Guys,hari esok last day puasa. Bebudak lain seronok tapi aku yang tak seronok. Ape? Tak suka raya? Aku comfirm suka. Yang aku tak suke nye,aku di kacau balik... Sedih la hidop merana kat umah creepy ni...
DIORANG TAKDER LIFE KE?!
Okey. Yang kat atas tu ketepikan. Skang nak kongsi sikit cerite sorang kawan lama nie. Kita panggil nye puteri,kay? I means dia bukanye puteri gunung ledang. Namenye tu ade perkataan puteri so panggil jelah. Kawan aku lantak la nak panggil ape.
Ini ape yg dicerita kan oleh puteri....👇
____________________________________
Aku tinggal kat satu perkampungan a.k.a rumah nenek belah mak aku. Boleh dikatakan seram la jugak lalu kawasan lorong rumah nenek aku tu. Lampu jalan takla banyak.
Ade satu pantang yang kitorang kena elak kan. Iaitu jangan keluar memalam naik keta ka,naik motoq ka,takleh. Memula aku pon tak tahu so aku ikut jelah pantang tu. Yelah budak nerd kann.. (Perasan budak nerd)
Okey kisah nye gini...
Akak aku gi ajak aku naik motor memalam sebab nak beli top-up kat kedai wak nil. Aku pon ikut jelah memandang kan nenek makcik pakcik aku gi rumah tok ketua... Tak nak aku sensorang dalam rumah.
Akak aku ni over confident kata tak de hantu pon. Bila dah sampai rupenye kedai tu tak bukak. Kat situ baru aku ingat pantang tu. "Habis nenek boleh je pergi keluar memalam ni,",kakak mendengus. "Nenek bawak garam skali la..,",kakak diam. Dia pon ajak la aku balik.
Dalam perjalanan,aku dapat rasa motor ni berat. Bila naik motor hobi aku adalah tengok setiap bayang yang terhasil waktu lintas lampu jalan. Bila tengok jer,aku pun terkejut la jugak. Pahal ade tiga bayang? Bukan ke aku ngan akak aku je naik motor? Sape kat blakang aku?!
JENG,JENG,JENG!!
Aku pun lurus waktu tu maka aku pon tengok ler blakang ade sape. Tengok2 ade seekor pontianak kat blakang aku. Ape lagi aku jerit la. Konak aku tunggu sampai dia mengilai?! Memang tak ar.. Akak aku pon nampak so dia buat laju... Seingat aku lebih 180km/j dia bawak.
Yang nak tergelak tu cik ponti tu terjatuh kedebuukk kat blakang. Dah slamat sampai tu aku dimarahi oleh tok ketua. Aku cerite la yang pasal cik ponti jatuh waktu speed off. "Hahaha.. Padan muka kau kacau kampong ni kan jadi tu balasan. Hahaha..", tok ketua kata yang dulu2 pontianak suke sangat datang bertandang kat kampong tu. Dah dipanggil tok bomoh,ustaz,darul syifa tak boleh dibuang. Kata ni tempat diorang. So dah biasa da. Tapi kalau dah tahu ikutla pantang larang. Nak keluar pon kena bawak garam. Eii... Nyampah aku dengan makhluk tu.
Ye lah kan. Sharing is caring,caring is love,love is hate, hate means benci,benci kat kau..
Aik. Melaut pulak da.. (Sape terasa yang kat atas tu boleh coment).
Mulai saat itu aku takkan keluar malam lagi....
End.
_______________*___________________
Skang puteri ade kat seblah aku so ni cerita terus menerus la. Takder yang typo dari dia..
Ikutilah pantang larang kawasan anda...
Ceh...Okey sambung raya...
YOU ARE READING
KOLEKSI CERITA HANTU MALAYSIA👻
HorrorKorang pernah dengar tak pasal hantu yang kat malaysia ni? Mesti pernah kan. Himpunan kisah2 mistik malaysia (yg author alami sendiri) dapat menjadikan moral untk kite yg tak tahu ape2 pasal nye. Kalau tengah baca tu tengok lah sekeliling korang. Ko...