Bab 3

69 4 0
                                    

Dia lelaki pinjaman sementara , lelaki yang mengubah segala-galanya .

•••

"

" TERIMA kasih selamatkan saya "

Adleen memegang bakul yang berisi barangannya yang jatuh tdi seeratnya , jujurlah dirinya juga masih menggeletar ketakutan tapi digagahkan untuk tersenyum kepadanya .

Lelaki itu hanya mengangguk dan bersandar kepada keretanya . Jelas dimata Adleen lelaki ini bukan calang-calang orang , diikutkan hati mahu saja ditanya lelaki ini datang dari mana tapi dia hanya berdiam diri .

" what's your name ? "

" Adleen " Lelaki itu mengangguk senyap . Dia memasukkan tangan kedalam kocek seluarnya lalu anak matanya menikam tubuh ghenit didepan mata ini . Jelas perempuan ini memang kelihatan ayunya dengan berbaju kurung . Jarang dirinya melihat perempuan memakai baju kurung pada masa kini .

" oh ya Adleen . Please be aware after this okay ? You must to take care of yourself " setelah mendengarkan nasihat tersebut lelaki itu berdehem apabila melihat rona wajah Adleen kemerahan . Tersembul wajah Adleen yang menahan senyum .

" ya terima kasih seka... "

"-Adleen ! " Adleen mengurut dadanya perlahan . Ekor matanya berpaling kekanan , dan dikecilkan anak matanya untuk melihat siapakah gerangan yang memanggilnya tadi .

" kau buat apa kat sini ? ni siapa ? " Hakim mendapatkan Adleen lantas ditarik lengan Adleen untuk merapat kearahnya . Adleen hanya melemparkan senyuman yang tidak selesa dengan tindakan Hakim . Sudahlah dia memeluk dirinya sebentar tadi , sekarang nak merapat pula haih .

" please let her go , dia tk suka kau " Lelaki itu bersuara setelah lama meneliti tingkah laku pasangan tersebut . Kakinya dituju kearah tempat pemandu lalu cepat sahaja dia memboloskan diri kedalam kereta itu . Enjin kereta tersebut yang mengaum garang berlalu tinggalkan mereka begitu sahaja .

" siapa dia ?! " Hakim bertanya sekali lagi tapi kali ini dia menyelitkan amarahnya . Mana taknya dia ternampak Adleen berdua duaan dengan lelaki yang dia tidak tahu mana usulnya ditempat sebegini . Apa apa boleh terjadi .

Memang betul dia mengikut tutur kata hatinya , dia memang tidak senang duduk semasa dirumah . Fikirannya asyik melayang kepada Adleen , jadi dia membuat keputusan untuk mencari Adleen .

" aku tak tahu " Adleen menunjukkan riak muka selamba . Fikirannya masih dengan bait kata yang dituturkan oleh lelaki tersebut . Tersenyum dirinya seorang diri , rupanya masih wujud orang yang sebaik ini .

" woi ! Kau dah kenapa senyum senyum ? " Hakim berseloroh , risau hati kecilnya melihat gerak geri Adleen yang tersenyum manis . Apa yang dileteri Hakim sebentar tadi bagaikan masuk ke telinga kanan keluar telinga kiri .

" hah masa bila ? Eh takda maknanya ! Dah aku nk balik masak nanti si tiga beranak tu bising " Adleen berlalu meninggalkan Hakim keseorangan . Dia tidak mahu Hakim tahu yang dia hampir dirogol sebentar tadi , cukuplah rahsia antara dia dan Adleen .

•••

PINGGAN putih bersinar itu dilap buat kesekian kalinya , tuala putih yang sedia mengesat pinggan tersebut diletakkan ketepi lalu dirinya menyimpan pinggan putih itu kedalam almari kembali .

Sempat tangannya dibasuh untuk memastikan tiada kotoran ditangan , laju sahaja dia mengatur langkah keluar dari rumah . Dia menyanyi dengan nada yang perlahan , suaranya memang dapat memukau gerangan yang mendengarnya .

Perutnya sudah pun diisi dengan ayam masak merah masakannya sebentar tadi , tiga beranak itu masih kusyuk menonton televisyen . Masih tidak terdetik untuk membersihkan diri , padahal jam sudah menunjukkan pukul 3 petang .

Kain jemuran yang berada didalam bakul diambil olehnya lalu berlalu kebelakang rumah . Sebenarnya dia sudah membasuh baju tadi , tapi disebabkan baju kurungnya kotor dia membuat titik noktah untuk membasuh secepatnya . Gusar ditanya oleh mak ngah .

Helaian kain baju kurungnya dikibas sebelum diletakkan diatas ampaian , diikuti juga dengan bajunya . Selepas selesai dia duduk dibawah pohon yang rendang itu , kakinya dilunjurkan lalu batang badannya disandar kepada pohon tersebut .

Dia memejam mata rapat lalu membayangkan wajah ibu , ayah dan abangnya . Terlalu rindu dengan belaian kasih sayang oleh insan tercinta , sudah sekian lama ayah dan ibunya pergi tinggalkan dia dan abangnya . Abangnya Amar masih belajar , sampai kini mereka masih berhubung melalui surat . Harini dijangka surat Amar akan sampai .

Pin pin ! Riuh bunyi hon daripada posmen . Adleen bersorak gembira lalu berlari mendapatkan posmen tersebut . Pak cik posmen yang dikenali sebagai pak cik Akob tersebut tersenyum girang melihat tingkah laku Adleen .

" haa harini kamu dapat surat dari Amar ha nah " pak cik Akob memberikan surat bersaiz segi empat lebar tersebut kepada Adleen . Adleen tersenyum melihat surat tersebut , dia mengucapkan terima kasih lalu berlalu meninggalkan pak cik Akob .

Tangan kecilnya itu kalut membuka surat daripada abangnya , surat berwarna putih bersih itu dibuka lalu punggungnya duduk dan bersandar dipohon tersebut . Dia membetulkan tempat duduknya lalu membaca apa yang ditulis oleh abangnya pada surat tersebut .

Selepas habis membaca Adleen sejuta rasa hadir dalam diri Adleen . Dia mengelap air matanya yang jatuh lalu tersenyum terharu . Angin sepoi sepoi bahasa yang meniup owning tudungnya dibiarkan sahaja .

" alhamdulillah akhirnya abang nak balik juga "

Walaupun apa yang terjadi , kau tetap akan menjadi yang terakhir dalam hidupku .

•••

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 08, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Lelaki Pinjaman SementaraWhere stories live. Discover now