Punca

48 8 1
                                    

Pada waktu ku di bangku sekolah , aku hanyalah budak biasa sahaja . Namaku Haiqal Nasir . Aku seorang lelaki yang hidupnya sederhana . Aku tinggal di rumah banglo sahaja . Kehidupan ku sangatlah normal pada ketika ini . Aku hidup dengan amat lancar tanpa sebarang masalah dan dugaan . Setelah masa mula berlalu , aku telah difitnah oleh sekumpulan pelajar . Pada awalnya aku bingung , tetapi setelah mendengar berita yang disampaikan oleh kawan karibku bernama Sofea aku berasa marah! Aku tidak melakukan sebarang kesalahan . Aku dipanggil ke bilik disiplin . Cikgu menginginkan penjelasan ku . Aku dituduh mengintai perempuan di dalam tandas ketika membuka tudung . Pada waktu itu , aku ingin menjerit sahaja walaupun di dalam bilik disiplin . Tetapi aku hanya mampu berkatakan kesemua perkara itu bohong . "Cikgu takkan la saya mahu membuat perkara yang keji itu? Itu semua bohong cikgu"
Kataku . "Tetapi cikgu mempunyai saksi yang nampak kamu memanjat di atas bumbung tandas perempuan" . Cikgu pun memberi ku pelepasan dan aku diberi amaran . Selama ini aku percaya cakap kawan kawan ku . Tetapi sekarang aku cuba untuk membuang segala perasaan negatif . Dan pada mulai hari itu aku mula berubah menjadi seorang yang pendiam . Sekali lagi hari ku bermula dengan biasa tetapi berakhir dengan nasib yang malang . Kali ini aku dituduh mencuri duit Sofea yang berada di dalam begnya . Aku dipanggil sekali lagi untuk memasuki ke dalam bilik disiplin . Setelah sekian lama berbincang bersama guru , aku diberi surat amaran pertama . Semasa aku keluar dari bilik itu aku ternampak Sofea , aku memanggil dia tetapi dia hanya menjeling ku seakan akan aku ini orang yang tidak dikenalinya ."Sofea!!" Aku memanggil namanya "Kau nak apa? Sudah mencuri tu mengaku sajalah!" . Selepas dia katakan seperti itu , aku mahu membunuh diri kerana dia sajalah satu satunya kawan yang sentiasa berada di samping aku ketika dalam keadaan yang susah . "Aku ingin meminta maaf . Aku tak ambil pun duit kau itu , aku difitnah Sofea . Tolonglah jangan macam ini" . Aku merayu padanya . "Baiklah aku maafkan kau jika kau jujur dengan aku" . "Baiklah terima kasih Sofea" . Aku rasa macam ingin nangis sahaja disitu . Apalah nasib ku ini , selalu difitnah haih . Kini setelah beberapa hari , aku cuba untuk melupakan segala perbuatan manusia yang dengki dengan kehidupan aku ini .

Pada esok hari , aku ternampak sekumpulan pelajar yang menyepahkan meja rakan disebelahku bernama Nik . Aku hanya mampu membiarkan sahaja perkara itu . Aku berjalan melalui koridor sekolah untuk pergi ke kantin . Tiba - tiba aku terdengar pengumuman . "Haiqal Nasir sila hadir ke bilik disiplin" . Aku berada di tengah tengah koridor dan dikelilingi pelajar yang memandang ku dengan penuh hairan . Aku memasuki bilik tersebut dan aku terlihat Nik yang sedang duduk di atas kerusi . "Ya cikgu , kenapa cikgu ingin berjumpa saya?" Saya bertanya "Cikgu diberi laporan yang terdapat pelajar ternampak kamu berada di dalam kelas dan menyepahkan meja Nik" . Aku teringat tentang peristiwa yang aku nampak pada waktu tadi . "Tidak cikgu , saya nampak ada sekumpulan pelajar yang menyepahkan meja itu" . "TIPU!!!" Nik bertengking "KAU YANG TELAH MENYEPAHKAN MEJA AKU KAN?!!" . Aku hanya diamkan diri dan menoleh ke arah cikgu dengan harapan yang cikgu akan percaya dengan kataku ini . Setelah aku telah mendengar penjelasan cikgu ku . Aku digantung sekolah selama 1 minggu kerana dituduh merosakkan harta sekolah .  Aku akan bernekad untuk mencari pelajar - pelajar yang telah melakukan perkara ini kepada aku .

Hidup DugaanWhere stories live. Discover now