Id Pangandadan (Dalam Penantian) part 17

148 4 2
                                    

"Hello Shanna.."

"Apa yang kau mau lagi ne Alvin?"

"Please Shanna saya tau kau ada alamat si Mia di Paris, saya betul-betul mau alamat rumah dia.."

"Sorry Alvin saya tidak boleh bagi kau alamat si Mia di sana, kau balik sajalah, jangan buang masa kau di Paris, kau tidak malukah sama si Mia lepas apa yang sudah kau buat sama dia? Kau buang dia dari hidup kau sampai hampir melayang nyawa dia, anak sendiri kau sanggup bunuh!"

Si Alvin terdiam.

"Tolong jangan muncul lagi didalam hidup dia, kau tidak layak Alvin untuk dia, kaulah lelaki paling kejam yang pernah saya jumpa"

"Please Shanna, saya mau tebus balik semua salah saya sama si Mia, saya tau apa yang saya buat itu dulu salah, saya betul-betul menyesal, Shanna bagi saya peluang mau tebus kesalahan saya ne.."

"No Alvin, saya tidak boleh khianati sedikit pun si Mia, saya bukan orang yang macam apa yang kau fikir, saya manusia berhati perut, bukan orang yang yang kejam macam kau sanggup buat perkara keji."

Si Shanna memutuskan panggilan telefon, mungkin telampau marah sampai tersekat-sekat nada dia semasa bercakap sama si Alvin tadi.

Si Alvin hanya mampu berharap akan nasib disana jika dapat terserempak sama si Mia nanti, cuma Paris terlalu besar dan peratus untuk terserempak sama si Mia terlalu tipis.


Si Mia duduk termenung diluar beranda rumah sambil menikmati secawan kopi, dia memikirkan apa yang berlaku di Sabah selepas dia ke Paris, apa yang si Alvin sedang buat, mungkin sedang berseronok dengan perempuan lain untuk melepaskan nafsu binatang dia itu, cuma dia tidak sangka dia adalah salah satu mangsa si Alvin, si Mia mengeluh sendirian. Sakit hati dia sama si Alvin terlalu dalam sehingga sesak nafas bila memikirkan perbuatan si Alvin. Terasa bodoh untuk mempercayai seorang lelaki kerana terlalu cinta, orang selalu cakap cinta boleh membutakan mata dan fikiran jika tidak dikawal dengan baik. Tiba-tiba ada tangan lembut menyentuh bahu si Mia.

"Kenapa termenung ne Mia? Takkan rindu di Sabah sudah?"

Soal uncle si Mia dari belakang.

"Eh uncle pula ne.. tidaklah saya sedang menikmati kopi ba ne, sedap ne kopi yang aunty buat."

Balas si Mia sambil tersenyum sama uncle dia.

"betul ne?"

Kata uncle si Mia

"Iya uncle"

"Okay Mia, if there's something bother you just tell me okay?"

"Alright uncle, don't worry, I will"

Jawap si Mia sambil tersenyum. 

"Oh ya, baru uncle ingat, ne malam kita semua keluar dinner, tidak perlu masak malam ne"

"Dinner? ada apa-apa yang special ka ne hari uncle sampai ada dinner diluar?'

"Iya, anak kawan uncle mau buat kesyukuran di rumah dia, jadi dia jemput kita makan malam sama-sama"

"kesyukuran apa uncle?"

"Ulang tahun"

'Ulang tahun? kenapa saya balik-balik dengar perkataan ulang tahun saja ne hari? apa ulang tahun seduniakah semua mau sambut ulang tahun?'

Bisik hati si Mia, entah kenapa ne hari sudah dua orang bercakap pasal ulang tahun. Terutama pemuda yang dia jumpa dikedai bunga, dia teringat lagi bila pemuda itu meminta dia memilihkan bunga rose untuk late teman wanitanya itu yang sudah lama meninggal, agak pelik bagi dia untuk memilihkan bunga untuk orang mati. Tapi dia cepat-cepat melarikan fikirannya itu agar tidak menggangu dia lagi, mungkin itu hanya kebetulan sahaja.

"Okay uncle nanti Mia bersiap, aunty mana uncle?"

"Tu.. sana didapur entah apa lagi yang dia buat, uncle sudah cakap tidak payah masak."

"Oh, mungkin dia makan kali tu uncle, hihi"

"Aikk? makan lagi? nanti kenyang tidak dapat pigi dinner"

"Alaa, paling-paling aunty makan sandwich ja tu mana boleh kenyang tu"

Uncle si Mia menggeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum.

"Entahlah perut kamu dua ne"

Si Mia hanya ketawa mendengarkan kata-kata uncle dia yang menyamakan dia sma aunty dia yang kuat makan.

"Ehem!"

Tiba-tiba ada suara dari belakang berdehem, dua-dua terdiam.

"Mengumpat aunty la tu.."

Si Mia menutup mulut dia sendiri . Uncle dia hanya tersenyum,

"Mana ada kami mengumpat, kami cakap ja pun"

Balas uncle si Mia

"Request backup!"

Si Mia berdiri dan berlari masuk didalam rumah meninggalkan aunty dan uncle dia.

"Eh Mia mau pigi mana tu, mana boleh bagi uncle lawan aunty sendiri ne bukan backup lagi ne, Mia!"

Kata uncle dia sambil menahan dari dicubit oleh isteri kesayangannya itu.

"Uncle pandai-pandailah!"

Teriak si Mia dari dalam sambil ketawa, Jenny sedang mencubit lembut suami dia yang sangat dia sayang itu, mungkin kehadiran si Mia memecah kesunyian didalam rumah itu memandangkan mereka belum mempunyai anak lagi.

bersambung..

Id Pagandadan (Dalam Penantian)Where stories live. Discover now