1

24 2 0
                                    

"Hey, Aqil. Kau sudah siapkan kerja sekolah bahasa melayu?" Tanya seorang gadis yang berkaca mata.

Aqil, lelaki yang tinggi itu mengangguk. Lalu gadis itu memintanya untuk meminjam buku itu. Tanpa berkata apa-apa, Aqil hanya memberikan bukunya kepada gadis itu.

Pada masa yang sama, seorang lagi gadis menatap sedih mereka berdua. Dia mengeluh sebelum mengorak langkah keluar dari kelas itu. Melihat situasi itu tadi menyeksa dadanya.

Dia menoleh ke arah tingkap, memerhatikan semua pelajar berinteraksi. Ada yang sedang berbual antara mereka, ada yang bermain di padang dan ada yang melakukan ulangkaji pelajaran.

Mata gadis itu kelihatan sayu sebelum air matanya mengalir laju. Dia tersedu-sedu dan cuba untuk meredakan tangisannya.

  "Kakak?"

Kepalanya pusing ke arah pemilik suara itu secara automatik. Seorang lelaki yang comel sedang menatapnya dengan wajah risau dan hairan. Ini kerana dia mendapati bahawa kakaknya menangis tanpa sebab.

"Oh.. Ariq.." balas gadis itu sambil mengelap air matanya yang masih bersisa. Ariq memegang lengan baju kakaknya itu.

"Kak Ieya .... Kakak tidak boleh tipu Ariq. Ariq boleh rasa apa yang kakak rasa.." kata Ariq dengan nada risau.

Gadis itu tersenyum tipis.

"Walaupun Kak Ieya bukanlah kakak kandung Ariq, tapi Ariq nak kakak tahu yang Ariq sayangkan kakak," ujarnya sambil tersenyum kecil kepada gadis itu.

   Ina, atau nama sebenarnya Nurhazifah Diana, hanya mengangguk lalu menguntum senyuman kepada lelaki itu.

"Mari kita pergi rehat." Kendian, mereka berdua meninggalkan kawasan itu.

'Maafkan kakak, Ariq. Ada sesuatu yang kakak sembunyikan daripada kamu...'

Yeahhhh! Akhirnya! Cerita pertama saya yang ditulis dalam bahasa inggeris telah pun disiarkan! Gembiranya!

Oh ya, cerita ini berdasarkan kisah sebenar. Harap kalian suka!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 10, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Usahlah Buatku CemburuWhere stories live. Discover now