LANGKAH KANAN

17 1 0
                                    

♡1♡
*****

         DENGAN rasa geram dan marah dia pun terus berlalu dari situ tanpa berfikir tentang apa apa lagi. Orang tua itu jika sekali dipandang dia merasakan kecil pula biji matanya bila diperhatikannya. Pak Dolah diperhatikan jauh jauh dan di  dalam hatinya di ketika ini terdetik bagaikan berkata. Aku kalau dapat mentua seperti dia tu bagi bini free pun Aku tak sanggup. Getusnya sambil sendirian di dalam hati. Dia menggetap bibirnya tanda geram. Pak Dolah yang terkenal dengan mulut berbisanya itu memang cukup digeruni budak budak muda di kampungnya ini bila saja dia naik angin yang mahu saja mampu mengalahkan peluru torpedo bila dia ingat ingatkan. Hamid dia bukan main lagi dia menekan pedal minyak sehingga terangkat bunyi enjin motorsikalnya. Kalau diikutkannya dia bukanlah kemaruk mana sangat sama si Edah anak dara Pak Dolah si mulut laser itu. Jika dia ingatkan sekali sekali kepada bapak si Edah itu Hamid mahu saja dia Sembahyang Hajat agar orang tua itu lekas lekas pulih dari penyakit buang tebiatnya yang tak habis habis itu. Bukannya sekali dua dia pernah terkena di orang tua itu. Sudah agak acap kali juga Hamid dibuatnya. Kali ini tahap kesabaran dirinya sudah habis skim sekarang. Dia harus memberitahu juga kepada Edah mengapa dia tidak pernah menegur sapa dengannya. Hamid dia ada juga pernah terfikir mahu slow talk dengan orang tua itu. Hatinya pula merasa sangsi dengan tahap keberanian dirinya sekarang ini. Hamid dia membatalkan niatnya dan memilih lain tahun sahaja untuk membayar niatnya itu kepada si tua kutuk tersebut. Mahu tidak mahu terpaksalah Hamid memendam sebuah geram buat si tua kutuk itu sehingga sekarang.
        Edah dia berpaling seketika sambil melintas sebuah denai ada di situ. Edah tidak tahu mengapa perlu asyik dia memandang ke rumah itu bila saja dia melintas di hadapannya. Sudah banyak kali dia cuba memikirkan tetapi jawapan yang diperolehinya sama sahaja. Dalam pada itu pula timbul juga sedikit kesedaran di hatinya tentang sikap serta layanan yang diberikannya kepada lelaki itu selama ini. Edah dia lalu cepat cepat mengalihkan tumpuannya ke lorong denai yang sedang diredahinya itu. Dia sedikit berhati hati pula bila saja terpandang Mak Cik Huda sedang ada di luar rumah sambil menuang air ke mulut tempayan naga yang terletak di hadapan rumahnya. Sejurus sahaja melintas Mak Cik Huda pun tiba tiba menegurnya.

"Baru pulang ya...Edah?"
"Lewat engkau...hari ni?"

Tegur orang tua itu seraya bertanya. Edah dia berhenti seketika bila disapa orang tua itu. Sebentar Edah bersuara sambil menjawab pertanyaan Mak Cik Huda itu tadi.

"Ya! Mak Cik! Ada...kelas tambahan hari, ni!"
"Hamid...mana, Mak Cik?"

Jawab pula Edah sambil bertanya tentang si Hamid yang sedikit ego bila dengannya. Mak Cik Huda lalu dia pun berbunyi sambil berkata kepada guru muda yang cantik manis itu dengan bertanya pula kepadanya.

"Engkau...nak buat apa pulak dengan si Abang Hamid engkau, tu! Ada, apa apa kerja ke...engkau dengannya?"

Tanya pula Mak Cik Huda kepadanya. Edah dia kelihatan berubah seketika air mukanya di waktu ini. Sambil itu dia mencari sedikit alasan bagi mententeramkan jiwa serta perasaannya itu. Dia pun lalu berbunyi menjawab pertanyaan Ibu si Hamid dengan berkata.

