Prolog

18 0 0
                                    

"SI Iman sukakan awaklah, Mawar!"

Mawar...

Mawar...

Mawar...

Iman sukakan awaklah...

Sukakan awaklah...

Mawar...

Hisy. Memang perkara dulu-dulu mesti saja aku kenangkan. Nak lupakan takut pula, karang aku tak ingat pasal apa yang pernah terjadi masa zaman kecik dulu.

Dah genap 10 tahun aku dah lama tak jumpa Iman. Itupun lepas kami habis UPSR masa kami darjah enam sekitar tahun 2008. Aku tak tahu Iman berpindah. Lepas UPSR, kawan aku ajak aku pergi reunion dekat wayang. Masa tu memang aku ada transport problem dan parents aku memang tegas. Iyelah anak dara konon nak jaga pergaulan. Dulu mana ada boyfriend pun. Hisy memang sifat parents aku ni.

Masa aku Tingkatan 2 dari itu dia mula add aku sebagai kawan dia di Facebook. Iyelah zaman Facebook kan popular dulu tak macam sekarang. Mana tak gembiranya, iyelah belum dapat jumpa sampai sekarang.

Tahun 2013 masa kitorang semua sedang menduduki SPM, aku pernah bagitahu kawan aku yang Iman add aku balik di Facebook. Entah kenapa Iman begitu. Lepas tu tak ada lagi dengar pasal dia lagi sejak tu. Lama kelamaan aku pun lupa pasal Iman.

Tahun ni tahun 2016, rezeki kerja sebagai part-time di sebuah syarikat bagi aku peluang aku meluaskan ilmu pengetahuan sepanjang aku habiskan masa pelajaran aku ketika aku Tingkatan 6. Dan dari situlah aku jumpa 'boyfriend express' aku. Namanya Nazri.
Mungkin aku atau dia yang beria-ia nak mempercepatkan hubungan. Entahlah pernah juga aku menyesal berhubungan dengan dia. Takut dia terlalu mengharap.

Tak lamalah aku kerja di syarikat. Berat sangat hati nak tinggalkan namun terpaksa teruskan juga. Mungkin bukan rezeki aku kerja panjang sana kot. Tak sampai seminggu aku apply kerja di sebuah klinik swasta. Kononnya aku ni bosan duduk rumah je. Tak lama kemudian lepas dua minggu lebih, dapat kerja di sana. Syukur alhamdulilah!

Setelah sebulan kerja di klinik, banyak hal remeh berlaku. Serius beb! Sikit kau buat kesalahan kecil pula dia besarkan hal. Betul kata ayahku, kita semua bukannya pandai buat kerja, kita ni rajin buat kerja. Kalau ada hal remeh ke, tegur dengan cara yang baik bukan marah ke atau menuding jari seolah kita yang buat kesalahan tapi diri sendiri tidak. Agaknya aku ni overreacting kot. Malas nak fikir panjang.

Beberapa hari lepas aku bermimpikan pasal Iman. Tapi versi gemuk. Nampak bahagia sangat. Hisy. Entahlah nak percaya ke mimpi tu? Korang percaya ke mimpi yang korang mimpikan? Tak kan? Aku pun juga. Nanti kuat berharap sangat. Tapi adik aku cakap orang yang kita mimpikan itu sebenarnya nak jumpa kita. Betul ke?

Kalau dia betul-betul nak jumpa aku, kenapa sekarang baru nak jumpa? Dah 10 tahun tak jumpa. Rindu sangat zaman kecik dulu. Kan?

---Jangan lupa untuk vote & komen anda yang sangat dihargai---

A/N: Cerita ini mengisahkan sebuah kisah benar tapi saya bagi twist sikit sebab owner cakap bagi kelainan dalam cerita ni. Katanya nanti boring pula.

Jadi apa pendapat korang? Sila komen dekat bawah ni dan jangan lupa untuk vote ya!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 07, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Suka Awaklah!Where stories live. Discover now