Dia lelaki pinjaman sementara , lelaki yang mengubah segala-galanya .
•••
SINARAN matahari menyinari dipelusuk bilik kayu kecil ini . Burung berkicauan dan ada juga yang berterbangan bebas dilangit biru ciptaannya . Tidak ketinggalan juga pokok rendang yang daunnya sedang bergoyang lembut .
" Adleen ! Kau datang sini kejap ! " Adleen bangun dari tempat duduknya itu . Dia mengeluh perlahan . Diregangkan badannya kekiri dan kekanan .
Mak ngah pula ada saja yang mahu disuruhnya Adleen kemas , Adleen hanya menurut perintah malas nak bertengkar dengan orang tua itu .
" jap mak Ngah " tangkas saja tangannya menyimpan kembali buku resepi masakannya itu , disusun rapi kembali kedalam kotak . Disitu terdapat juga buku diari yang dibeli oleh arwah ibunya khas untuk dirinya .
Bilik kayu ini terisi dia seorang , almari baju pun tiada apatah lagi almari untuk letakkan bukunya . Yang ada hanya tilam bujang bersama kain batik milik arwah ibu Adleen dilapik diatas tilam itu .
Mujurlah kotak bersaiz sederhana besar itu ditemui , bolehlah Adleen letakkan buku bukunya itu . Bajunya pula dilipat dan diletakkan ditepi kotak itu .
Bilik kayu ini bukanlah sebesar mana , cukup untuk Adleen seorang sahaja . Permulaannya bilik ini didiami oleh abang Adleen , Amar Arshad . Tapi sekarang abangnya sudah pun sambung belajar di Sabah .
Hasil titik peluh abangnya sendiri semuanya , harta perwarisan ibu dan ayah sudah habis dibelanja oleh mak Ngah dan kedua orang anaknya itu . Adleen dan Amar hanya menghalalkan dengan niat mungkin rezeki akan datang lain hari .
" Adleen Adreena ! " Adleen tersentak lalu lantas dia keluar dari bilik itu . Dituju kearah dapur lalu terjelaslah mak Ngah yang sedang bercekak pinggang sambil matanya menerkam biji mata Adleen .
" kenapa mak Ngah ? " Marsya dan Zulaikha yang sedang melahap nasi hasil dari masakan Adleen , dipandang sekilas lalu Adleen melihat kembali singa didepan mata .
" kau ada duit tak ? " Adleen terdiam . Duitnya ada tapi itu duit yang diberikan oleh abangnya untuk membeli baju buat dirinya sendiri .
" tak ada la mak Ngah " tipu Adleen . Dia tahu kalau Adleen cakap ada nanti mulalah dia mahu pinjam . Haritu 300 ringgit hasil dari dia menolong mak cik Izan menjual nasi lemak selama tiga bulan habis diambilnya .
Dia sudah ceritakan kepada abangnya , tapi apakan daya . Amar dan Adleen tiada kuasa hendak mencelah , hanya membiarkan saja . Nasihat dari arwah ibu mereka sentiasa terpahat dihati .
Mak Ngah garu kepala yang tidak gatal , mundar mandirnya didepan Adleen .
" kenapa mak Ngah ? "
Adleen bertanya lagi , khuatir pula dirinya terhadap ibu saudaranya itu . Walaupun mak Ngah melayan dia teruk sekali , tetapi dia beruntung dia masih mempunyai tempat berlindung .
" aku nak duit 2 ribu "
Adleen tersentak . Dia mengurut dadanya perlahan . Marsya dan Zalikha pun dah naik keatas , mahu berkepit dengan telefon yang baru dibeli merekalah tu . Itupun diorang beli guna duit tabung Adleen .
Adleen permulaanya tak nak bagi , tapi mak Ngah mendesak kalau dia tk berikan duit itu mak Ngah akan usir dia keluar dari sini . Akhirnya Adleen mengalah , diberikan mereka duit simpanannya itu .
Dalam akaun banknya masih ada duit 1000 ringgit . Hasil daripada dia menoreh getah pada setiap hujung minggu . Alhamdulillah ketua kampung memberikan gaji yang lebih kepada Adleen .
Kasihan dengan Adleen yang terpaksa mencari rezeki pada usia 18 tahun . Mak Ngah pula hanya goyang kaki dirumah .
" buat apa mak Ngah smpai banyak tu ? Adleen tak ada la mak Ngah duit buat masa sekarang . Adleen hanya ada 20 ringgit je , tupun esok nak pergi pasar . Marsya nak makan ayam masak merah "
Terlayar pula diminda permintaan Marsya itu . Punyalah merayu mahu makan ayam masak merah . Adleen hanya mengiyakan saja .
Duit yang diberi oleh jiran sebelah itu digunakan untuk Marsya . Dia hanya mengangguk setuju atas permintaan Marsya . Kalau tak setuju angin ribut semua datang .
" 20 ringgit buat apa ! Aku nak 2 ribu lah bodoh ! 2 ribu ! "
Mak Ngah segera tunjal kepala Adleen kuat , lalu dia beredar dari situ . Adleen hanya mengusap tempat yang ditunjalnya itu . Sakit lama belum sembuh tapi ditambah lagi yang baru .
Dia berlalu ke biliknya kembali . Frame gambar yang terletak elok ditepi katil diambil lalu diusap perlahan muka arwah ibu dan ayah .
Perlahan lahan air matanya turun apabila mengingat kejadian gelap pada hari itu . Kapal terbang yang terhempas itu menjadi sejarah pertama terukir .
Hari yang ditunggu tunggu Adleen menjadi hari yang paling ditakuti olehnya . Ibu dan ayahnya yang baru saja pulang dari menunaikan haji , Tuhan jemput kembali .
Tapi Adleen redha dengan ketentuan Ilahi , mungkin pemergian ibu dan ayahnya itu ada terselit sebuah kebahagiaan yang baru saja mahu diukir .
Siapa sangka ? Air mata yang selalu diusap sendiri , lama kelamaan bakal diganti dengan kebahagiaan yang lain ? Siapa tahu ? Kuasa Allah .
" ibu , ayah ... Adleen rindu " perginya ibu dan bapanya itu membuatkan hidupnya kosong . Sudah 2 tahun sejak pemergian ibu dan ayahnya . Adleen angkat wajah menghadap keluar jendela .
Frame gambar yang diletak kemas didada dipegang kuat lagi . Diletakkan pandangannya keluar . Langit biru memenuhi pandangannya .
" kau kena kuat Adleen , kau tak boleh lemah . "
Ya itulah kekuatan diri Adleen Adreena .
Smile even you hurt .•••
How the beginning ?
YOU ARE READING
Lelaki Pinjaman Sementara
RomanceDia terkenal dengan sifatnya yang dingin . Dia pula terkenal dengan sifatnya yang ceria . Apa akan terjadi jika mereka ditakdirkan bersama ? Hanya ajal yang mampu memisahkan mereka atau keadaan memaksa seseorang bertindak drastik ? " take care y...