Id Pagandadan (Dalam Penantian) Part 1

435 8 0
                                    

Mcm biasa bangun pagi hp yang deluan Mia capai, tengok jam dan juga buka akaun facebook, entah apa saja yang dia check di akaun dia, sedar tidak sedar mau 2 jam juga dia buang masa menghadap telefon, biasalah orang muda, ada saja yang mau tengok di facebook. Memandangkan hari ini hari Ahad Mia cepat-cepat bangun dari katil bersiap mau pergi ke gereja, itulah rutin harian hari Ahad bagi Mia, perkara utama bagi Mia adalah datang kepada Tuhan walaupun sesibuk mana, bagi Mia gereja adalah nyawa dia.

Macam biasa sampai digereja banyak orang yang Mia jumpa, biasanya dia akan duduk kedua dari depan dibangku gereja dan suka duduk paling tepi, disana dia boleh mengikuti dengan sepenuhnya perayaan misa kudus, sesekali mata dia akan meleret ke bahagian koir, disanalah dia dapat melihat lelaki yang diminatinya, namun misa kudus masih yang utama.
Selesai saja misa kudus Mia akan meneruskan dengan pelayanan digereja, bagi Mia kehidupan melayani itu sangat penting, disanalah dia mendapat kekuatan bagi pertumbuhan iman. Seperti biasa Sunday school itulah pelayanan Mia, dia akan membimbing bagi mereka yang baru mahu mengenali Tuhan.
Namun ini hanyalah permulaan, Mia sekali kali sekala akan memeriksa akaun facebook, ramai yang post gambar dan ucapan hari Ahad, bagi yang beragama Kristian biasanya mereka akan post blessed Sunday ada juga yang post gambar outing, Mia tersenyum sendiri, sedar tidak sedar hari sudah petang, selesai sudah pelayanan hari Ahad Mia. Masa untuk pulang ke rumah.

Tiada perkara lain yang Mia akan buat selain menghadap telefon, layan facebook dan instagram itu sajalah yang dia buat. Ada suatu ketika masa Mia sedang melayari facebook dia ternampak gambar lelaki yang dia sangat minat, sudah lama dia memerhati lelaki itu digereja, namun dia tidak tahu pun nama lelaki itu, akhirnya kawan Mia ada post dan tag gambar lelaki yang diminatinya, apa lagi cepat-cepat dia stalk profile lelaki itu rupa-rupanya nama lelaki itu Alvin, gatal tangan dia add si Alvin untuk menjadi kawan didalam facebook, tidak lama kemudian si Alvin pun approve permintaan Mia menjadi kawan difacebook, gembira macam monyet pun ada rasa hati Mia.

**to be continued**

Id Pagandadan (Dalam Penantian)Where stories live. Discover now