Laila, perempuan lemah lembut, pendiam dan pemalu kalau dilihat dengan mata kasar. Ramai yang nak berkenalan dan jadi kawan. Tapi yang peliknya hubungan tu tak akan lama.
Dikolej, Laila selalu bersendirian. Makan sendiri, ke kelas sendiri, keluar pon sendiri. Tak ade yang mengenali untuk tegur atau mendekati. Pelik tapo itu yang jadi.
Nak dijadikan cerita, aku dan roza bersahabat baik sejak sem 1, dan kami pelik dengan tingkah laku orang sekeliling yang menjauhkan diri dengan Laila. Bila ditanya kenapa, ramai yang tak mahu cerita. Point yg dorang bagi adalah....
"Kalau korang nak sangat tahu, pergi la kawan dengan dia!"
Dengan nada marah pulak tu.... aikk, marah betul dorang ni dengan Laila. Sampaikan aku dengan Roza jadi tertanya tanya.
After 1 week berfikir, aku pon ambil langkah diikuti Roza untuk try rapat dengan Laila. Ramai juga yang terkejut.. dan ade juga yang tersenyum sinis, siap bagi note lagi supaye berhati hati.
Roza: Berhati hati? kenape eh??
Aku: Entah la weyh, aku pon pelik..
Roza: Kite ni selamat ke tak sebenarnye?
Aku: Maksud kau???
Roza: Buat tak faham pulak budak ni (sambil buat muka)
Aku: Dah la, jangan fikir bukan bukan..___________________________________
BERSAMBUNG.......
YOU ARE READING
Pengalaman menyeramkan....
RandomCerita pendek dari pelbagai usul. baca dan amati. Kalau ada kisah sendiri..boleh kongsi dengan sis di komen atau dm sis okey. Selamat membaca.