Part 14

41 7 4
                                    

Hari ni hari ke tiga Academy berlansung.Nampaknya memang semua pelajar F5 kepenatan kerana semalam mereka pergi ke tempat yang jauh.

Tit tit

"Hng...pu-kul berapa..?"Cyursh melihat jam di meja belajarnya

Jam menunjukkan pukul 8 pagi.

"Lapan pagi..hng..."Cyursh meletakkan kembali kepalanya keatas katil

"Kejap!Pukul lapan??Alamak!Aku dah lambat!!"Cyursh bangun dengan kelam kabut.

Cyursh berlari ke bilik Alyshah dan ternyata Alyshah pun baru sedar.

"Alyshah!Kita dah lambat sangat ni!"

"Ye aku tau!Kejutkan yang lain!"Cyursh mengangguk

Cyursh turun ke bawah untuk pergi ke dapur.Dia mengambil kuali dan sudip.

"Hei..kau nak buat apa guna benda tu?Aku suruh kejut diorang"Marah Alyshah

"Sabar..tengok ni"

1

2

3

Prang!Pang!Pong!

Inve,Reza,Youku tersedar dari tidur

"Kenapa!Apa!Apa yang jadi!"Kata Inve
"Ada masalah ke!"Kata Reza
"Kenapa ni?"kata Youku

Alyshah tersenyum bangga kerana mempunyai teman serumah yang bijak begini.

"Korang tau tak kita dah lambat!!Dah pukul 8 pagi!!Cepat mandi!"

Terbeliak biji mata mereka melihat jam di dinding.Mereka semua segera masuk ke bilik untuk mandi dan bersiap.

Selepas 10 min

"Warrior!Aku perlukan kau!Ini kecemasan!"Warrior terus keluar dari rantai tersebut

"Kenapa cik!?"

"Aku dah lambat!!"Warrior pada mulanya buat muka tapi selepas itu dia menunduk dan memberi Cyursh menunggangnya

Inve bertukar menjadi serigala dan berlari dengan laju supaya cepat sampai.

Alyshah menggunakan Naganya Tiorama,untuk ke sana

Reza terbang sepantas angin untuk ke sana

Nampaknya mereka semua sudah pergi dan meninggalkan rumah mereka.Tiada lagi sesiapa di rumah itu..

Wait a minute..?

Rasa macam seseorang tertinggal

***

"Huf..huff..sempat!"Inve melihat kelasnya

"Kenapa macam kosong?"tanya Alyshah

"Banyak yang penat,jadi banyak juga datang lewat.Pengetua dah beritahu kepada pengawal supaya membenarkan kita masuk walaupun lewat"Kata Makoto

"Tak sangka kau boleh bangun awal"Alyshah menyindir

"Senyaplah kau"

"Btw..mana Eoru?"tanya Makoto

Mereka semua berpandangan sesama sendiri.Mereka sudah terlupa bahawa Eoru masih tidur dah mereka meninggalkannya begitu sahaja.

"Alamak!"Kata mereka semua sambio menepuk kepala

"Boleh korang tinggal dia macam tu..?"tanya Nataru

"Kami tak sengaja!Kami tak tau dia masih tidur.."jelas Inve

Sekarang bagaimana.Dah la Inve tak buat bekal untuk adik-adiknya.Kejap lagi sampai la tu,nak minta bekal.

Tok tok

Invisible Vampire WerewolfWhere stories live. Discover now