chapter 9

42 1 4
                                    

Di situasi Trisya.

Trisya Pov

Sedang enak aku makan ada seseorang lelaki ni muncul kat aku lalu mengambil tempat di hadapan  ku.

"Erhmm hai" kata lelaki itu.

"Hai, awak siapa?" Tanya aku kepada lelaki itu.

"Saya Azlan. Awak mesti Trisya kan?" Gurau Azlan

"Ye... Kenapa. Ada apa yang awak nak. Saya nak makan ni." Kata ku dengan malas.

"Saya nak awak boleh?? " Tanya Azlan sambil mengenyitkan sebelah matanya kepada ku. Aku hanya terkebil-kebil memandangnya. Mana tak nya dia orang pertama yang buat aku begini.

"Awak awak awak" Panggil Azlan sambil menggoyangkan tangannya di depan ku tetapi aku hanya memandangnya tanpa berkelip.

"Awak ke-kenapa awak pan... pan.. pandang saya macam tu" Malu Azlan dan automatik mukanya merah menahan malu.

Setelah aku sedar yang aku memandang mukanya tanpa berkelip. Aku terus memperbetulkan kedudukan ku. Malu siot dan automatik muka ku menjadi merah.

1minit..

2minit..

3minit..

4minit..

5minit..

Aku dan Azlan hanya diam tak terkutik.

"Awak j- jom saya te.. teman kan awak jalan-jalan kat sini" Kata Azlan dengan gugup.

"Bo- boleh juga lagipun sa- saya puas" Jawab ku dengan gugup.

Oh shit.... Kenapa aku gugup ni. Selama ni tak pernah pun jadi macam ni. Aku menyumpah diriku di dalam hati.

"Kalau begitu.... Jom lah" Pelawa Azlan membuatkan aku kembali ke alam nyata.

Aku tahu yang sebenarnya dia gugup sepertiku kerana aku melihat muka nya berwarna merah seperti menahan malu.

Dan aku dan dia berjalan ke sekitar mall dengan awkward....

Trisya Pov end

Di situasi Ad

Ad pov

Aku leka memilih baju-baju yang berada di kedai ini sehingga aku rasa aku nak borong semua. Sedang leka aku memilih baju aku terlanggar seorang lelaki.

"Maaf tak sengaja" Jawab ku acuh tak acuh lalu meninggalkan dia tetapi sebelum kaki ku melangkah pergi ia sempat bertanya membuatkan aku berhenti.

"Awak Ad kan??" Katanya dengan teruja

"Apa masalah mamat ni" kata ku tapi di dalam hati.

"Ye kenapa... Kau siapa??"

"Ohhh garangnya. Ni buat aku semakin suka padanya. Auchh" Monolog hati lelaki itu

"Saya Amirul... Hai" Ucap nya

Dan aku hanya jawab acuh tak acuh

"Haii.. Sekarang dah kenal kan.. so boleh kau pergi jauh-jauh. " Kataku sambil membawa baju yang aku pilih ke kaunter untuk di bayar.

Setelah selesai aku membayar baju yang aku beli lalu aku keluar ke kedai itu tanpa menghiraukan Amirul yang mengikuti ku.

"Kenapa kau ikut aku??" Tanyaku setelah aku memusing badanku untuk menghadapnya.

"Saya nak ajak awak jalan-jalan boleh??" Pelakon itu meminta izin.

Mak aihhh. Aku tak pernah tahu ada orang yang minta izin kat aku nak bawak jalan-jalan. Aku memandangnya tanpa suara membuatkan ia sedikit gelisah.

7 LadiesWhere stories live. Discover now