BIDAN SUMIAH

133 4 6
                                    

Omar mula gelisah manakala Maimun pula berfikir. Hanum pula sedang mengerang kesakitan untuk beranak. Setelah 7 tahun berkahwin,akhirnya Omar dan Hanum dikurniakan cahaya mata yg bakal melihat dunia.

"Omar! Dah tak sempat nak bawak Hanum prgi hospital!"kata ibu mertua Omar yg bernama Maimun itu. "Pergi panggil bidan Sumiah!"jerit Maimun. Omar terkesima. "Takde orang lain ke mak?"tanya Omar gelisah. "Ye!! Ade ke bidan lain selain bidan Sumiah?!"jerkah Maimun.

Omar segera mendapatkan kunci motor Yamaha Lagendanya. Sebaik sahaja motor dihidupkan,terus berdesup hilang motor tersebut membawa Omar membelah kegelapan malam.

Omar mula melalui kawasan pokok kelapa sawit.tiba2,Omar terserempak dengan Pak Akob di tengah jalan. "Pak Akob?",tanya hati Omar lalu dia pun berhenti. "Pak Akob. Tak elok jalan kat tengah jalan. Nanti kena langgar,saya jugak susah. Saya jalan dulu ye.". Pak Akob hanya mengangguk. Omar pun berlalu pergi. Tiba2,'pak akob' itu hilang dari pandangan.

Sesampai sahaja di perkarangan rumah bidan Sumiah,Omar segera meraba tengkuknya. Bulu romanya merinding. Tiba2,bidan Sumiah keluar dari rumah. Segala sumpah seranah dia keluarkan dari mulut dia apabila terlihat bidan yg gempal itu. "Nanti aku bidankan Hanum. Aku boleh pergi sendiri.",kata bidan Sumiah tegas.

Omar pun bergerak pulang. Dalam hatinya,dia tertanya2 bagaimana bidan Sumiah tahu apa hasratnya datang. Dalam perjalanan pulang,dia terserempak pak akob di tengah jalan sambil mendepakan tangan seperti mahu menyekat Omar yang keliru. Pak Akob tersenyum lebar apabila omar membreak motornye dlm keadaan terkejut.

"Pak Akob! Tolong tepi skit!saya ade urusan penting ni! Kalau tak ade yg innallillahiwainnailahiroji'un nanti!"jerit omar kepada pak akob. Tetiba,omar terbau sesuatu yg amat meloya kan. Tanpa berfikir tentang pak akob,dia terus memecut laju ke arah "pak akob" yg masih tersenyum smpi ke telinga. Apabila motor omar menghampiri,"pak akob" tetiba je hilang dari pandangan. Apelagi,terus omar memecut laju  macam kelajuan F1.

Maimun yg berada di luar rumah gelisah melihat jalan yg menghala ke arah rumahnya. Kemudian melihat kembali bilik hanum. Bidan sumiah tidak memberi dia lihat keadaan hanum. Tetiba,dia ternampak omar berhenti dirumahnya. "Mak. Sape yang bidankan hanum tu mak?". "La... Kan kamu yg panggil bidan sumiah.dia dah sampai dah pun. Dia kata tunggu kamu lame sangat!". Omar terkesima. Setahu dia dia tak nampak langsung bidan itu melintasi dia.

"Mak. Tadi omar terserempak dengan pak akob. Pelik gile lah orang tua tu.". "Oi! Pak akob dah masok kubor dua bulan lepas lah!". Omar terkesima. Baru saja tadi dia nampak orang tua tu. Takkan dah lame mati? Mereka dikejutkan dengan suara bidan gempol itu. "Dah selesai. Aku nak balik dulu." katanya sambil bersalam dengan maimun. Dengan segera dia melihat kearah tangannya yg terletak elok sekeping kertas yg berharga 100 ringgit lalu pulang dengan langkah yg laju.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hai korang! Sorry lah kalau cerite ni tak best. Ni kali pertama aku buat cerita hantu.

Aku buat cerita lagi nanti bulan march so korang tunggulah ye! Asrama aku tu tak leh bawak phone so tunggulah ye.....😜

Followlah aku!!!
@amalina_amni

BYE💞

KOLEKSI CERITA HANTU MALAYSIA👻Where stories live. Discover now