VIII

50 4 1
                                    

Matanya digosok perlahan. Kepalanya berpusing. Biji mata berpinar. Dia cuba untuk mengubah posisi daripada berbaring kepada duduk.

Dia cuba perlahan-lahan.Tiba-tiba ...

Baru dia perasan ada lelaki tidur sambil meletakkan kepala pada katilnya. Serta merta dia menjauhi lelaki itu.

Dia merenung muka lelaki itu. Namun , sebahagian mukanya ditutup dek rambutnya. ' Macam kenal '.

Botol air di atas rak diambil. Dia menggunakan botol itu untuk mengalihkan rambutnya. Terpampang wajah Ashraff yang sedang tidur.

Mellisa tergamam.

' Ashraff ? '

-------------------------

Ashraff mengelap rambutnya menggunakan tuala kecil. Baru terasa segar badannya selepas mandi. Dia melihat pemandangan jalanraya daripada tingkap.

Harini dia dah boleh keluar daripada hospital. Yes ! Takdelah terperangkap kat sini.

" Mell " dia memanggil Mellisa. Mellisa yang sedang makan bihun sup itu menjengukkan kepalanya.

" Mende ? "

" Kau keluar wad bila ? "

" Entoh. Asal ? " Mellisa malas nak amek pusing. Matanya tertumpu cerita Running Man dekat tv. Jangan main-main , dia pujuk Ash suruh beli channel ni tau. Private ward kan ~~

" Tak , tanya je. Mana tau nanti kau sunyi bila tinggal sorang-sorang " Ashraff menyapu gel rambut pada rambutnya

" Eleh ... Aku yang sunyi ke , kau yang rindu " Mellisa perli. Roti Gardenia dikoyak dan dimasukkan kedalam mulut.

" Aku tau je kau selalu rindu aku. Tapu , sorry aku lambat sedar " selamba Ashraff balas sambil sikat rambut.

Terhenti kunyahan Mellisa. Mell pandang Ashraff. Macam pelik je mamat ni.

" Dah , aku nak keluar ni " Ashraff menyarung sneakers Nikenya.

" Eleh , mentang-mentang dah boleh keluar " Mell perli

" Ha sebelum tu , aku nak kunci bilik audi " Ashraff bertenggek dekat tepi katil Mell.

" Gi amek dalam handbag. Dah pi main jauh-jauh " Mellisa halau Ashraff. Handbag Mellisa dicapai dan kunci dicari.

Ashraff terus keluar. Dia menaiki kereta yang dipandu drivernya , Cik Mat.

" Cik Mat. Jom pergi AEON " Ashraff ajak sambil buat mata anjing eh salah puppy eyes sopan sikit.

Harini tekak dia mengidam Subway taktau kenapa.

" Iyelah " Cik Mat layankan aje.

-------------------------

Setibanya di AEON , dia turun dari kereta.

" Okey , terima kasih Cik Mat. Nanti bila saya nak balik saya call " Ashraff bersalaman dengan Cik Mat.

" Yela Ash " Cik Mat tersenyum.

Dia keluar dari kereta. Kaca mata diletakkan pada batang hidung. Hengsem fiuh !

Dia berjalan menuju ke Subway denga penuh keterujaan. Setibanya di Subway , dia ternampak Nailah.

Nailah berseorangan. Sedang duduk sambil bermain telefon. Dia mempercepatkan langkah dengan niat ingin menegur Nailah.

Frienemy [  ✓  ]Where stories live. Discover now