Bab 3

280 17 0
                                    


Hari ini adalah merupakan majlis perkahwinan Aisyah dan Hanif semua orang turut gembira akan perkahwinan ini tetapi masih ada lagi hati yang terluka disebabkan perkahwinan mereka. Hayfa melihat dari jauh perkahwinan antara aisyah dan hanif dia hanya mampu tersenyum saat melihat orang dia sayang bersanding bukan dengan diri tetapi dengan orang lain.

"assalamualaikum.." sapa seseorang. "waalaikumusalam.. aisy... datang jugak.." jawab hayfa terkejut dengan kehadiran aisy. "mesti lah aisy datang cantik lah hayfa bila macam ni..." puji Aisy apabila melihat hayfa menutup aurat dengan sempurna.

" Aisy hayfa lepas ni dah tak da kat malaysia dah hayfa sambung belajar kat jordan." Ujar hayfa. "sama la kita hayfa.. aisy sambung dekat aceh..." jawab Aisy.

"bukan aisy baru habis belajar?" soal Hayfa. "aisy sambung peringkat master.." jawab aisy. "o.. okay lah ni lah hari terakhir kita jumpa kan in shaa Allah ada rezeki kita jumpa..." jawab hayfa. "betul tu hayfa.. jom teman aisy makan aisy lapar ni..."ajak aisy. "okay jom..." jawab hayfa. Kemudian berlalu pergi.

***

5 tahun kemudian (JORDAN)

"Humaira... kenapa termenung je...tak seronok ke nak balik bumi malaysia dimana humairai lahirkan" soal asiah rakan baiknya. "Humaira gembira asiah.. tapi sudah 5 tahun Humaira duduk di bumi jordan ini rasa sayang di bumi jordan ini... kerana bumi jordan ni lah yang membuka hati humaira untuk mengenali Allah dan mendekatkan diri dengan Allah s.w.t" luah Humairah.

"Humaira hebat mana negara orang hebat lagi negara sendiri... Humaira balik lah ke Malaysia Humaira.. keluarga Humaira pasti rindukan Humaira"nasihat Asiah."thanks Asiah kerana sentiasa ada untuk membuatkan Humairah terus bersemangat.

Asiah dapat melihat Humaira tersenyum walaupun wanita itu berpurdah tetapi dari matanya sungguh dia mengetahui yang gadis itu sedang tersenyum kegembiraan.Humairah seorang gadis yang kuat dia seorang gadis yang sentiasa beristiqamah terus dan terus tanpa menghiraukan apa yang orang cakap tentang dirinya.

***

Kuala Lumpur International Airport (KLIA)

"assalamualaikum" tegur seorang gadis berpurdah kepada khairul yang sedang menunggu adiknya sampai dari Jordan."wa'alaikumusalam.. ye cik cari sapa ye.." soal khairul kepada gadis berpurdah itu.

"abang tak kenal ke.. ni Hayfa lah.."ujar gadis itu ternyata adiknya Hayfa. "hayfa ke ni..." soal Khairul kepada Hayfa dia seakan tidak percaya akan perubahan Hayfa. "yelah Hayfa ni adik abang..." jawab Hayfa sambil tersenyum.

"okay lah abang percaya jom balik komfirm umi pun tak percaya.." ujar Khairul. "ish ada ada je abang ni.. okay lah jom balik Hayfa pun rindu kat umi abi and adik beradik yang lain terutama abang khai hayfa ni..." ujar Hayfa dengan gembira.

Hayfa dan Khairul berlalu pulang kerumah dengan hati yang gembira terutama khairul sungguh gembira yang mana adiknya dulu seorang yang keduniaan tapi sekarang adiknya itu kearah akhirat.

Cik Purdah En AchehWhere stories live. Discover now