Part 1

123 15 2
                                    

Inve menyarungkan kasutnya dan baju sejuk nya.Sebelum dia bertolak ke Crystalyx Kingdom,dia perlu mengambil beberapa keperluan kerana Vampire tidak boleh bertahan dengan kesejukan yang tinggi.Tapi untunglah dia ni kacukan Werewolf jadi dia boleh bertahan dalam sejuk kerana itulah abangnya Vine menghantar dia atau adik-adiknya.

"Abang! Abang pasti tak nak saya ikut?" Vlack risau abangnya tidak dapat bertahan dalam sejuk.

"Biarlah abang pula yang buat..kan Vlack dah buat hari tu"Inve menepuk bahu adiknya lalu menghilang dari bayangan Vlack

"Vlack!"

Vlack tersentak dengan panggilan itu,dia cukup kenal suara garau basah itu.

"Ya..abang Vine"

"Abang bagi kamu cuti tapi kamu buat tak endah,ingat sikit walaupun kamu Werewolf kami tak boleh berharap pada kamu je untuk menghantar bungkusan ke Crystalyx Kingdom!"

Vlack hanya menundukkan kepalanya.Dia bukan nak berlagak,dia cuma tak nak abang-abangnya sakit kerana dia tak dapat menolong.

"Sudah masuk!"Vine pergi dari situ selepas selesai berbicara

"Abang Vine mesti stress jaga kami semua dari kecil semenjak ayah dan ibu meninggal"

Vlack berjalan memasuki rumahnya sambil terkenangkan ibu dan ayahnya.

◆◆◆

"Vine..jaga adik-adik kamu dan ibu kamu elok-elok..jangan beri Kingdom kita ke tangan yang salah..ayah harapkan kamu anak ayah."Vine menghembuskan nafas terakhirnya

"Ayah..Vine tak tau kalau apa yang Vine buat ni betul ke tak?.."Vine termenung memikirkan ayahnya

◆◆◆

"Oh,abang Vlack..Invine fikir abang pergi hantar bungkusan?"Invine menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Abang cuti..jadi abang Vine suruh abang Inve pergi"

Invine mengangguk faham,memang patut Vlack dapat cuti sebab asyik dia je pergi ke Kingdom yang sejuk tu.Invine pun tak suka pergi situ sangat.Dia tertanya macam mana ayahnya boleh bertahan bila asyik pergi ke Crystalyx Kingdom

"Oh..macam tu ke,jadi yang Invine nampak tadi tu abang Inve la?.."Invine duduk di sebelah abangnya di atas padang ruput

"Ya..Invine buat apa kat sini?Tak berlatih pedang?"

"Ala sekali sekala rehatlah kejap!"sambil menggeliatkan tangannya yang sakit kerana terlalu banyak berlatih

"Rehat kejap je..nanti jangan lewat pergi Academy Wordlyx"Vlack mengusap kepala adiknya lalu beredar dari situ

"Erghh malasnya nak pergi Academy,nanti jumpa si Juleo tu"Invine membebel sorang2

•••

Inve berjalan meredah sungai,hutan dan bermacam macam lagi untuk sampai ke jalan penghubung.Akhirnya setelah 2 jam meredah,dia sampai ke jalan penghubung.

Dia membaca jampi untuk membuka laluan tersebut.Dia menjejakkan kaki ke Crystalyx Kingdom tiba tiba--

Zapp

Sebilah pisau hanya beza 2 mm sahaja dari lehernya.

"Apa yang!?"

"Siapa kau!?Datang memasuki Crystalyx Kingdom!"seorang perempuan berambut putih salju dengan mata kebiruan seperti permata saphire datang menyerangnya

Satu cahaya muncul dari Inve,perempuan itu terkejut dengan perubahan Inve yang bertukar menjadi

Serigala

Invisible Vampire WerewolfWhere stories live. Discover now