Bab 1

23 2 0
                                    

"Diyana,  jawab sekarang soalan 3!" Suara itu mengejutkan aku dari lamunanku. Aku tercari-cari muka surat yang cikgu Zalina katakan.

"Maafkan saya cikgu,  saya tidak tahu muka surat mana. " Kataku sambil berdiri dihadapan kerusi. Aku berasa malu.

Itulah kamu,  selalu saja berangan.  Sudah,  duduk. "Kata cikgu Zalina. Aku duduk dengan perasaan yang amat malu. Aku melihat keadaan rakan sekelasku yang lain. Sungguh tekun sekali mempelajari mata pelajaran matematik ini.

" Tula, kau. Berangan je. Lagipun,  matematik kau dah le lemah. Jangan ikut 'idola' kau tu je. "Kata Hany, rakan sekelasku dan kawan baikku sejak kecil lagi. Kami menerima tawaran sekolah yang sama.

Aku bertanya " Siapa idola aku? " Tanda tidak mengerti apa yang Hany maksudkan. Jawab Hany "Siapa lagi, Takamachi Nanoha kaulah. " Katanya. Terbeliak biji mataku sebaik mendengar nama itu keluar dari mulut Hany itu.  Sememangnya aku menyukai watak itu dalam siri anime 'Magical Girl Lyrical Nanoha'. Tapi tidaklah terbawa bawa sampai ke dalam bilik darjah.

KRINGG!!

Bunyi loceng sekolah mengejut aku. Aku segera bangun dan mengucapkan terima kasih kepada cikgu Zalina diikuti oleh pelajar lain kerana aku ialah ketua darjah 5 beta. Entah macam mana aku boleh dilantik?  Aku pun tidak tahu. Tiba-tiba sepasang tangan hinggap ke bahuku. Aku berpaling sedikit ke belakang. Ternyata itu kawan baikku,  Hany.

"Kau nak makan ape?" Tanya Hany. "Tak nak makanlah. Diet. " Jawabku sambil memegang perutku. Tetapi sebaik saja aku memegang perutku, kedengaran suatu bunyi datang dari perutku. Ia dapat didengari oleh diriku  dan Hany. Hany memandangku dengan mencekak pinggangnya. Aku tersenyum sinis.

"Dah,  jom makan. " Katanya. Hany terus menarik tanganku dan terus ke kantin. Sampai saja dikantin,  aku berkata didalam hati ku....

Nantikan bab yg ke-3

Aku Dan Sebuah CeritaWhere stories live. Discover now