Bab 7

513 22 8
                                    


Aisy membuka purdah isterinya itu "kenapa kau tipu aku??"soal Aisy. "kenapa ustaz cakap macam tu." Soal Humaira. "kenapa tak berterus terang kau adalah Hayfa..." soal Aisy ternyata Humaira selama ini dihadapan matanya adalah hayfa.

"Hayfa adalah nama Humaira juga.." jawab Hayfa Humaira. "tapi kau tipu aku.. kau tak pernah mengatakan kau adalah Hayfa.. kau tahu tak bertapa terkilannya aku bila tak dapat berjumpa dengan Hayfa dan berkahwin pulak dengan Humaira..dan paling sakit bila tahu Hayfa dan humaira adalah orang yang sama..." Ujar Aisy.

"itu lah salah satu sebab kenapa Hayfa nak kahwin dengan ustaz... Hayfa tak pernah lupa janji Hayfa yang jika ada rezeki kita pasti bertemu lagi" jawab Hayfa Humaira.

"kenapa kau tak berterus terang.." soal Aisy. "sebab ustaz bukan lah ustaz yang Hayfa kenal... ustaz yang hayfa kenal tidak kasar seperti ini apa yang meracun pemikiran ustaz sampai ustaz jauh berubah.." jawab Hayfa Humaira.

Aisy terus memeluk isterinya "Hayfa...aisy sayang Hayfa stop call me ustaz..bila kita luar dari kolej Aisy taknak hilang Hayfa..." ujar Aisy. Hayfa Humaira membalas pelukan suaminya itu "tempat seorang isteri sentiasa disamping suaminya.." jawab Hayfa Humaira.

"Humaira can you stop call me aisy..." pinta Aisy. "saya nak panggil apa..." soal Hayfa Humaira. "habib..." jawab Aisy. "okay.. kenapa panggil hayfa humaira.. kan humaira tu student habib yang gila.." soal Hayfa humaira sambil tersenyum mengusik.

"sebab habib nak habib sorang je panggil isteri habib ni humaira okay... sebab idea gila humaira habib dapat jumpa Hayfa sekaligus dapat humaira..." jawab Aisy. "terima kasih sebab sudi terima humaira menjadi isteri.." ujar Humaira.

"sama sama moga cinta kita kekal ke jannah... indahnya bercinta selepas kahwin banyak nikmat dari Allah kita patut syukuri.. patut lah Allah memerintahkan hambanya supa jangan mendekati zina. Jadi yang halal lebih baik dari yang haram... kan sayang.." terang Aisy.

"betul tu... sekarang baru humaira tahu kenapa Allah patahkan hati humaira dulu... Allah patahkan hati humaira supaya humaira lebih mendekatkan diri humaira dengannya dan Allah nak ganti dengan seseorang yang lebih baik..." ujar Hayfa Humaira.

"iman manusia ni ada naik ada turun...habib juga pernah diuji dengan keimanan... sebabtu lah awal pertemuan kita habib menjadi diri habib yang lama.. seorang panas baran.. itu semua sebab perempuan.."terang Aisy.

"takpe humairah faham... Imani dah cerita semua dah... manusia mana yang tak didatangi ujian.. itu semua mengajar kita lebih matang. Dan makin mendekatkan diri dengan Allah s.w.t" jawab Hayfa Humaira.

Sedang mereka berborak tiba tiba terdengar bunyi kaca pecah dihadapan biliknya Hayfa Humaira terperanjat begitu juga dengan Aisy. Terus sahaja mereka membuka pintu bilik mereka dan mereka terlihat Khairah sudah berada dilantai dengan darah dikakinya akibat terkena kaca.

Seperti biasa ini semua kerja umi dan Kakaknya. "astagfirullahalazim...umi .. akak nak jadi pembunuh ke.." soal Hayfa Humaira. "Hayfa boleh tak jangan bela sangat perempuan ni lorong ni..." tempik Aisyah.

"aisyah kamu jangan kurang ajar.." jerkah En Khasyaf yang sudah lama bersabar dengan tingkah anak dan isterinya itu. "eh pompuan apa kau dah buat dekat keluarga aku... ha... semua orang nak bela kau..." ujar puan maryam sinis.

"umi... mana iman umi.." soal hayfa. "hayfa baik kamu diam.. jangan jadi anak yang kurang ajar..." ujar Puan Maryam dengan angkuh. "umi lupa agaknya yang hayfa dah bersuami.. hayfa bukan tanggungjawab umi lagi.. umi sudahlah tu membenci kak irah tak nampak buruk dimata hayfa..." nasihat Hayfa Humaira.

"eh pompuan kau keluar sekarang dari rumah aku..keluar!!!" halau puan Maryam. "apa kau tunggu lagi pekak ke.." sampuk Aisyah terus mengheret Khairah keluar dari rumah itu. Puan Maryam hanya tersenyum sinis melihat menantunya itu dihalau keluar oleh anaknya.

"puas hati umi kan... sampai bila umi nak macam ni.. sudah lah umi kalau hayfa cakap lebih bukan masuk pun kat hati umi kerana penuh dengan hasad dengki... hayfa akan tinggalkan rumah ni.. hayfa takkan balik selagi umi tak berubah.. ingat umi doa org yang dizalimi itu sentiasa dimakbulkan Allah... halalkan makan minum hayfa.. Hayfa minta maaf jika selama hayfa jadi anak umi hayfa banyak menyusahkan umi.. lagi satu kita bukan tuhan yang boleh menentukan surga dan neraka seseorang... Na'uzubillah min zalik.. Hayfa nak pergi kemas barang dan pergi dari rumah ni..." selesai sahaja bicara terus Hayfa meninggalkan uminya.kini tinggal lah en khasyaf puan maryam dan Aisy.

"Aisy tolong nasihatkan isteri kamu tu jangan kurang ajar dengan umi..."tempik Puan Maryam tidak puas hati. Aisy hanya tersenyum sinis hitam sungguh hati mak mentuanya ini sehingga tidak mahu menerima teguran orang lain sungguh angkuh sifatnya patutlah isterinya beriya mahu berkahwin.

"umi.. kadang kadang kita kena sucikan hati kita dengan zikir zikir Allah in shaa Allah kita dapat menerima teguran orang lain..." nasihat Aisy kemudian berlalu masuk kebilik kemudian menutup pintu biliknya.

Cik Purdah En AchehWhere stories live. Discover now