Aeddy telah mula tidur luar, jarang sekali balik ke rumah. Aku dah dapat agak dengan siapa Aeddy tinggal sekarang. Amy. Dua-dua sama, masing-masing lupa diri. Turuti hawa nafsu yang membuak-buak. Aku, telah berjaya didik diri supaya tabah menghadapi ujian sebegini. Bunyi notifikasi yang diterima memecah gema sepi bilik tidurku. Lamunanku tersentak. " Aku ceraikan kau dengan talak tiga, blah kau dari hidup aku, jangan cari aku lagi , perempuan tak guna " . Tenang, aku terima mesej tersebut dengan tenang sekali. Tersenyum, gembira beban di atas bahu telah pun hilang. Bersyukur.

ANDA SEDANG MEMBACA
Nasib
Ficțiune adolescențiKisah ini menceritakan nasib seorang wanita , Myra apabila suaminya telah menjalinkan hubungan dengan rakan baik Myra sendiri iaitu Amy.