chapter 8

40 1 6
                                    

Di Shopping Mall

"Weii... Korang aku nak ke tempat barang-barang dapur. Siapa nak ikut??" Tanya Ain

"Aku haraplah tiada siapa ikut" Rayu Ain di dalam hati.

"TAKNAK" Kata mereka semua serentak.

"Ok.. Lepas siap semua... Kita kumpul sini balik. Ok?" Pesan Ain

"OK" Laung mereka.

Mereka pun berpecah ke destinasi masing-masing. Ain ke barang dapur, Trisya ke kedai makanan. Ad, Mimi, Aira ke kedai baju tetapi kedai yang berlainan. Lysha ke kedai kasut dan Khairin ke kedai barang solek.

Ain pov

Setelah sampai ke destinasi ku. Aku melihat barang-barang yang ada. Mula-mula aku ke barang basah. Aku melihat semua yang ada di situ

Setelah aku siap meronda di barang basah lalu aku pun mengambil ayam, daging, sotong, udang dan kerang dan lain-lain lagi.

Setelah siap ke barang basah, aku terus ke tempat sayur-sayuran. Aku mengambil kubis, tomato, lobak merah, dan banyak lagi

Selesai aku membeli. Aku pandang sekeliling dan aku nampak ramai yang memandang ke arah ku sambil berbisik. Aku mengerut dahi lalu mengabaikan mereka dan berjalan keluar dari tempat tersebut. Sambil aku berjalan, aku terdengar salah seorang makcik. Umurnya dalam lingkungan 50-an.

"Heiii!!! Itulah salah satu member BIG." Kata makcik itu.

"Betul ke??" Kata lagi seorang makcik di sebelah nya.

"Iyee.. Budak tu lah anak orang paling kaya. Dahlah cantik, kaya, bijak pulak tuh. Bukan dia saja, semua member BIG adalah anak orang paling kaya. Mereka semua pun cantik dan bijak" Puji Makcik yang sebelah lagi.

Aku yang mendengar hanya buat tak tahu dan berjalan keluar ke tempat itu.

Ain pov end

Di situasi Bad Boy..

Mereka berjalan di sepanjang mall itu lalu salah seorang daripada mereka iaitu Amirul ternampak salah seorang daripada member BIG

"Weii korang bukan ke tuh Khairin.. member BIG??" Tanya Amirul kepada rakannya sambil jarinya menunjuk ke arah Khairin.

"Yelahh dia lah tuh... Kenapa??......Ehhh jap apa kau kata Khairin?? Mana mana mana aku tak nampak lah??" Tanya Nizam.

"Haishhhh kau ni tuhhhh" Tunjuk Alif.

"Yelahhh... Khairin... OMG my heart" Kata Nizam acah drama sambil meletakkan tangannya di dada menunjukkan jantungnya berdegup kencang.

"Japp..... Kalau Khairin kat sini maknanya member nya pun ada kat sini." Kata Hafiz dengan terujanya.

"Betul jugak cakap kau tuh" Sokong Akif yang dari tadi senyap.

"Jom weii kita pergi kat Khairin... Patuh kita tanya dia mana membernya dan berkenalan. Amacan nak tak?? Tanya Amin sambil menjongketkan keningnya ke atas.

"Bolehhhh jugak.. jom" Ajak Azlan

"Weii jangan weiiii.... Hati aku tak kuat weii. Lagi lagi di depan Khairin my buah hati. Dahlah nak je aku cubit pipi dia.. dahlah cute" Drama Nizam

"Kau ni cukup cukup lah berdrama..... Aku mual tengok... Kau buat je cool macam tiada apa-apa berlaku." Kata Hafiz memberikan sokongan kepada rakannya Nizam.

"Huuuuuuu.. ok ok aku buat cool" Kata Nizam lalu kaki mereka melangkah ke arah Khairin. Hampir sedikit saja hendak sampai ke Khairin muka Nizam terus menjadi merah akibat malu.

