WAJAH tanpa senyuman itu di tenung lama. Benar atau tidak dengan apa yang ingin dikatakannya itu, dia sendiri tidak pasti. Berat mulut untuk menutur kata. Berat juga hati jika terus berdiam diri begitu sahaja.
"Shad..."
"Kahwin dengan aku."
"Apa kau merepek ni?!" soal Amanda.
Terangkat wajahnya memandang kearah Arshad yang berada di depan mata. Anak mata seakan mahu terjolok keluar saat kemahuan lelaki itu terucap. Detik waktu seakan terhenti. Apa benda ni?
"Aku tahu kau masih berharap dengan Fiq. Aku bukan nak ambil kesempatan. Tapi aku dah tak ada jalan lain. Aku langsung tak berharap semua ni jadi." Arshad masih memandang Amanda dengan panahan mata.
"Kau dah kenapa ni Shad?!"
"Family aku dah siapkan semuanya. Majlis tu tinggal 3 hari je lagi, Manda. Aku tak nak apa yang family aku prepare ni jadi sia-sia." Arshad masih berkeras dengan keputusannya. Dia tekad.
"Tapi, isteri kau baru meninggal! Bukannya dia lari Shad! Kubur arwah masih merah lagi! Kau faham tak?!"
"I'm begging you! Please!"
"Kau langsung tak fikir ke? Apa pandangan orang? Apa orang fikir bila aku, gantikan tempat isteri kau yang baru semalam meninggal! Kau tak fikir ke macam mana pandangan orang lain untuk aku nanti? Kau tak fikir ke Shad tentang aku?" Suara Amanda berubah kendur. Terasa luluh benar hatinya tika ini.
Shad melemparkan egonya jauh. Dia duduk melutut di hadapan wanita itu. Dia tetap dengan keputusan yang dibuat.
"Jangan buat aku macam ni. Shad bangun lah." Amanda mula serba salah.
"Untuk pertama kalinya aku merayu. Kali ni je aku minta untuk kau tolong aku. Aku dah terlalu buntu!" Arshad masih berkeras.
Amanda hilang kata. Keluhan kasar dilepaskan.
"Tergamak kau buat aku hidup dalam rasa bersalah macam ni. Kau fikir aku apa Shad? Kenapa aku?" Setitis dua air matanya mula merembes keluar.
"Kau takkan pernah faham, kenapa kau. Dan aku tak pernah pun minta untuk kau faham. Sebab kau takkan faham Manda." Perlahan-lahan Arshad bangun dan senyuman palsu digoreskan.
"Sebab dalam hati kau cuma ada Syafiq." Lantas kaki Arshad melangkah kebelakang sebanyak dua tapak dan dia terus beredar dari situ. Kau takkan faham.
KEDINGINAN malam yang terhasil dari angin malam itu langsung tidak mengganggu Amanda yang masih dengan dunianya. Amanda duduk di beranda di halaman rumahnya. Fikirannya masih dengan permintaan rakannya itu, Arshad. Dia mengerti apa yang cuba lelaki itu lakukan.Cuma, bagaimana dengan perasaannya? Hatinya masih pada Syafiq yang baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan yang lain. Bagaimana dia mampu melupakan lelaki yang sudah lama bertakhta dalam hatinya dengan sekelip mata.
Namun rasa kasihan memikirkan Arshad juga membuatkannya makin lelah memikirkannya. Tapi, bagaimana pula dengan perasaan lelaki itu. Isterinya meninggal saat lafaz akad dilafazkan. Mampukah lelaki itu bina rumah tangga dengan perempuan yang lelaki itu tidak cinta? Mampukan dirinya menjadi isteri buat lelaki yang tidak dicintai?
Terlalu banyak persoalan yang terkumpul di dalam benak fikirannya. Ya Allah aku buntu!
"Jauh termenung? Sampai mana dah tu?"
Lamunan Amanda termati. Kepalanya ditoleh ke sisi. Kornea matanya menangkap figura adik lelakinya yang sudah melabuhkan duduk di sebelahnya. Senyuman kekok diberikan.
"Kau fikir apa? Kusut sangat nampaknya. Fikir Syafiq?" Bertubi-tubi soalan menyinggah pendengarannya.
"Hish, buat apa nak fikir tunang orang pula?" balas Amanda bersama wajah cemberut.
"Habis?"
Keluhan berat dihela perlahan. Dia tidak tahu harus memanjangkan atau tidak perkara ini.
"Bagitahu lah. Kot aku boleh tolong?" ujar adiknya, Aqmal yang berusia muda 3 tahun darinya.
"Arshad."
"Kenapa dengan dia?"
"Dia ajak kahwin," ujar Amanda perlahan.
Wajah Aqmal kelihatan agak terkejut. Kemudian wajah itu kembali tenang.
"Kahwin je lah," balas Aqmal tenang.
"Gila ke? Dia baru kahwin semalam tau! Arwah isteri dia baru je meninggal Mal."
"Dah tu, kalau kau tak nak. Tak payah lah fikir. Mudahkan?" balas Aqmal sambil memandang kakaknya itu.
"Aku tak tahu lah. Kenapa asyik fikir benda ni. Dari siang tadi lagi tau," kata Amanda. Wajahnya benar-benar kelihatan kusut.
"Aku rasalah, baik kau bagitahu mama dengan papa. Mungkin kau jumpa keputusan." Aqmal mencadangkan Amanda untuk berbincang dengan kedua ibubapa mereka.
"Jangan belakangkan keluarga untuk buat apa-apa keputusan. Dan Allah tak akan gerakkan hati kau untuk rasa macam ni kalau tak ada sebab," sambung Aqmal lagi.
Amanda menatap wajah Aqmal yang turut memandangnya. Ada betul apa yang adiknya katakan. Mesti bersebab.
Lalu, Amanda bersetuju dengan adiknya dan mengajak Aqmal untuk menemaninya untuk berbicara tentang hal ini dengan kedua orang tua mereka.
Amanda menceritakan 'lamaran' Arshad tadi siang kepada kedua orang tuanya. Dan atas nasihat dan cadangan dari mereka membuatkan Amanda tersenyum tipis. Ya, mungkin ini jalan yang harus dia pilih.
"Kau hadir berikan satu kebahagian, kau pergi tinggalkan seribu kesakitan."
Notes :
Untuk makluman, cerita ini pernah dipublished pada suatu ketika dulu. Akhir tahun 2018 rasanya dan 2019 saya unpublished balik dan hanya sempat buat beberapa bab sahaja. Jadi kini saya akan cuba habiskan cerita ni. Tapi seperti yang saya katakan dalam cerita PYH, saya masih tergapai gapai untuk mencari rentak penulisan saya. Sebab saya dah kekok untuk menulis since dah lama tinggal dunia ni. Jadi jangan letakkan sebarang expectations kerana saya masih merangkak dalam dunia penulisan dari dulu sampai sekarang. Ya mungkin itu sahaja.
Lots of love <3
YOU ARE READING
Yang Tertulis
Romance"Kahwin dengan aku." - Arif Arshad "Benda ni bukan boleh buat main lah!" - Amanda Iris Detik berlalu dengan pantas, tika dahulu hatinya pernah dicuri dan telah bertahta nama seorang insan yang telah berjaya menjadi cinta pertamanya. Namun demi insan...