"Tak adalah Mak Cik..! Saya...tanya, aje!"

Jawabnya pula sambil lewes sahaja bunyi suaranya. Mak Cik Huda dia sambil berbual sambil memerhatikan kepada Edah. Dia pun berkata lagi dengan bertanya pula.

"Edah! Datanglah dulu ke sini! Boleh Mak Cik sembang sembang sama engkau! Engkau...tak ada ke mana, kan?"

"Eh! Tak adalah pulak!"
"Baiklah! Nanti, saya tongkatkan motorsikal!"

Balas Edah sambil menurunkan tongkat motorsikalnya. Dia berjalan sambil menuju ke arah birai tangga rumah itu. Mak Cik Huda sekali dia memandang Edah teringat pula dia kepada anaknya si Amira. Sejurus Edah tiba dia pun mempelawa gadis itu masuk. Edah dia tidak pula menolak permintaan orang tua itu. Bahkan dia merasa sedikit bangga pula. Edah bertanya Mak Cik Huda lagi dengan berkata kepadanya.

"Apa dia...ceritanya, Mak Cik?"
"Macam, best aje?"

Tanya Edah sambil bergurau pula. Mak Cik Huda terus tertawa bila Edah berkata begitu. Orang tua itu pun berkata bertanya Edah.

"Engkau...suka bubur pulut caca?"
"Mak Cik...ada sediakan! Kalau kau suka...boleh kita makan, sama sama! Petang petang, begini...Memang seronok bersembang sambil makan makan!"

Pelawa Mak Cik Huda kepadanya. Edah dia sambil segan segan dia pun lalu berkata.

"Ish! Mak Cik...susah susah, plak! Tapi...boleh juga!"

Selamba pula dia bunyinya. Mak Cik Huda tertawa lagi dia mendengar telatah lucu dari gadis guru muda itu. Dalam ralik mereka berdua duduk bersembang tiba tiba sekali Hamid pun pulang dari kerja. Dia agak terperanjat bila terpandang Edah bersama sama Ibunya. Lalu dia pun bersuara sambil menegur gadis itu dengan bertanya.

"Eh! Awak...rupanya?"
"Datang nak merisik saya, err?"

Tegur Hamid sedikit menyangkat pula gayanya. Edah mencebeh bibirnya. Hamid hampir tergelak dia melihat Edah asyik sahaja bersikap bila dengannya bilamana mereka berdua bertemu. Mendengarnya Edah lalu dia pun bersuara pula.

"Awak??"
"Oo...Tak apalah! Terima kasih aje, ler..!"

Balas Edah pula sambil selamba saja bunyinya. Hamid tersenyum dia sambil berpaling memerhatikan kepada Ibunya duduk di sebelah. Sebentar dia berkata lagi.

"Kalau, Edah tanya berapa hantaran...Mak kasilah harga tinggi, skit!"
"Tapi! Kalau awak...saya bagi special discount!"
"Kalau awak nak...jangan, segan segan!"

Hamid sambil berkata dia sedikit menduga pula kepada gadis itu. Edah kelihatan sudah memuncung dia sambil merah padam mukanya mendengar saja Hamid berkata begitu. Dia lalu terus membalas kata kata lelaki yang lebih tua dua tahun darinya itu dengan berkata kepadanya.

"Di pasaraya, sana...ada juga jualan murah! Murah lagi...awak tau! Macam awak, aje! 100%, discount plak tu!"
"Bila tiba aje sana...mesti pulang awal, tau!"

Balas Edah pula sambil tersenyum memandang kepada Mak Cik Huda. Hamid dia seakan cengeng pula mendengar kata kata Edah itu. Pandai pula Edah bila dia menjawab. Hamid merasa dia bagaikan sedang dicabar cabar pula. Sudah agak lama juga Hamid dia ada menaruh hati dengan budak si Edah itu. Cuma waktu saja lagi agak belum begitu sesuai untuk dia bahagi sebijik kepada Edah si mulut emas itu. Di petang hari minggu begini Hamid dia betul betul langkah kanan nampaknya.










LOVES NEVER TO THOUGHTWhere stories live. Discover now