Arsyad Farhan

54 7 0
                                    

"Tok!! Tok!. "
Bunyi ketukan pintu. Budak-budak yang mengaji semua berhenti. Aku bangkit dari kerusi, untuk membukakan pintu.
Ternyata ada seorang gadis yang berpurdah dan seorang Mak Cik.

Gadis tersebut terkejut dan mengundur kebelakang lalu berdiri dibelakang ibunya.

"Ya kenapa?." soalku.

"Hmm.. Ustaz Azman... Ada?."
Kata seorang gadis tersebut lalu menunduk pandangannya.

"Ohh.. Ustaz Azman tak ada.. Ustaz minta saya gantikan dia hari ini.." kataku. Gadis tersebut hanya diam tidak bertutur.

"Ohh... Adik ni sapa nama?"

Soal Mak Cik tersebut kepadaku.

"Saya Arsyad. kenapa Mak Cik?"

"Arsyad... Nanti kalau Ustaz Azman dah ada, tolong bagi tahu kat Ustaz, Mak Cik tunggu kat depan kelas sana ya. Mak Cik ada hal nak cakap kat Ustaz."


"Ohh.. Ya baik.. InsyaAllah Mak Cik.."
Kataku lalu menghadiahkan  senyuman kepada Mak Cik tersebut.

Mereka pun berpatah balik ke kelas.
Aku menutup pintu.

"Ehh.. Kenapa berhenti semua.. Cepat menghafaz. Jangan lupa hantar hafalan tu.. Abang tunggu.."

Kataku kepada mereka. Aku pun lalu duduk di kerusi, sambil mengulang hafalan Al-Quranku.

*5minit kemudian..*

"Abang Arsyad.. Saya nak hantar hafalan.."
Kata Sufian kepadaku. Lalu meletakan Qurannya diatas meja guru.

"Ohh.. Nak hantar hafalan ya.. Sekejap sebelum tu... Inggat lagi tak, Doa yang abang pernah ajar?"
Soalku. Sambil menutup Al-Quran.

Budak tersebut mengaru-garu kepala.

"Arr ... Doa apa ya Abang? Doa yang Abang ajar dulu banyak."

"Doa sebelum menghafaz laa.."
Kataku kepada Sufian.

"Ohhh.. Ya.. Inggat-inggat.."

"Dalam Surah apa, ayat berapa? Kalau dapat jawab Abang ada hadiah untuk Sufian. Masih inggat tak?"

"Inggat! Sufian inggat lagi. Arr.. dalam
Surah Al-Ma'idah. Ayat 114. kan-kan!?"

"Hmm... " Aku hanya diam.

"Abang.. Salah ke? Hmm.. Tapi.. Sufian inggat lagi, Abang cakap macam ni... Surah Al-ma'idah ayat 114. Sebelah kanan. Ayat atas sekali. Betul tak?"
Katanya. Sambil meniru aksiku. Ingin ketawa ketika aku melihatnya. .

"Hmm..."

"Abang..."

"Ya!! Betul.. Pandai Adik abang ni.. Okey. Hadiah nya tunggu masa makan ya. Nanti ada yang bagi makanan. Itu laa hadiah nya.." gurauku kepada sufian.

"Alah.. Tu hari-hari sufian dapat.."
Katanya sambil memeluk tubuh. Merajuk.

"Ya laa.. Ni hadiah dia.."

"Wahh.. Abang bagi pen.. Dapat pen biru laa.. Terima kasih Abang.."

"Hmm.. Belajar rajin-rajin ya.. Nanti Abang bagi pen merah pulak ya..."

"Okk.. Abang.."

"Cepat baca doa tu ..."
Kataku sambil membuka Al-Quran.

"Bismillahirahmannirahim....."

Semasa menyemak bacaan. Ustaz Azman tiba. Kedengaran suara budak semakin sedikit. 3 orang.. 2 orang.. Dan.. semua senyap..  Sufian pun selesai menghantar hafalannya. Lalu balik ke tempat duduk nya..

"Kenapa semua diam! Mengaji lagi!"
Jerit Ustaz Azman kepada mereka.
Mereka pun meneruskan mengaji dengan suara yang nyaring.

Pelajar disini memang takutkan Ustaz Azman. Gila sapa tak takut, mudir tu..
Aku hanya melihat telatah mereka.

Ustaz Azman mendekatiku. Aku pun berdiri dan turut mendekati Ustaz Azman.
"Hmm.. Arsyad.. Mana Ustaz Azhar? Ada nampak tak?"
Soal Ustaz Azman kepadaku.

"Ohh.. Ustaz Azhar cakap dia keluar sekejap. Tak tahu pegi mana.."
Jelasku kepada Ustaz Azman.

Ustaz Azhar adik kepada Ustaz Azman. Ustaz Azhar adalah sebagai pembantu Ustaz Azman. Ustaz Azhar pun turut mengajar di Maahad.

"Baik laa.. Arsyad terima kasih sebab dah gantikan Ustaz.. Hanya Allah yang dapat balas jasa kamu.."
Kata Ustaz Azman sambil memegang bahu ku..

"Ohh yaa.. Sama-sama Ustaz.. Ustaz saya balik asrama dulu ya.. "

"Ya baik lah.."
Kata Ustaz Azman.

Aku pun berjalan menuju ke pintu.. Tiba-tiba baru aku ingat..
"Ya Allah.."

Aku berpaling semula, menuju ke meja Ustaz.

"Maaf Ustaz. Tadi ada ibu pelajar akhwat yang datang. Dia cakap nak jumpa Ustaz. Ada hal kata nya."
Jelasku kepada Ustaz.

"Ohh.. Ustaz dah jumpa dah. Mujur tadi Ustaz parking kereta kat depan kelas. Tu Ummi kepada Husna. Dia nak bawak Husna balik dalam 2,3 hari. Ummi dia ada sakit kenser. Itu laa Ustaz kasihan tengok Husna."

Jelas Ustaz kepadaku..

"Ohh.. Betul ke.. Kalau macam tu saya balik ke asrama dulu ya Ustaz.."

"Ohh ya. Baik laa.."

......

Penantian satu penyiksaanWhere stories live. Discover now