Novella : Prince & Princess Annoying

213 8 0
                                    

Aku menutup komputer riba perlahan. Puas rasanya setelah dapat berchatting berjam lamanya. Ala rilekslah! Mama dan abah belum balik lagi ni. Tiba-tiba.. aku terdengar bunyi enjin kereta. Oh tidakk! Adakah itu mama dan abah?

Lantas aku mengeluarkan beberapa buku pelajaran. Nak berlakon rajinlah katakan. Perlahan-lahan pintu bilik terkuak. Mama hanya tersenyum memandang ke arah aku yang ralit 'mentelaah' pelajaran.

"Alhamdulillah, rajin anak mama. Sudahlah, dah pukul 12 malam dah ni. Pergilah tidur dulu. Esok Puteri ada kelas, kan?" Lembut sahaja bicara Puan Anita iatu mama aku. Lembut bila aku menurut arahannya sahaja.

"Okeylah Mama ku sayang. Selamat malam!" Yeah! Aku menutup buku. Belum sempat aku meneliti buku tersebut mama dah suruh tutup. Mesti mama ingat aku study dari pukul lapan tadi lagi. Muahaha! Bijak jugak kau ni kan, Puteri? Bijak menipu!

                                       ~**~*~*~*~*~*~*~**~*~*~*~*~*~*~**~*~*~*~*~*~*~**~*~*~*~*~*~*

Kringg... Kringg.. Kringg..

Aku mencapai jam loceng. Haih! Ganggu betul. Baru pukul tujuh setengah pagi. Hmmm.. Sambung tidur lagi bagus!

Aku mengerling jam itu sekali lagi. Apa? Tujuh setengah pagi? Ya Allah! Aku ada kelas pagi ni. Pukul lapan pagi! Cepat-cepat aku mencapai tuala dan bergegas ke bilik mandi.

Pukul 7.40 minit pagi! Aku bergegas menuruni tangga. Sarapan yang disediakan oleh pembantu rumahku tidak sempat aku sentuh. Aduhai.. Puteri! Itulah berchatting sampai lewat malam sangat!

Sesampainya di kolej, aku pantas mendaki anak tangga untuk menuju ke kelas. Tidak semena-mena, aku terlanggar seseorang.

"Hey kau ni buta apa?" Keras dan meninggi suara lelaki itu. Malas mahu mencari gaduh, aku minta maaf sajalah. Habis cerita.

"Err.. Maaf, Encik. Saya tak sengaja." Lantas aku mendongakkan wajah untuk melihat siapalah gerangan yang sungguh tidak beradab ini. Fuyoo! Handsomenya! Mirip dengan pelakon korea pujaan aku. Aku menelan air liur.

"Sorry.. sorry! Lain kali jalan pandang hadapan! Bukan kau je yang nak cepat, faham?" Tengkingnya. Beberapa orang pelajar turut memandang ke arah kami.

"Ya lah.. Ya lah..Dah ke tepi. Saya nak pergi kelas saya." Aku meninggikan suara kepada lelaki yang kelihatan lebih berusia dariku. Mungkin pelajar senior tahun akhir?

Lelaki tersebut mendengus kasar. Lantas dia mengangkat kaki meninggalkan aku. Sibuk bebenor gayanya.

Aku yang sedari tadi sedang dilambung angan-angan terhadap lelaki itu cepat-cepat tersedar. Alamak! Dah lewat ni. Dah la harini pensyarah baru. Aku segera mengeluarkan air mineralku lantas aku meneguknya rakus. Sesampainya di pintu kelas, aku membuka pintu dan...

Bushhh!

Air mineral yang belum sempat aku telan tersembur ke arah seorang lelaki. Lelaki yang aku terlanggar tadi! Habis basah baju kemejanya. Aku menekup mulut.

Novella : Prince & Princess AnnoyingWhere stories live. Discover now