"Jung Hoseok"
" Present!" Hoseok mengangkat tangan dengan penuh senyuman di wajah.
Madam Lee tersenyum, menggeleng kepala menyaksikan betapa bersemangat Hoseok untuk belajar.
Hoseok merupakan pelajar pintar yang memegang tempat kedua didalam Sekolah Haneol manakala tempat pertama dipegang oleh Kim Namjoon.
Hoseok juga merupakan seorang yang periang, beliau ialah seorang yang memahami dan sering kali menolong pelajar yang mengalami sesuatu kesusahan dalam pelajaran.
Hoseok juga kawan baik kepada Min Yoongi, seorang pembuat masalah di Sekolah tersebut.
"Okay baiklah, awak semua boleh buat hal masing-masing. Saya tak habis lagi tanda kertas"
Semua pelajar bersorak kegembiraan. Hoseok memalingkan badan ke belakang, menghadap kawan karib dari sekolah rendah yang sedang tidur dengan nyenyak bagaikan bayi.
"MIN YOONGIIIII!! BANGUUNNNN" Hoseok mengoncang meja Yoongi bagaikan tiada hari esok.
"WOI KAU NAK AKU MATI KE SI-- oh Hoseok... KAU NAK AKU MATI KE ANAK LELAKI JUNG!" Yoongi mengangkat tangan, mengacah mahu melempang pipi gebu Hoseok.
Hoseok sedikit pun tidak takut malahan masih tersenyum melihat kemarahan Yoongi.
Yoongi menurunkan tangan, pelik melihat Hoseok.
"Kau apasal?"
"Wei.. kalau aku dah tak ada kan.. kau rindu aku tak?" Hoseok melukis bentuk hati di meja Yoongi menggunakan tangannya.
"Apa kau merepek ni. Mestilah doo, you are my bestfriend" Yoongi menongkat dagu
"Oh yeke? Hehe saje je tanya" Hoseok mengeluarkan buku latihan bahasa Inggeris dari dalam beg.
Yoongi merampas buku tersebut "kau tak payah lah belajar. Cukuplah perah otak wei. Kita chill chill sudah"
Hoseok gelak "ha pape jelah, kita nak buat apa sekarang?"
Yoongi tersenyum, idea yang sangat, teramat baik singgah ke perkarangan minda "apa kata kita tidur? Kau mesti tidur lambatkan semalam?"
Hoseok menggelengkan kepala "ha ikutlah, kau tidur lah. Aku pun nak tidur"
Yoongi menepuk tangan dua kali dan meletakkan kepala di atas meja beralaskan lengan sendiri.
Juga sama buat Hoseok, namun dia menutup seluruh mukanya agar tiada siapa dapat melihat muka tampan itu.
---
"Jung Hoseok"
Hoseok memandang ke atas, melihat ibunya yang mabuk.
"Kau, kau.."
Hoseok menutup hidung, tidak tahan dengan bau arak yang sangat kuat. Dia amat benci dengan arak.
Kerana Arak, keluarga dia berpecah belah
Kerana Arak, garisan yang mengalirkan cecair terbentuk di badan Hoseok.
Kerana Arak, hidup Hoseok tak pernah bahagia.
Tapi tak mengapa, Hoseok dah biasa. Hoseok kan matahari :)
Dan kitaran yang sama berulang dan berulang.
Hoseok dipukul dengan rotan yang halus.
tanpa salah dan silap, dia diperlakukan begitu.
Malam itu, Rumah keluarga Jung atau boleh dikatakan Neraka buat Hoseok dipenuhi sekali lagi, Jeritan Hoseok.
Memekik, menjerit tolong berulang kali. Maaf berulang kali dan Emak berulang kali.
Tapi tiada pernah kisah, tiada siapa pernah tahu dan ambil tahu.
Bagi Hoseok, baik dia berdiam diri kerana ia melibatkan maruah ibunya.
Oh Hoseok, kau memang. Baik sangat.
---
"Wei Hoseok, kenapa semalam aku call kau tak dapat?" Yoongi menutup pintu locker, memandang Hoseok yang sedang melukis wajah ayahnya di atas kertas.
" oh semalam ayah aku balik rumah, sebab tu aku busy sikit. Mian hehe"
Yoongi mengangguk, membuat mulut berbentuk 'o'
"Ayah kau balik bila?" Yoongi menolak pintu kelas.
Mereka berdua duduk di tempat masing-masing, Hoseok menghadap Yoongi.
"Hari ni.."
"Tapi kan.. best do! Macam-macam aktiviti kitaorang buat semalam. Aku harap sangat ayah aku selalu balik"
'Hoseok, stop lying' fikir Hoseok didalam hati.
Baru sahaja Yoongi mahu membalas, Madam Lee terlebih dahulu masuk ke dalam kelas.
Mereka semua bangun dan memulakan Pembelajaran seperti biasa
Namun Yoongi nampak kesan berbirat di sebalik lengan panjang baju Hoseok yang terselak sedikit.
Yoongi tahu Hoseok menipu
Tapi dia mahu tahu, sejauh mana Hoseok boleh bertahan.
---
YOU ARE READING
5 More Minutes | Yoonseok
Fanfiction"Wish I was 5 minutes more earlier" × Tak pernah terfikir dek akal Jung Hoseok yang dia akan berbuat demikian setelah merana bersama seumur hidupnya. -- - Nak tahu lebih lanjut? Sila tekan butang oren yang ada 'read' :* × UDAH COMPLETE × thank you...