I

108 8 10
                                    

Aika Highschool. Sebuah sekolah seni yang berprestij tinggi. Bangunannya moden dan berkonsepkan English Cottage.

Peraturannya longgar kerana semua muridnya berdisiplin. Guru-guru pula baik dan penyayang. Semuanya merupakan perkara yang berada di bawah kawalan.

Tetapi , ada satu perkara je yang tak dapat dikawal.

--------------------

" Kau yang mula dulu kan ! " satu suara perempuan yang nyaring kedengaran.

" Eh bila masa ? Kau lah yang tetiba jerit kat aku ! " satu suara milik seorang lelaki pula membalas.

Kelihatan seorang budak perempuan dan seorang budak lelaki yang sedang bertengkar. Orang yang lalu lalang pula tidak ambil pusing seperti mereka sudah lali dengan perkara itu.

" Masalahnya , mee sup aku tak akan jatuh terbang melayang tersadung tersungkur kalau kau tak pengkes kaki aku ! " budak perempuan itu menunjukkan mangkuk yang sudah selamat telangkup di atas lantai.

" Salah kau lah bila jalan tak pandang bawah ! " kata lelaki itu dengan penuh nada sarkastik.

" Ah tak kira. Aku nak kau belanja aku lagi semangkuk "

" Kalau aku taknak , kau nak buat apa ? " budak lelaki itu angkat kening.

" Aku bu- "

" MELLISA ! ASHRAFF ! KE BILIK SAYA SEKARANG " bunyi jeritan Cikgu Amran menghentikan pertengkaran itu. Mereka berpandangan sebelum membuat mimik muka menyampah.

--------------------

" Kamu tahu tak , bergaduh ni sesuai untuk budak darjah berapa. Darjah satu tau tak. Kamu ni dah form three tau. FORM THREE. Takkanlah tak boleh pikir benda baik dengan buruk ? " dah start dah sesi kaunseling by Cikgu Amran a.k.a. Cikgu Disiplin.

Suasana bilik yang sejuk tidak dapat menyejukkan hati Mellisa yang membara.

' Dia yang pengkes orang , nak salah kan aku pulak. Eii , menyampah ! ' bisik hati Mellisa.

' Aku pengkes sikit je nak jatuh. Typical girl. Lembik ! " hati Ashraff bermonolog.

" Apa nak jadi kamu berdua ni. Nak bagi demerit berat , tak ada tumbuk-tumbuk. Tak nak bagi demerit tak boleh pulak sebab kamu dah buat kecoh. Haih ~~ " Cikgu Amran memicit dahinya.

Ashraff dan Mellisa berpandangan sebelum menjeling tajam.

" Okey , harini saya bagi denda yang simple je. Mellisa dan Ashraff , awak kena pergi cabut kemuncup. Dari pukul 2:00 sampai pukul 3:30. Saya rasa itu boleh buat hati awak sengsara. Tu je. Dismissed " arahan Cikgu Amran membuat Mellisa dan Ashraff melopong.

CABUT KEMUNCUP ?!

--------------------

" Ni semua kau punya pasal ! " bentak Mellisa. Dahinya sudah berpeluh akibat berjemur di padang.

Tangannya sibuk mencabut kemuncup sebelum memasukkannya ke dalam plastik sampah.

" Apahal aku pulak. Kau lah. Kau yang kecoh " Ashraff turut mencabut kemuncup yang tumbuh merata.

Mellisa melirik jam. Matanya membulat.

" Yeayy ! Dah pukul 2:30 !!! " Mellisa melompat tinggi sebelum mengikat plastik sampah dengan pantas. Ashraff yang melihat keadaan itu turut mengikat plastik. Mereka berjalan dan membuang plastik itu ke dalam tong sampah.

Frienemy [  ✓  ]Where stories live. Discover now