2 Minutes

160 25 2
                                    

"Hoseok!" Yoongi menepuk belakang badan Hoseok dengan kuat semasa berjalan balik dari sekolah.

Menyebabkan Hoseok tersedak air mineral yang dibeli tadi.

"Woi! Ni revenge ke apa?"

Yoongi mengangguk laju. Hoseok menjeling Yoongi.

"Mende do. Kalau aku mati betul macam mana?"

Yoongi mencebik, lengan Hoseok dipeluk erat.

"Janganlah wei, aku main-main je" Yoongi memberikan Hoseok muka 5 sen.

Hoseok menolak muka Yoongi dan meleraikan pelukan Yoongi. Geli sungguh dia rasa!

"Tahu takut"

"Hm yelah yelah aku takut kau betul-betul mati tau tak. Yelah, kau je budak pandai yang accept diri aku ni"

Hoseok menghela nafas berat " kan dah janji jangan cakap pasal ni. Aku ikhlas lah jadi bff kau siot "

'Hoseok, kau dah tekad. Kau tak tahan dah kan? Jom. Kita escape sama-sama'  kata satu suara didalam kepala Hoseok

---

"Cepatlah! Abang ada ni jangan takut" Hoseok berdiri di belakang sebuah potret lukisan kesayangan Emaknya yang terkoyak.

Kedua adik Hoseok menyorok didalam rak baju sebaik sahaja ibu mereka membuka pagar rumah.

"HOSEOK! CAKAP! MANA DUA BUDAK TAK GUNA TU!?" Hoseok ditengking namun rahsia di mulut masih tidak mahu keluar

"Salah saya, saya terkoyakkan lukisan Emak"

Mata Emak Hoseok merah menyala, bara api di hati semakin terang menyala.

Pipi Hoseok di tampar kuat, cecair darah menjejeh keluar akibat ketajaman kuku Emak Hoseok.

"Kau kacau barang aku lagi, aku tak akan pastikan adik kau dan kau hidup. Faham?"

Hoseok mengangguk perlahan, melihat wajah angkuh Emaknya berlalu pergi.

'Asalkan Jung Jiwoo dan Jung Somi selamat, aku okay'

----

🎉 Jiwoo & Somi from  KARD🎉

5 More Minutes | YoonseokWhere stories live. Discover now