Di sini kami masih bebas
Bebas untuk melakukan apa sahaja
Kami bebas merancang masa
Hadapan kami
Malah
Kami sibuk memikirkan jodoh
Yang Allah dah tentukan dari azali lagi
Sampai lupa jodoh yang sebenarnya sudah
HAMPIR
Apakah ia?
Iaitu KEMATIAN
Tetapi
Di Palestin, Gaza, Syria, Rohingya dan negara
Yang ditindas oleh makhluk-makhluk
Yang durjan.
Mereka tidak bebas melakukan
Apa yang orang lain buat
Mereka juga tidak ada masa untuk fikir tentang jodoh
Kerana mereka ingin berjuang untuk agama Allah
Mereka hanya trauma kerana hidup tanpa sesiapa
Mereka tidak pernah lupa bahawa Allah sentiasa bersama mereka
Sebab itu, mereka sentiasa kuat dan tidak pernah
Berasa gentar walaupun sedikit dengan musuh
Wahai manusia yang Allah limpahkan keamanan kepadanya
Ingat lah kita bahawa kita seharusnya bersyukur
Kerana Allah beri kita secukupnya
Allah masih bagi kita kehidupan dengan orang-orang
Yang kita sayang
Kita masih sihat dari segi fizikal dan mental
Sedangkan, sahabat kita yang lain
Mereka masih kecil
Tetapi tidak dapat hidup bersama orang-orang
Yang mereka sayang.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tarbiah Hati
SpiritualitéPuisi yang di cipta untuk mengingati diri yang penuh dengan dosa dan juga menjadikan perform penulisan salah satu saham kebaikan di dunia dan di akhirat. Mungkin cara penulisan kami tidak berapa nak baik seperti penulis-penulis wattpad yang lain. Ka...