Cerita ini mengisahkan tentang aku, reeda. Rutin kerja aku dari pukul 10am hingga 10.30pm dan offday seminggu dua kali. Karena temp at tinggal aku agak jauh dari tempat aku berkerja, jadi aku menyewa bilik yang berdekatan dengan tempat kerja aku. Setiap kali aku offday, aku akan balik kampung. Perjalanan menuju tempat asal aku hanya memakan masa dua jam setengah sahaja untuk sampai kerumah.
"Reeda, kau tau tak jalan yang kena perbaharui tu? aku dengar sementara ni kena guna jalan lama kan?" salah seorang rakan kerja ku hana mula membuka cerita.
"Tau.. Mesti lah aku tau, tu kan jalan aku balik kampung" aku pun menjawap soalannya tadi sambil touch up makeup aku.
"Ouh, jadi kau ada dengarlah tentang keluhan orang-orang yang diganggu malam-malam masa melintasi guna jalan tu??" Dia seperti ingin tahu sangat tentang jalan itu, aku ni bukan nak cakap besar sangat. Tapi selama aku balik malam-malam ni tak pernah jumpa benda aneh pun.
"Adaa, aku ada dengar pasal tu. Tapi malas lah nak fikir.. diorang tu semua penakut, sebab tu lah kena ganggu makhluk semacam tu.. Mungkin itu perasaan diorang ja." Kata ku malas ingin memikirkan cerita-cerita orang, mungkin mereka saja hendak menakut-nakutkan.
"Ehh kau ni mulut.. Nanti kau kena, baru kau tahu.. Haaa! Malam ni kan kau balik kampung, kau tengok lah nanti.. Kalau tak ada gangguan, memang betullah firasat kau tu" kata hana seperti ingin menakut-nakutkan aku.
Aku malas hendak melayan dia dan meneruskan kerja-kerja ku yang belum habis ku kerjakan.
******************************************
Jam sudah menandakan pukul 10.30pm, waktu untuk aku pulang bekerja.
Sepanjang perjalanan pulang kekampung, aku tidak merasa takut. Bahkan aku tidak ingat sama sekali tentang perbualan ku dengan hana tadi.
Tapi bila jam menunjukkan arah 12am, aku mula merasa sesuatu yang aneh, aura yang tidak pernah ku rasakan sebelum ini. Jalan raya yang mulai sunyi, tidak ada kereta yang melintas. Selalunya walaupun lewat malam, masih banyak kereta yang lalu lalang disini.
Aku merasa kesejukan yang teramat malam itu dan memutuskan untuk membuka jendela kereta ku. Tidak semena-mena kereta terasa berat dan yang lebih menyeramkan lagi aku tercium bau bunga semacam "frangipani" tapi aku tidak pasti dari mana datangnya. Lama aku merasa seperti itu, baunya semakin kuat menusuk hidung ku. Aku terkenang kata hana tadi, aku seperti ingin menyumpah dirinya. Mungkin kerana kata-kata ku tadi membuatkan aku merasa seperti ini.
Sudah agak lama keadaan seperti itu, tapi ku lihat jam ku, baru menunjukkan jam 12.05am. Jantung ku semakin berdebar dan jalan semakin gelap. Lampu jalan pun tidak berfungsi. Aku merasa diri ku seperti dialam lain.
Kereta ku semakin berat lagi. setiap kali kereta ku berat, setiap kali itu juga bau bunga itu semakin kuat menusuk hidungku. Aku jadi tidak keruan, aku ingin menelefon kakak ku, tetapi telefon bimbit ku mati. Seingatku sebelum pulang dari kerja tadi battery telefon bimbit aku ni penuh.
Ya Allah takutnya aku. Ini pertama kali dalam hidupku aku merasa takut dan seperti dihantui makhluk halus.
Aku pun berdoa, dan mula memasang ayat suci yang ada diradio kereta aku. Nasib ku baik kerana radio kereta ku berfungsi. Aku pun membesarkan volume dan sambil-sambil itu berdoa didalam hati dan membaca ayat kursi sebagai pendinding.
Setelah dalam beberapa menit, keretaku mulai ringan. Bau bunga tadi pun sudah mulai menghilang. Kelihatan dari depan ada beberapa kereta melintas dan aku sudah nampak lampu jalan. Ku lihat jam tadi, sekarang sudah pukul 12:46am. Sepatutnya aku sudah berada dirumah 12.30am .
Tidak lama selepas itu telefon bimbit ku berdering. Aku terkejut kerana tadi telefon bimbit ku mati.
"Hello kakak" aku menjawap panggilan kakak ku.
"Hello adik, adik kat mana? Adik balik harini kan? Kenapa tak sampai lagi, kakak call banyak kali tapi tak dapat" kakak ku mulai risau dan melemparkan ku dengan pelbagai soalan dan yang pasti aku tidak bisa menjawap sekarang.
"Kakak, adik okay. Kejap lagi nak balik.. Kejap lagi sampai nanti adik cerita ya" kata ku tidak ingin membuat kakak ku risau. Memang sudah dekat untuk aku menuju ke destinasiku.
Sesampai ku dirumah, kakak ku terus meluru kearah ku. Dia membawa ku masuk kerumah dan mulai bertanya soalan yang tidak ku jawap tadi. Aku pun menceritakan dari A-Z , dari apa yang terjadi sehingga aku tiba dirumah.
Kakak ku pun terkejut mendengar cerita ku.. Memang dia sudah agak akan terjadi sesuatu pada ku. Tapi nasib ku baik kerana aku terlepas .
******************************************
Semenjak kejadian malam itu berlaku, aku mulai takut ingin pulang kampung malam-malam. Setiap kali aku offday, aku akan berangkat pada pagi hari dan pulang sebelum malam.Setelah jalan yang diperbaharui itu sudah dapat dilalui, aku mulai mengikut rutin lamaku. Disana tidak terlalu sunyi. Dan yang paling penting aku dah tak nak cakap besar lagi, aku tak nak benda lama tu terjadi lagi.
Tamat.
Hai My readers kesayangan ! Apa khabar semua? I harap semua sihat dan harap semua suka cerita seram pendek yang I buat ni. Ini pun berdasarkan kisah benar (cuma I tak masukkan nama tempat sahaja). Maaf seandainya tersilap tulis atau cerita ini agak membosankan. InsyaAllah nanti I akan cuba buat yang terbaik..
Korang rasa seram tak?
Part mana yang seram?
Di kesempatan ini, Wanj ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM"
Jangan lupa VOTE,COMMENT(IF NECESSARY) and please SHARE !
THANK YOU SO MUCH GUYS! I HOPE YOU ENJOY READING MY BOOK !
With love,
SYAZWANI HARIS ❤