Husna Humaira (Husna)

136 10 0
                                    

Aku membuka mata. Aku lihat jam ditanganku menunjukkan jam 3.00 pagi.

"Alhamdulillah..." Bisik hatiku.

Kebiasaannya aku akan bangun jam 3.30 pagi. Tetapi hari ini, aku tersedar tanpa jam loceng.
Aku bangkit dari katil lalu membuka lampu dan membangunkan kawan-kawanku yang lain.

"Akhwat.. Bangun semua dah pagi ni. Mandi awal nanti tak laa berebut nak turun kelas.."

kataku dengan nada yang agak nyaring. Lalu aku pun membunyikan jam loceng dan meletakkan jam tersebut ke atas meja. Supaya mereka cepat bangkit disebabkan bisingnya jam tersebut. Sebahagian dari mereka bangkit, lalu mencapai tuala dan menuju kebilik air.

Aku pun mengambil tualaku. Lalu menuju ke bilik mandi.
Usai mandi aku berwuduk. setelah itu, aku memakaikan pakaian dan memasang telekung dan purdah di muka.

Aku lihat jam di tangan. Menunjukan jam 3.35 pagi. Sementara menunggu jam 4 pagi. Aku duduk menyandari dinding.

Aku meminati sekolah agama semenjak umurku 12 tahun. Aku dihantar oleh ayah dan ummiku, supaya aku lebih lagi mendalami dalam bidang agama. Disitulah aku belajar erti berdikari. Disamping itu, jauh daripada keluarga. Aku adalah anak tunggal kepada ummi dan ayahku. Tiap-tiap bulan Ayah mengeluarkan banyak wang untuk kitab dan barang keperluanku.

Ayah memang seorang yang kuat agama. Ayah mendidik aku dengan didikan agama yang sempurna sehingga sekarang.. Alhamdulillah...

Semenjak peninggalan arwah Ayah. Hidupku susah. Sejak itu aku mengambil keputusan untuk berhenti belajar. Aku kuatir dengan kesihatan ummi. Ummiku seorang penghidap penyakit kenser payu dara tahap 2. Aku risau akan pembiyayaan sekolahku.Walaupun aku mempunyai bantuan biasiswa. Namun masih lagi tidak mencukupi untuk barang keperluanku dan semua kitab-kitab.

Selama 1 tahun aku menjaga ummi. Ummi keseringan sakit sejak peningalan Ayah. Suatu hari, Ummi memanggilku kemudian aku duduk disebelahnya.

"Sayang Ummi..." kata Ummiku sambil membelai rambut panjangku.

"Ummi sayangkan Husna. Ummi tak nak hidup Husna tak ada masa hadapan."

"Ummi.. Husna memang nak belajar lagi..Tapi.." tidak sempat aku hendak berkata
Lalu disambung Ummi.

"Jangan risau sayang... Ummi okey.. Ummi boleh jaga diri.. Lagi pun Mak cik Lina ada.. Boleh tengokkan Ummi. Pegilah kamu cari ilmu. Kalau tak pandai tak guna sayang.. Selagi Husna masih muda .. Cari lah ilmu . Sebab ilmu itu bekalan untuk kamu diakhirat nanti. Kalau ummi masuk neraka, Husna boleh syafaatkan Ummi."kata ummi sambil senyum.

Aku pun menurut apa yang Ummi kata. Keesokannya, Pak Cik Akmal membantu aku mencari pondok yang berdekatan. Alhamdulillah.Dengan izin Allah yang maha esa.Aku dan pak cik Akmal mendapati terdapat pondok yang baru saja dibuka beberapa bulan yang lepas. Pak cik Akmal menemaniku mendaftarkan diri. Tidak lama setelah temu duga. Alhamdulillah aku diterima.

Aku mengambil bahagian Tahfiz kerana biyayaannya lebih murah berbanding tafaquh.Aku ingin menghabiskan 30 juzuk Al-Quran kemudian aku akan menyambung tafaquh selama 6 tahun.
InsyaAllah.

"Amboi jauh nya Husna termenung" tegur Kak sumayyah, sambil menghampar sejadah.

Aku melihat jam ditangan. Tepat pukul 4 pagi. Aku segera keluar sambil membawa kunci-kunci di tangan, untuk membuka pagar surau. Kemudian
aku menyorok disebalik tiang.
Aku melihat seorang lelaki sedang membuka pagar. Kemudian lelaki tersebut berpaling semula sambil memegang kepalanya.

Aku pun menghampiri pagar, untuk membukanya. Beberapa langkah lelaki tersebut berjalan dia pun berpaling semula. Tiba-tiba..
Aku gelisah.

"Ya Allah.." aku terkejut.

"Mana satu kunci ni.."
Sambil mencuba satu-satu kunci.
Tiba-tiba lelaki tersebut mengundur sedikit dan membelakangi aku.

"Alhamdulillah.. Nasib dia pandang kat belakang.."

Tiba-tiba aku melihat kelibat seorang lelaki berjalan menuju kesini.
Lalu lelaki tersebut memandang aku.

"Ishh.. Lelaki ni kenapa pandang sini pulak.. Pandang laa belakang! Malu laa.." Bisikku dalam hati. Tanganku mula bergetar.
Tidak lama kemudian lelaki tersebut berpaling. Entah apa yang mereka sembang aku pun tak tahu.

Disebabkan terlalu bergetar aku pun memanggil mereka.

"Ehem.."

Dua Lelaki tersebut berpaling salah seorang dari mereka
menjawab.
"Ya?"

"Nah.." Kataku sambil memalingkan

kunci keluar pagar lalu aku berkata.

"Awak saja yang bukakan.. Saya tak tahu mana kunci nya." Aku pun terus berlari masuk kedalam surau tanpa menoleh kebelakang.

Ketika aku hendak melangkah masuk kedalam surau. Aku duduk dalam sof tiba-tiba kak sumayah menegur.
"Kenapa awak ni. Gelisah semacam? Macam jumpa hantu jer.."
Kata nya dengan hairan.

"Ehh.. Apa laa kakak ni hantu pulak."
Dahi aku mengerut.

....

Penantian satu penyiksaanWhere stories live. Discover now