BAB 4

24.8K 126 1
                                    

DENGAN sekali lafaz, Hanan sah menjadi suami Nawal. Hanan menghampiri isterinya. Wajah yang disolek cantik itu dipandang. Lawa minah ni, puji Hanan dalam hati.

Hanisah menghulurkan bekas cincin kepada adiknya.

"Sarungkan cincin ke jari manis Nawal," suruh Hanisah.

"Tahulah. Ini bukan kali pertama Hanan kahwin." Hanan berbisik di telinga kakaknya. Matanya dibulatkan memandang Hanisah.

Hanisah ketawa kecil. Diyan menyiku perut Hanan.

"Menjawab aje kamu ni." Diyan menegur adiknya.

Hanan mengeluarkan cincin. Dia mendekatkan jaraknya dengan Nawal.

"Tunggu apa lagi? Hulur tangan kamu." Nafisah berbisik.

Nawal menghulurkan tangan kanannya kepada Hanan. Ketika Hanan menyentuh jarinya, Nawal merasakan hatinya berdebar-debar. Dapat dirasakan jari Hanan menggigil tatkala menyentuh jarinya.

Nawal memerhatikan cincin ditolak masuk sehingga ke pangkal jari manisnya. Setelah Hanan melepaskan jarinya, dia masih tunak memandang cincin yang tersarung di jari. Entah berapa lama cincin ini akan berada di jari manisnya.

"Salam Hanan." Rogayah bersuara.

Nawal senyum segaris. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalam. Nawal tunduk mencium tangan suaminya. Hanan menarik kepala Nawal agar dekat dengan wajahnya. Dahi wanita itu dikucup sekilas.

"Alah, lajunya cium. Tak sempat nak ambil gambar," ujar salah seorang ahli keluarga Hanan.

"Sekali lagi," ujar wanita itu lagi.

"Kita balik rumah dulu. Nak buat aksi macam mana pun boleh. Sekarang ni kita di masjid," ujar Wan Masitah sambil ketawa kecil.

Hanan tersenyum kelat manakala Nawal tersengih. Nak buat aksi apa? Nak sarung cincin pun menggigil, kutuk Nawal.

HANAN duduk di sebelah Nawal di dalam kereta yang dipandu oleh Rusdi manakala Diyan duduk di kerusi penumpang hadapan. Mereka suami isteri riuh berbual sesama mereka.

Nawal mengangkat tangan kanannya. Kelima-lima jarinya digerakkan sambil dia menatap cincin yang tersarung buat sekian kalinya.

Hanan menggeleng. Macam jakun betul. Tak pernah pakai cincin ke minah ni? Macam monyet dapat bunga saja lagaknya.

"Awat? Cantik sangatkah cincin tu? Duk belek dari tadi." Hanan bertanya. Pandangannya dihalakan keluar dari kenderaan.

"Masa kita main kahwin-kahwin dulu, awak cuma sarung gelang keychain. Dahlah berkarat, besar pula tu. Jenuh kapit jari-jari ni, supaya tak terlucut."

Hanan tersenyum sendiri mengenangkan nostalgia zaman kanak-kanaknya. Mudah kahwin pada masa itu. Tak banyak yang perlu difikirkan melainkan isterinya itu berlemuas.

"Banyak juga duit awak, kan? Cincin ni mahal. Mesti dah kering tabung ayam tu."

"Cincin ni, sekali dengan pakej kenduri disponsor oleh umi. Duit tabung ayam tu masih selamat. Boleh saya guna ketika nak lamar Hani nanti."

Nawal mencubit perut Hanan. Lelaki itu menjerit kesakitan.

Diyan dan Rusdi serentak menoleh ke belakang.

"Kenapa ni Hanan?" Diyan bertanya.

Rusdi memfokuskan semula perhatian pada pemanduan.

"Tanyalah Nawal. Dia yang buat hal." Hanan menjawab dalam nada marah.

Diyan memandang Nawal.

"Abang Hanan ni. Ada ke patut dia ajak Nawal masuk bilik sebaik sahaja sampai rumah? Tak menyempat langsung."

SETELAH TERLAFAZNYA AKADWhere stories live. Discover now