prolog.

23 5 0
                                    

yewon memandang pasangan yang sedang duduk di dalam retrouville cafe itu dengan mata berkaca.

saya tak sangka , jungkook. sanggup awak buat saya macam ni? awak lukakan hati saya jungkook—

air mata yang sedari tadi ditahan gugur jua bersama esakannya yang mendayu - dayu. dada kiri yewon, ditumbuk kuat menggunakan tangan kanannya sendiri. hatinya sakit melihat suamiku sendiri bercumbu dengan— wanita lain. hati bagai dicarik - carik menjadi kepingan kecil. yewon terjelopok jatuh di hadapan retrouville cafe tersebut.

bahu yewon ditepuk dari belakang. yewon langsung tidak menoleh ke belakang. dia terlampau sakit.

" yewon , sudahlah kau nangis tu. jantan tu bukan kesah pun dengan perasaan kau. kau tinggalkan jelah dia tu. minta cerai. senang. takde nyer kau sakit sampai nangis depan orang ramai macam ni. bangunlah , yewon. malu orang tengok. "

" buat apa aku nak pedulikan apa orang pandang aku sedangkan hati aku sakit , chaewon. sakit. " luah yewon masih menunduk. tak sanggup dia melihat dua figura itu bercumbu.

" kalau macam tu , kenapa kau perlu tunggu jungkook tu balas cinta kau , yewon?! eh , dia tak pernah pandang kau punlah! sedarlah! " suara chaewon sedikit meninggi akibat terlampau geram dengan perangai yewon.

" sebab aku nak luangkan masa - masa terakhir aku kat dunia ni dengan orang yang aku sayang! dengan mama , papa , kau dan.. jungkook. " yewon membalas sebak. chaewon automatik terdiam.

" m-mianhae.." ucap chaewon kesal.

dibiarkan gadis itu meratapi hatinya yang telah dilukai oleh suaminya yang benar - benar dicintainya sepenuh hati. tak terfikir dek akal samggupnya jungkook mengabaikan gadis secantik dan sebaik yewon ini hanya untuk perempuan jalang seperti—
choi heejung?

ya.. choi heejung. sepupu chaewon sendiri. sungguh dia tidak sangka bahawa sepupunya itu sanggup merampas suami orang. lagi - lagi , suami rakan baiknya , yewon.

chaewon tertunduk memandang kakinya yang tersarung kasut converse chuck taylor berwarna merah itu saat terkenang apa yang telah dilakukan oleh sepupunya itu.

rasa bersalah berselubung di hati. yewon, rakan baiknya sendiri —
tersakiti. disakiti oleh suaminya yewon sendiri dan sepupu chaewon.

" yewon. dah jom kita balik. hampir setengah jam dah kau menangis ni. hari pun dah nak— " belum sempat chaewon menghabiskan kata - katanya , hujan merintik - rintik turun.

" hujan.." chaewon mengeluh. bahu rakannya dipegang. yewon mengangkat muka.

" jom balik?" chaewon mengangkat kening. tangan dihulur membantu yewon untuk bangun. yewon menyambut huluran chaewon. mereka berdua sama - sama berlari anak ke kereta bmw series milik chaewon.

" aish " chaewon menggosok - gosok rambutnya yang basah kerana terkena air hujan. yewon memeluk tubuhnya; kesejukan. perasan akan kelakuan yewon , chaewon mematikan penghawa dingin keretanya.

jaket tebal yang diletakkan diseat belakang kereta dicapai lalu jaket itu membaluti tubuh yewon. tahu benar dia dengan fiil rakan baiknya itu. pantang kena hujan sedikit , pasti akan demam.

" s-sejuk.." bibir yewon menggigil saat menutur ayat yang menggambarkan keadaannya sekarang. chaewon mula kaget.

" yewon. kau okey tak ni?" chaewon melekapkan belakang tangan kirinya ke dahi yewon. matanya terbuntang luas.

" my god! panasnya badan kau , yewon!" mata yewon tertutup rapat. chaewon makin kaget. telefon pintar yang diletakkan di dalam poket seluar jeansnya dikeluarkan.

nombor jeon jungkook , suami yewon didail lantas phonenye itu ditekap ke telinga kanan. hampir lima minit chaewon menunggu , panggilan itu akhirnya dijawab jungkook.

" hello? jungkook! yewon , jungkook , yewon!" nada chaewon seperti orang yang gelisah habis.

" yewon? kenapa dengan yewon?"

" dia— dia demam panas.."

" what?! macam mana pulak ?!"

" tadi , saya ajak dia pergi taman untuk teman saya jaga adik saya.." chaewon mencipta alasan. meskipun dia membenci lelaki itu , tetapi dia tahu apa akibatnya jika dia memberitahu hal sebenar kepada jungkook bahawa mereka berdua mengikuti dirinya.

" hm.. awak hantar dia pergi hospital sekarang.. nanti hantar location hospital yang awak hantar yewon tu.. saya datang kejap nanti.."

talian dimatikan. chaewon memasukkan phonenya ke dalam poket seluar lantas memakaikan yewon tali pinggang keledar sekaligus memakai untuk dirinya.

enjin kereta dihidupkan lalu pedal minyak ditekan. kereta bmw series milik chaewon meluncur laju menuju ke hospital hansung. sesekali , yewon yang berada di sebelahnya dikerling sekilas.

' tolonglah , yewon.. bertahan.. aku tahu kau sakit.. luar dan dalam.. '
































to be continued..











- dah beberapa bulan aku menyepi kan ? sorry aku sbuk skit. btw , krang jgnlh asyik sapot lbkaq je , sapotlh jgak ff aku yg ni. first try aku unt jungkook×ulzzang. sapot aku plis ?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 13, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

never stop loving you + jjk [ og ]Where stories live. Discover now