"Erhmm... Hai" Ucap Amin setelah mereka sampai ke tempat Khairin.

"Haii.... Ada apa yang boleh saya bantu" Pelawa Khairin acah sopan sedangkan di rumah seperti haiwan di zoo.

"Awak group BIG kan??" Tanya Hafiz

"Ye.. kenapa?? Tanya Khairin balik

"Awak datang sini sorang ke dengan member awak?? Amirul bertanya

"Mestilah dengan member saya. Kenapa??" Tanya Khairin yang sudah pelik dengan 7 lelaki di hadapan cuma seorang tak nampak kerana dia menyembunyikan dirinya di belakang Akif kerana malu... Siapa lagi kalau bukan Nizam.

"Ohhh... Begitu.. Jadi mana member awak? Tanya Akif sambil menarik Nizam agar berhadapan dengan Khairin.

"Ohhh. Boleh saya tahu siapa awak semua.??Tanya Khairin berhati-hati takut di depan dia sekarang ni ialah perompak ke penculik ke.

"Ohhh lupa nak kenal... Saya Akif"Jawab Akif

"Saya Azlan ni kawan saya Amirul, Hafiz, Amin, Alif dan akhir sekali Nizam. Azlan memperkenalkan dia dan rakannya sambil menunjukkan jarinya ke arah rakan rakannya.

"Ohhh legaa!! Ingat perompak ke penculik ke" kata Khairin dengan nada yang perlahan.

"Apa awak kata??" Tanya Hafiz kerana ia mendengar samar-samar yang dikatakan oleh Khairin.

"Erhhh... Tak tak ada apa" Jawab Khairin sambil menggoyangkan tangannya ke kiri dan kanan.

"Ohhh ok. Mana member awak?" Tanya Hafiz sekali lagi sambil matanya melirik ke arah rakannya Akif yang berusaha menarik Nizam supaya berhadapan dengan Khairin.

"Ohhh member saya pergi beli barang. Ain ke barang dapur, Trisya ke kedai makanan, Ad, Aira dan Mimi ke kedai baju dan Lysha ke kedai kasut. (BIG dah beritahu ke mana mereka pergi melalui henfon)

"Ooooo ok. Awak duduk sini sorang-sorang tak takut ke. Nanti kalau ada orang menculik awak. Macam mana?? Tanya Nizam di belakang Akif dengan nada yang risau.

Dan Khairin tidak menjawab malahan ia senyum kerana ada orang yang risaukan ia.

"Kalau begitu awaklah temankan saya." Ajak Khairin tanpa segan.

"OMG MY HEART " Nizam berkata di dalam hati sambil memegang dadanya lalu ia pun memandang rakannya.

Rakannya memandang Nizam dengan pandangan //jangan lepaskan peluang yang ada// lalu Nizam pun keluar daripada tempat peryembunyiannya iaitu di belakang Akif.

"Ok saya temankan awak" Ucap Nizam dengan malu.

"Ok... Hei awak kenapa muka awak merah?? Awak sakit ke??" Tanya Khairin dengan risau.

Kawan Nizam hanya diam tak bersuara sambil menahan gelak.

Nizam sempat menjeling rakannya yang menahan ketawa."Aku doakan korang semua lebih kecut daripada aku apabila jumpa buah hati korang" Doa Nizam di dalam hati

"Erhhh saya tak apa-apa." Ucap Nizam

"Betul ni?" Tanya Khairin untuk mendapat kepastian.

"Ye betul" Ucap Nizam dengan yakin sedangkan ia menahan malu.

"Okkk. Kalau begitu jom temankan saya" Ajak Khairin.

"Jom" Ucap Nizam sambil menahan jantungnya yang berdegup kencang. Setelah itu mereka semua ke tempat buah hati masing-masing seperti yang dikatakan oleh Khairin.

T.B.C

Nantikan chapter seterusnya..

7 LadiesWhere stories live. Discover now