Nasib Mula Berubah

27 3 0
                                    

Aku berehat di rumah ku dengan tenang . Kawan - kawan selalu berkunjung ke rumah ku . "Kau bagaimana sekarang Haiqal?" Tanya Sofea padaku . "Aku ok sahaja , cuma aku masih tidak faham kenapa mereka buat aku begini." Iya memang aku tidak faham , apakah salahku kepada mereka? Sehinggakan mereka berbuat begini kepadaku . Tiba tiba loceng rumah ku berbunyi . Nik pergi ke pintu rumah untuk melihat siapa yang datang . Aku terdengar suara seorang perempuan . Adakah Atikah? Ira? Ain? Izah? Macam macam andaian yang aku fikirkan di dalam kepala ku ini . Setelah Nik memasuki bilik ku , rupa rupanya Najwa datang melawatku . Pada waktu itu aku berasa hairan , mengapa Najwa tiba tiba mengambil berat tentang aku? Sejak bila dia mula kenal aku? Ahhh biar sahaja , ada masalah yang lagi penting yang patut aku risaukan . "Agaknya kan kenapa mereka buat macam ini pada aku eh?" . Aku asyik berfikir di dalam kepala aku ini , apa salah aku pada mereka? Sofea dan Nik hanya mampu berdiam diri . "Mungkin mereka dengki dengan kau?" Najwa berkata . "Kenapa pula? Life aku ini biasa sahaja." Najwa berdiam diri . Selepas berberapa minit beborak , Sofea dan Nik meminta untuk pulang . Hanya Najwa sahaja menemani aku di rumah . "Kenapa kau tiba - tiba ingin menjadi rapat dengan aku?" Aku bertanya dengan perasaan yang membingungkan . "Aku hanya mahu mengambil berat tentang kau sahaja." Dia membalas . Setelah lama kami berborak , kami semakin menjadi rapat . Aku berasa mungkin dengan mereka bertiga ini . Nasib ku boleh berubah . 2 hari telah berakhir dengan pantas . Aku kembali ke sekolah walaupun aku masih belum cukup sihat . Aku ternampak mereka yang ingin menjatuhkan aku sedang melepak bersama -sama di pondok hadapan sekolah . Tanpa aku sedari Nik , Sofea dan Najwa datang menyapa aku . "Haih Haiqal kau sudah ok?" Mereka bertanya . "Belum lagi , aku cuba ingin datang juga ke sekolah walaupun tidak sihat " . Lalu kami pun berjalan seiring menuju ke kelas . Semasa di dalam kelas nasib ku baik kerana tidak ada apa apa pergaduhan terjadi . Aku hanya fokus untuk menimba ilmu semasa di dalam kelas. Pada waktu rehat aku duduk bersama kawan - kawan rapat aku , kami berborak seperti tiada apa masalah yang berlaku . Tamatlah waktu persekolahan . Setelah aku tiba , aku ternampak kotak hadiah yang berada di dalam bilik ku . Terdapat sehelai kertas di atas kotak itu . "Jaga benda ini baik baik ya - Najwa" . Tanpa melengahkan masa , aku terus membuka hadiah itu . Terdapat Handphone  yang Najwa hadiahkan kepada aku . Aku sungguh terharu dengan pemberiannya . Rupanya Najwa ini adalah anak orang kaya . Dengan ada nya Handphone ini , boleh lah aku berbual dengan rakan ku di dalam media sosial . Aku sangat teruja kerana mendapat hadiah dari Najwa ini . Mungkin ini petanda yang nasib ku akan berubah?

Hidup DugaanWhere stories live. Discover now