang mereka terdapat 3 buah bag yang tak dikenali. Selama ni tempat duduk belakang mereka ni kosong je jadi pelik tetiba muncul 3 buah bag. Mereka pun bertanya kepada kawan sejelas mereka.

    "Weyhh Zai ada budak baru ke?" tanya Ben kepada Zairul yang duduk meja hadapan mereka.

      "Ehh dah masuk kelas korang ingat tak nak masuk dah kelas ni, yup ada budak baru masuk 3 orang tapi diorang pernah sekolah sini dulu" Zai yang duduk di hadapan mereka memusingkan badannya ke belakang untuk menjawap pertanyaan mereka sambil memerli. Setengah hari tak masuk kelas tapi tu pun sebab diorang ada kerja.

     Mereka hanya tersenyum apabila diperli oleh Zai, nak balas balik malas pula nanti berlanjutan pula perlian tu. Terjawab soalan mereka tentang budak baru tetapi ada lagi soalan yang ingin ditanyakan kepada Zai, melihat Zai sibuk melakukan kerja, mereka melenyapkan perasaan ingin tahu tentang budak baru itu.

      Secara tetiba pintu kelas terbuka, 3 orang pelajar perempuan memasuki kelas dengan tenang terus ke tempat duduk mereka tanpa menghiraukan kawan sekelas yang lain memandang mereka.

     Zayden dan kawannya memandang mereka bertiga dari pintu masuk hinggalah mereka duduk di meja belakang mereka. Mereka terpengun melihat Bella dan kawannya sehingga tidak perasan guru sudah memasuki kelas.

     "Ehem ehem yang belakang tiga orang lelaki tu kenapa tengok anak dara orang sampai macam tu tak pernah tengok perempuan cantik ke?" itu dia perlian dari Cikgu Melur sedas diberinya. Gila malu satu kelas pandang, hari ni perlian sedunia ke apa.

     "Memang cantik cikgu lagipun budak baru, tu macam tengok tak lepas mata ni tapi Cikgu Melur lagi cantik" dengan tidak rasa malu Rayyan menjawab sambil memuji Cikgu Melur.

    "Sudah lah Rayyan malas cikgu nak melayan kamu ni, mari kita sambung topik minggu lepas buka buku teks Kimia muka surat 12" tanpa berlengah melayan karenah nakal Rayyan Cikgu Melur memulakan pelajaran subjek Kimia.

    Bella menghiraukan mereka apabila dia dan kawannya menjadi topik perbualan antara Cikgu Melur dan Rayyan. Bella melihat kawannya di sebelah kanan dan kiri. Kelihatan Hannah menundukkan kepalanya mungkin rasa malu disebabkan menjadi tumpuan, Evelyn pula hanya memandang buku entah apalah dicontengnya tu.

   Kelas dimulakan setelah cikgu menyampah mahu melayan karenah nakal Rayyan, Bella hanya mampu mengeluh di dalam hati. Hari pertama sekolah dah macam-macam terjadi apa yang akan jadi hari yang akan datang pula.



 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 09, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mystery Girl🔍Where stories live. Discover now