*#GHOST SPECIAL EDITION : RAYA Part I

239 7 0
                                    


****#GHOST SPECIAL EDITION : RAYA

Perkara yang paling 'best' bila berkahwin dengan anak yatim ialah, Arin tak perlu susah payah nak bergaduh bila nak balik raya. Tak perlu fikir giliran siapa tahun lepas; gilaran siapa pula tahun ini. Waktu itu dia memang seronok habis. Tapi...
Kalau dah namanya Kimi Rafael, dia tak akan biarkan hidup Arin tanpa kejutan.

12:02 malam.
Malam raya. Bukan malam biasa-biasa!

Arin sudah mundar mandir. Resah. Gelisah. Semuanya ada. Lenguh berdiri, dia duduk. Dia jeling pada jam bulat sebesar pinggan makan di ruang tamu. Jarum dah bergerak melepasi angka satu. Enam minit sudah berlalu. Tudung Bawal ekslusif yang paling murah yang dibelinya minggu lepas sudah ditanggalkan. Rosak rancangannya nak melawa menyambut kepulangan suami!

Panas kerana menunggu terlalu lama tudung dah tersadai di atas kepala kerusi. Kipas di ruang tamu pun dah berpusing macam kipas helikopter. Mahu terbang semua barang kat rumah ni.

Apa yang jadi? Telefon pintar langsung tidak bergetar. Jangankan berdering. Takkanlah tak ada telefon kat sana?

"Okey... Sabar... Jangan merajuk Arin. Jangan marah." Dia tiup kata-kata untuk bersabar. Arin faham. Sekurang-kurangnya cuba faham. Seminggu sebelum hari raya, Kimi kata, dia ada 'kerja yang dia tak boleh tolak'. Mesti pergi. Dan dia janji akan balik sebelum hari raya. Katanya lagi, sebelum pukul sepuluh, dia akan sampai.

Sesuatu yang menyentuh pipinya mengejutkan Arin. Rupanya Arin dah terlelap di sofa. Terloncat bangun Arin mendapatkan suaminya. Terus dilempar tangan merangkul Kimi yang sedang tersenyum di hadapan mata.

"Ya Allah... Lama Arin tunggu." Terus terpacul dari mulut Arin saat tubuh Kimi dipeluk erat.
"I'm here. Without a scratch." Kimi tersengih apabila mata Arin sudah bergerak ke serata tubuhnya. Memeriksa sebarang kecederaan.
Iyalah sangat. Tapi hatinya dah terguris. Arin cuba untuk tidak merajuk. She loves him too much.
"Sorry," kata Kimi. "Abang tak boleh call."
Okey... malas nak bergaduh. Apa-apa alasannya, sekarang dia dah sampai. Itu yang lebih penting. Yang paling penting, dia mesti sampai di kampung malam itu juga, menjelang dinihari.
"Jomlah..." kata Kimi seraya menarik tangan Arin. Dia tahu mereka dah terlambat.
"Sebelum tu... Janji satu perkara."
"Apa dia?"
"Tak boleh ada phone call."
"Okey." Kimi tahu panggilan telefon daripada siapa yang dimaksudkan oleh isterinya.
"No more surprises..."Arin cerlung dengan muka comel.
"Okay..."
"Kena bayar ganti rugi..."
"No problem. My pleasure." Kimi kulum senyum. "Habis dah?"
Kimi tahu Arin marah.
"Dah!" Masam sahaja muka Arin, dengan muka cemberut.Comel sangat! Kimi sungging senyum.
"I love my job. But I love you more," tutur Kimi perlahan.
"Tak nak buat lagi," kata Arin. Serius. Dengan riak serius.
"I'm sorry but I really love you."
Arin cerlung, sengaja dibuat-buat muka marah. Dia ingat bila cakap 'i love you' dia boleh senang-senang maafkannya?
"Malam raya ni. Tak baik marah-marah." Kimi tahu dia bersalah. Sangat. Tapi apakan daya...
Kimi peluk Arin, cium ubun ubun kepala lalu berkata, "Dah, ambil bag. Nanti kita lambat."

***
Malam raya kedua.
Rumah Arin di kampung.

Kimi tak pernah ingat bila waktunya di menyambut raya dengan meriah. Ramai orang. Rumah dipenuhi sanak saudara, tua dan muda. Lampu berwarna warni. Kanak-kanak bergembira bermain bunga api. Lemang yang banyak. Ketupat yang tidak berhabis dimakan. Pelbagai jenis biskut raya yang pelbagai bentuk, warna dan rasa. Semua itu, tidak pernah berlaku.

