Kini aku dikurung di dalam bilik di rumah ku kerana ibuku tidak mengizinkan ku keluar untuk bermain bersama kawan - kawan . Aku asyik memikirkan tentang sekumpulan pelajar itu yang sangat benci pada aku . Aku baru teringat! Aku nampak seseorang memakai jam berwarna biru! Nampaknya boleh la aku cuba mencari budak itu . Lalu tempoh selama seminggu itu telah pun aku lalui . Aku berjalan untuk memasuki ke kelas ku tetapi aku terlihat ramai pelajar yang lain memandang aku dengan penuh rasa kebencian . Apakah salah aku sebenarnya? Hina sangatkah aku ini? Aku difitnah! Sebelum aku memulakan pencarian untuk mencari sekumpulan pelajar itu , aku berjumpa dengan Sofea . "Haiqal , aku minta maaf kerana menuduh kau . Rupanya aku sudah tahu siapa yang lakukan perbuatan itu." Sofea berkata . Aku mula berasa hairan dengan percakapannya . "Apa? Sebenarnya ada orang yang melakukan perkara itu?" "Ya . Rupanya orang yang mencuri duit itu adalah sekumpulan pelajar . Aku ternampak wajah Atikah , Farhan , Amirul dan Izah . Tetapi lagi dua orang murid aku tidak berapa nampak mukanya ." Selepas dia berkata begitu , aku berasa sangat geram dan ingin menikam mereka sebanyak 1001 kali . Rupa - rupanya murid kelas aku juga yang melakukan perkara itu . Kemudian Nik pula yang datang ke arah ku "Haiqal , aku minta maaf kerana aku berkasar bahasa dengan kau . Pada waktu itu aku terlampau mengikut dengan perasaan aku ini . Rupa - rupanya aku baru perasan orang yang telah lakukan perkara itu kepada aku . Kali ini aku nampak Ain dan Ira cuba menggeledah beg aku , mungkin mereka ingin mencuri buku ku ." Selepas Nik berkata begitu , aku baru sahaja mengetahui tentang dua orang lagi yang suka menfitnah aku . Sekarang aku tahu siapa yang selama ini mencuba jatuhkan aku . Nama yang telah aku tahu rupanya Atikah , Fahrin , Amirul , Izah , Ira dan Ain . Mereka yang selama ini membuat aku macam ini . Tiba tiba ada seorang murid dari Tingkatan 2 datang ke aku . "Abang Haiqal Cikgu disiplin mahu abang pergi ke bilik disiplin ." "Baiklah." Aku mula berjalan menuju ke bilik disiplin , tanpa aku sedari Sofea dan Nik pun mengikut aku . Semasa aku menghampiri bilik disiplin , aku ternampak Atikah , Ira , Amirul dan lain - lain duduk sekumpulan seakan - akan mereka ingin membuat rancangan untuk jatuhkan aku . Aku pergi ke arah mereka dan menyapa dengan sopan . "Hai , korang buat apa ramai - ramai kat sini ni?" . "Tak buat apa - apa pun . Duduk je." Mereka membalas dengan cara seperti menyindir . Lalu tanpa meminta izin untuk beredar , aku berlalu pergi dari situ . Aku meneruskan perjalanan untuk pergi ke bilik disiplin . Semasa aku melangkah masuk , aku ternampak Sofea dan Nik yang sudah tiba lebih awal dari aku . Rupanya sebelum aku tiba di situ , mereka cuba untuk memujuk cikgu agar percaya tentang cerita perbuatan Geng yang melakukan fitnah ke atas aku . "Baiklah cikgu bagi pelepasan kamu selepas mendengat penjelasan dari Sofea dan Nik." Aku lega selepas cikgu berkata begitu . "Terima kasih cikgu" . Aku menuju keluar dari bilik itu tetapi selepas sahaja aku keluar dari bilik itu . Tiba tiba aku berasa lemah lalu pengsan di hadapan bilik disiplin . Kemudian aku tersedar , aku melihat di sebelah kiri ku ada seorang gadis yang sangat cantik duduk disebelah ku . Namanya Najwa , dia dari kelas pertama . Bermaksud dia lebih pintar dari aku . Aku melihat di sebelah kanan pula terdapat Sofea dan Nik yang sedang membincangkan sesuatu . Aku memanggil Nik . Mereka terkejut kerana aku sudah sedar . "Nasib baik kamu sudah sedar . Haiqal kamu kena berehat selama 2 hari di rumah . Jururawat berkata kamu mengalami stress yang boleh membuatkan kamu rasa lemah . "Haiqal kamu ok?" Tanya Najwa seakan - akan malu untuk bercakap dengan aku . "Aku ok" aku membalas . Selepas berborak untuk melegakan diri aku . Sofea , Nik dan Najwa menemani ku pulang . Mereka berkata aku terlampau memendam bebanan yang selama ini aku hadapi . Aku cuba untuk berehat di rumah sambil ditemani mereka .
YOU ARE READING
Hidup Dugaan
RandomKecam - kecaman yang di lemparkan ke hidup aku ini salahkah impian ku untuk menjadi insan yang berasa bahagia seperti yang lain? sekian lama inginkan kebahagian tetapi aku hanya mendapat dugaan di dalam hidup ku ini . Hidup aku bagaikan satu hinaan...