BUNYI derapan kaki diluar sana memaksa aku membuka kelopak mata. Walaupun masih mengantuk,aku gagahkan jua. Mengantuk,lapar,haus,semuanya ada. Ini lebih daripada penjara!Ini neraka.Sayup-sayup aku dengar bunyi sebuah baldi dihentakkan ke lantai. Dalam kemasaran,figura lelaki tinggi lampai di depanku ini kelihatan seperti sedang bercekak pinggang sebelum dia bertindak mengangkat baldi tadi.
Splash!
Aku terjerit kerana terperanjat yang amat sangat. Dengan drastik aku bangun dari pembaringan. Dadaku bagaikan dipukul kerana sakit hati.
"Awak ni dah gila kah apa?Sejuk tau tak!"Tengkingku. Sampai hati Adam menyimbah aku dengan sebaldi air disaat aku masih lena di dalam mimpi. Tubuhku yang basah kuyup terus menggeletar kerana kesejukan.
"Sekarang sudah pukul berapa kau nak membuta?" Ajunya setelah meletakkan selamba baldi kosong di atas lantai. Jam tangan ditunjukkan ke arahku yang sedang membara kepanasan.
"Kalau saya membuta pun,awak tak perlu nak bangunkan saya sampai macam ni sekali!Bukan boleh buat apa-apapun dalam rumah ni!"Aku membentak tidak puas hati.
Aku menyilangkan tanganku ke dada kerana tidak selesa. Mata Adam kadang-kadang terpaku pada baju kemeja putih nipis yang aku pakai dan sudah lencun ini.
"Awak tengok apa?"
Aku menjegilkan biji mataku kerana perasan matanya yang redup itu tidak berkelip memandang ke arahku. Setelah itu,tersimpul terus senyuman sinisnya.
"Hahaha!"Ejeknya dengan ketawa dibuat-buat dan tidak semenggah bunyinya.
"Alang-alang kau dah basah,aku ada kerja untuk kau. Bak kata orang,alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Betul tak?"
"Saya bukan kuli awak!"Bantahku.
"Kalau kau tak nak buat kerja,kau tak boleh makan dan minum untuk satu hari. Kau kena buat kerja baru dapat makan dan minum. Faham? Fullstop."
Aku menarik nafas kerana mulai bengang. Memandangkan aku hampir kebuluran sekarang ini,aku kena buat kerja. Selepas itu,aku boleh makan dan minum. Ya,aku akan buat segala kerja dalam rumah ini jika ini yang Adam mahukan.
"Kerja apa?"
"Long!"Laungnya.
Aku mengerutkan dahiku.
Long menapak masuk ke dalam bilik kosong tempat aku dikurung sambil membawa beberapa fail pejabat.
"Ya bos?"
"Kau tak perlu ikut aku pergi resort hari ni. Aku nak kau tengokkan perempuan ni saja. Suruh dia bersihkan rumah,masak dan cuci bilik mandi.Kalau aku balik nanti,rumah masih bersepah,bilik mandi masih basah,rumah ada debu dua-dua siap!"Ingat Adam kepada Long.
"Faham bos."
"Jangan biarkan dia buli kau sesuka hati. Kalau ada apa-apa,call aku."
Long mengganguk tanda faham. Rantai yang masih tergari ditanganku terus dilepaskan.
"Bawa perempuan ni sekarang. Mop bilik ini sekali."Adam memberi satu peringatan kepada aku dan Long. Ya Allah,bencinya! Matikanlah lelaki ni secepat yang mungkin. Aku menyumpah-nyumpah geram di dalam hati.
"Hei!Lepaslah!Saya pandai nak jalan sendiri."
Aku rimas. Pergelangan tangan yang memerah terus digosok.
Anak tangga dituruni dengan perlahan sambil anak mataku juga memamah setiap penjuru. Lelaki ini tinggal di rumah sebesar ini tanpa ahli keluarga?Betapa bertuahnya di usia semuda itu boleh berteduh di rumah bak istana raja atau mungkin dia telah membeli rumah ini daripada hasil wang tebusan?
YOU ARE READING
✅ 𝐓𝐇𝐄 𝐀𝐃𝐀𝐌'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 | EBOOK
Romance| PDF | EBOOK| CRIME ACTION ROMANCE 𝐃𝐞𝐧𝐝𝐚𝐦 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚, 𝐏𝐞𝐩𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐚 𝐬𝐚𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚, 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐞𝐧𝐭𝐢𝐭𝐢 𝐬𝐚𝐦𝐚...𝐀𝐤𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐤𝐞𝐥𝐢𝐫𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐤𝐞𝐥𝐢𝐫𝐮...."-𝐋𝐮𝐧𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐢𝐧𝐝𝐚