Riuh rendah, namun dia temui kedamaian di sebalik hiruk piruk suara manusia. Panjut yang dipasang berderet menerangi halaman rumah berkelip-kelip. Selalu orang memasang pelita yang diisi dengan minyak itu sepanjang malam tujuh likur. Kata abah, disebabkan malam ini ramai sanak-saudara berkumpul, dia mahu rumah ceria. Tidak cukup dengan pelita, Lampu raya berwarna warni juga dipasang.

Saat saudara mara mula bersurai, Kimi mengundur diri ke bilik. Arin yang sedang menyikat rambut berpusing dan melempar satu senyuman manis kepadanya.
"Ngantuk?" tanya Kimi tatkala melihat Arin menguap.
"Umm. Penatlah."
Pandangannya langsung tidak dilepaskan dari wajah Arin. Kimi tarik Arin ke dalam pelukan. Jujur dia rindukan isterinya. Sibuk berhari raya, dia tak sempat untuk bermesra dengan Arin secukupnya.
"Abang okey?" tanya Arin. Kesian kat suaminya apabila dia diserang dengan pelbagai soalan oleh sanak saudara. Paling yang tidak tahan apabila ditanya soalan membunuh.
'Rasa dulu, orang lain kan?' Adoi makcik Kiah. Kalau ia pun nak membawang, sabar-sabarlah. Ini ditanya soalan tu depan-depan. Depan Kimi pula tu.
'Kerja apa?'
'Selalu doktor kahwin dengan doktor juga. Kamu doktor ke?' tanya makcik Kiah sambil menilik rambut Kimi yang hampir mencecah bahu.
'Saya doktor komputer, makcik.' Jawab Kimi dengan sopan.
Makcik Kiah tercengang-cengang. Arin pula ketawa guling-guling dalam hati. Bijak sangat jawapan Kimi itu. Nada suaranya pun, lembut dan sopan sangat.
'Bila nak dapat anak?'
Soal Makcik Kiah lagi.
Nasib baik mereka bijak menepis.
"Okey..." jawab Kimi sepatah bersama satu senyum nipis. Tangan dibawa ke rambut Arin, mengurai-ngurai rambut melepasi bahu itu.
"Seronok tak beraya kat kampung?" tanya Arin lagi.
"Beraya kat mana-mana pun tak kisah janji Arin ada bersama abang."
Alahai, manis pula ayat suaminya ini.
"Abang..."
"Yup..."
"Esok..." Arin berhenti apabila ekspresi wajah Kimi berubah tiba-tiba.
"Kenapa?" tanya Arin.
"Dengar tak?"
Arin kerut kening, sedikit cuak. Telinga cuba ditajamkan. "Tak dengar apa pun. Bunyi apa?"
"Biar Abang pergi check."
Cepat-cepat Arin pegang tangan Kimi. "Ayam kot?"
"Tak Bukan ayam." Kimi berbisik.
"Cengkerik?"
"No." Kimi geleng. Kepalanya sudah terteleng ke bahagian jendela.
"Budak-budak tengah main kot..." kata Arin, perlahan. "Raya ni... biasalah..."Sekarang Arin betul-betul cuak bila Kimi mula dalam 'spy mode' dia.
"Sayang tunggu sini."
"Abang..." Kata Arin antara celah gigi. Antara geram dan getar.
Malangnya Kimi sudah fokus pada 'bunyi' yang didengarnya. Susah juga dapat suami yang terlalu alert ni.
Arin hela nafas. Kecewa.

Perlahan dan senyap, langkah diatur. Dia berhati-hati untuk tidak terpijak ranting kayu kecil yang akan mengeluarkan bunyi. Telinganya dapat menangkap pergerakan orang. Dia tahu, itu bukan pergerakan anak-anak saudara Arin. Juga bukan aturan tapak kucing.

Di dalam gelap, dia telah mengesan dua figura berpakaian hitam. Kimi sudah bersedia. Tangannya dalam keadaan bersedia.

Puk pak. Puk pak!
Berlaku satu pergelutan di dalam gelap.
"Ghost!"
Jeritan kecil seseorang buat pergerakan Kimi berhenti separuh jalan. Tangan yang sudah berlingkar di leher lelaki berpakaian hitam itu juga terhenti. Nasib baik. Kalau tak, nahas!

****

#GHOSTWhere stories live. Discover now