1999, Woo's Mansion
"Aku sudah bercakap benar! Aku bukan sengaja!" Bentak si tua sambil meronta untuk melepaskan diri. "Argh! Kau memang sengaja! Kau sudah tahu yang aku telah lama sukakan Im Ja Kim! Hakikatnya kau dengan Ja Kim sama sahaja! Jijik aku tengok kaum kamu berdua!" Si muda melontarkan marahnya kepada si tua.
" Kau jangan hina kaum aku, Ha Ram! Walaupun kaum kita berbeza, kita tetap adik beradik! Darah daging kita sama!" Jelas si tua kepada Ha Ram, adiknya. "Aku tak ada abang macam kau Ha Lal! Pancung dia dan betina murah tu!" Marah Ha Ram sekaligus menyuruh konco-konconya memancung Ha Lal dan Im Ja Kim.
Sebelum melibaskan pedang samurai nya, Ha Ram berkata sinis, "ada kata-kata terakhir yang kau nak sampaikan pada aku?"
"Ibu dan ayah akan kecewa dengan kau Ha Ram," bisik Ha Lal.
--
"ARGHHH!!!!"
"Mak, bunyi apa tu?" tanya si kecil.
"Tak ada apa-apa sayang." Balas si ibu dengan tenang.
"Ayah, manusia tu jahat ke?" tanya si kecil pada ayahnya pula.
"Ya. Manusia jahat. Jadi kalau sesiapa di antara keluarga kita yang berkawan dengan manusia akan di bunuh," balas ayahnya dengan tegas. "Mak pun fikir macam tu ke?" Tanya si kecil lagi. Ibunya menggeleng.
"Tak sayang. Mak tak rasa manusia tu jahat."
2018, Seoul Cinema
"Woi Jimin! Cepatlah bawak popcorn! Movie dah start!" Jerit Hoseok dari jauh. "Shhh!" Orang ramai memberi isyarat untuk diam di panggung wayang itu.
Mata Jimin meliar mencari tempat duduk sebelum terlanggar bahu seseorang. "Ah maaf. Tak sengaja," kata Jimin sambil tersenyum menayangkan eye smile nya. Namun, apa yang dia dapat hanyalah rengusan marah dari orang tersebut.
"Ish lambatnya kau ni Jimin," keluh Taehyung sebelum menarik tangan Jimin ke tempat duduk. Jimin tersengih.
2018, Jeon's Mansion
"Jungkook dah balik." Kata Jungkook walaupun dia tahu tiada orang yang akan menyambutnya. Dia duduk di rumah yang besar tapi penghuninya seakan-akan dia seorang sahaja.
"Omma?" Jungkook berbisik.
"Jungkook. Kamu ke tu?" Suara wanita yang lemah itu membuatkan Jungkook tersenyum kelat. "Ne, ni Jungkook. Omma sihat?" Tanya Jungkook.
"Omma sihat nak. Ayah kamu mana?" Mendengarkan perkataan ayah membuatkan Jungkook merendahkan kepalanya. "Mak, ayah dah tiada. Dia dah mati 8 tahun lepas," terang Jungkook.
"KAU BUNUH SUAMI AKU!! KAU BUNUH SUAMI AKU!! PERGI!! JANGAN BUNUH AKU!!" Bagaikan dirasuk, ibunya meronta-ronta dan cuba melarikan diri. Mujurlah Jungkook sudah mengikatnya supaya tidak bertindak di luar kawalan.
Jungkook mengundurkan dirinya sebelum keluar dari bilik tersebut.
Kakinya menuju ke bilik air. Mukanya disapukan dengan air sebelum dia melihat pantulan dirinya dalam cermin. Matanya tertumpu kepada benda yang melekat di lengan bajunya.
"Huh? Park Ji Min?"
2018, Seoul Cinema
"Tae, kau nampak tak name tag aku? Aku baru je buat. Takkanlah dah hilang," Jimin bersuara resah. "Tak. Ala buat aje yang baru," balas Taehyung. Sudah 20 minit berlalu dan name tag Jimin masih kekal misteri.
"Yelah Jimin. Dah lewat ni. Nanti Jin hyung marah," pesan Hoseok. Jimin sekadar menganggukkan kepalanya sebelum beredar dari situ. Pekerja-pekerja yang membersihkan wayang tiba untuk menjalankan tugas mereka.
"Aduhai kenapa lah banyak sangat orang yang jatuhkan popcorn? Membazir betul!" Bebel seorang gadis.
"Hei robot! Buat kerja tu senyaplah sikit!" Marah seniornya. Gadis itu menundukkan kepalanya tanda takut.
2018, Jeon's Mansion
"Di Busan, Prof. Ryu telah gagal melakukan projeknya dengan betul menyebabkan dia telah mencipta sebuah robot yang seakan sama dengan manusia malah lebih bijak. Perbuatan tidak sengaja ini telah menyebabkan beberapa robot laun turut terdedah kepada wabak ini. Robot tersebut dinamakan Pro-Bot.
Mari kita dengar apa yang Prof. Ryu ingin sampaikan.
"Pro-Bot adalah ciptaan yang kami semua nak elakkan. Pro-Bot terbahagi kepada dua jenis iaitu Pro-Bot biasa dan Pro-Bot Renew yang merupakan robot yang telah dinaiktarafkan menjadi Pro-Bot dengan cecair yang disimpan di dalam makmal.
Tujuan kami yang asal adalah untuk menentang ahli sihir dan melindungi manusia dari mereka."
Walaupun niat baik Prof. Ryu telah mengalami kerosakan, namun beliau berjanji akan menyediakan Pro-Bot yang sesuai untuk kita semua. Sekian berita hari ini, follow my IG @pembacaberita__."
"Tch. Manusia dan ahli sihir," Jungkook berdecit. Dia benci ahli sihir.
To Be Comtinued.
YOU ARE READING
Bot - BTS
FantasyDi dunia mereka, ahli sihir dan manusia bermusuhan. Jadi manusia telah mencipta robot untuk menentang ahli sihir. Dan semuanya berubah apabila seorang saintis bernama Ryu Hye Seong telah mencuri satu posyen daripada kaum ahli sihir dan menggunakann...