Disebabkan aku dan Farouk dah mula bosan di Kuala Pilah, masa tu cuti, kami bercadang untuk jalan-jalan (balik hari) di Bandar Melaka. Bosanlah pegi Seremban sebab balik-balik jumpa muka member-member Pilah jugak. Kalau nak ke bandar Melaka dari Kuala pilah, korang boleh lalu jalan dalam. Dan tunang aku memang ‘champion’ bab-bab jalan dalam ni. Tapi terhad kepada Pahang dan Melaka je la. Sebab die boleh melenjan atas jalan dengan kereta Saga die yang dah modified acah-acah Nissan GTR atau Porsche Panamera tu.
Kami pun merentasi jalan nak ke Bandar Melaka melalui Tampin. Laluan kami adalah Kuala Pilah-Tampin-Melaka. Waktu siang jalan ni okay, boleh diterima kemesraannya tapi kalau malam dan sorang-sorang, aku pun tak berani. Aku ada kawan sorang ni, Anis, memang jalan hari-hari dari Tampin ke Kuala Pilah sorang-sorang. Aku respect sebab dia berani dan pada dia laluan tu biasa sahaja. Sambung cerita balik, waktu tu dalam tengah hari lah. Kami pun sampai di Bandar Melaka dan jakun kejap sebab Melaka dah ada macam-macam. Kami pun merewang, makan-makan dan sempat singgah Bukit China sebab nak makan cendol dan rojak mamak yg terkenal tuh. Lepas tu kami pun begerak ke Aeon Melaka sebab nak cari barang kat Daiso. Selesai solat asar di Aeon Melaka.
Aku pun menurut la kehendak Farouk. Aku pun tak berapa risau sebab Farouk memang jaga aku kalau kami ke mana-mana. Badan pun agak sador. Heheh.. Kami pun tengok lah cerita Insidious 2. Aku memang dasar penakut so memang tercampak-campaklah popcorn aku time scene hantu keluar. Farouk pulak tergelak-gelak tengok aku. Memang menakutkan cerita ni sebab banyak ‘scare jumps’ sampai aku tak tau bila nak kena pejam mata. Aku rasa separuh dari movie tu memang aku tak tengok sebab tutup mata. Biasanya aku akan ambil masa 3-4 hari untuk sembuh lepas tengok cerita hantu yang menakutkan. Habis je cerita Insidious 2 aku rasa menyesal pulak sebab nak kena balik ke Kuala Pilah lepas ni dan lagi-lagi pulak esok nak kerja.
Maka kami pun masuk kereta lepas solat maghrib. Masing-masing memang letih sebab satu hari berjalan, lepas tu terlebih bijak pulak tengok cerita hantu
Jam menujukkan pukul 8.30 malam. Kurang-kurang sampai Kuala Pilah dalam pukul 10.00 malam. Esok pulak kena kerja. Arghhhhhhh ini lah perasaan yang paling tak best di dunia. Aku akan pastikan Farouk exit Ayer Keroh dan lalu highway jugak sebab kadang-kadang dia selalu buat-buat lupa. Nak kata dia ni berani sangat tak jugak, aku yang penakut lebih. Macam la kat atas highway tu takda benda-benda yang menakutkan jugak kan ?Tp aku tak peduli, yg penting aku tak nak lalu jalan lama atau jalan dalam.
Waktu tu kami dah atas highway. Kami perlu ambil susur keluar di Simpang Ampat utk lalu Tampin. Dari Tampin dah dekat dah dengan Kuala Pilah. Kira okaylah daripada kena redah jam kalau lalu jalan dalam. Hari Ahad la katakan. Lagi 50m nak keluar Simpang Ampat, tiba-tiba pula ada satu ambulans ni sudah potong secara mengejut kereta kitorang sebab dia nak keluar dari Simpang Ampat juga. Ambulans ni memang tengah bunyikan siren, jadi kami paham lah tapi sebab terlalu leka dan Farouk pun terkejut, die secara tak sengaja terlepas simpang tu.
Kami pun ‘exit’ la di Rembau. Keyakinan itu penting. Seingat aku tol Rembau kecik je (Pedas-Linggi), lepas tol tu je, Waze suruh masuk kiri. Sebenarnya pertama kali kitorang lalu jalan ni. Farouk pun tak pernah lalu. Kitorang pun bantai redah je. Lepas 2km tiba-tiba jalan yg terang bertukar menjadi satu jalan yg lurus, gelap dan sempit.
Kiri kanan adalah hutan tebal. Jangan kata lampu jalan, cahaya bulan pun kitorang tak nampak. Bayangkan untuk 10-15km seterusnya, hanya kereta kami sahaja yang lalu jalan tu. Takda langsung kereta lain, yang buat aku tak senang duduk adalah sebab kiri dan kanan aku tak nampak satu buah rumah pun. Padahal papan tanda untuk masuk kampung ada juga beberapa buah.
YOU ARE READING
Pengalaman menyeramkan....
RandomCerita pendek dari pelbagai usul. baca dan amati. Kalau ada kisah sendiri..boleh kongsi dengan sis di komen atau dm sis okey. Selamat membaca.