Part 3

5 0 0
                                    


"Ow... Kei dan kawan-kawannya dah sampai." Kata salah seorang gadis yang cuba Blackmail Kaoru.

"Yo, Ren-chan. Jadi ini kah gadis yang kau cakap itu?" balas Kei.

"Yeah, dia lah orangnya."

"Yohooo!!! Hooray!!" kawan- kawan Kei terlalu excited.

Kaoru dalam ketakutan kerana dikelilingi oleh sekumpulan pelajar lelaki yang nakal.

Makin lama, Kei dan kawan-kawan mendekati Kaoru.

***********

Aku berlari secepat mungkin supaya aku sempat selamatkan dia.

"Oi Sera, tunggu aku." Kawan aku dalam kepenatan.

"Cepat dia dalam bahaya!!" aku berlari tanpa henti sehingga dimarahi oleh beberapa cikgu. Cikgu juga turut mengejar ku dari belakang untuk menangkap aku kerana telah melanggar peraturan.

"Yoshh, Ini peluang sangat baik."

Selepas sampai dihadapan pintu dewan sukan, aku cuba membuka pintu dewan itu ternyata pintu berkunci.

"Cis, pintu berkunci pula. Ini mesti diorang punya angkara!"

"Sera!! Berhenti!!" kedengaran suara cikgu.

Tanpa buang masa aku terpaksa jalan jauh sedikit memandangkan jalan dekat dikunci.

"Kejar lah saya cikgu."

"Tak guna kamu!!"

Untuk jalan jauh, harus melalui luar dewan tersebut. Dalam masa itu, aku melihat dua orang pelajar junior cuba menghalang ku untuk ke stor sukan.

"Kamu tak boleh lalu disini!" kata pelajar itu.

"Arghh!! Peduli apa aku, ketepi!!"

Aku menumbuk dua pelajar itu dengan dua belah tangan. Pelajar itu pengsan. Aku sambung berlari. Aku terdengar suara kawan Kei dan Kaoru sedang menjerit meminta tolong.

"Sikit lagi!"

Setelah itu, aku melihat sekumpulan pelajar perempuan sedang ketawa dan pelajar lelaki dipercaya Kei dan kawan-kawan sedang cuba memperkosa Kaoru dengan cuba mengoyak bajunya.

"Kaoru!!" Aku menjerit selepas itu.

Kawan Kei dan pelajar perempuan terkejut melihat aku berada disitu.

"OiOiOi, Ren-chan kau kata tak ada pelajar akan tahu tentang ini!" kata Kei.

"Mana..mana aku tahu."

Aku tidak teragak-agak menyelamatkan Kauro. Kawan-kawan Kei cuba menghalang. Aku terpaksa bergelut dengan mereka terlebih dahulu. Selepas itu, aku bergelut dengan Kei. Kei mempunyai seni mempertahankan diri iaitu Boxing. Aku menerima pukulan yang padu oleh Kei menyebabkan beberapa kali tumbang.

"Huh, Tak tumbang lagi rupanya kau ni."

"Aku tak akan tumbang selagi Aku tak dapatkan selamatkan dia! Arghhhh!"

Aku membalas serangan. Kei tumbang selepas serangan itu. Tidak cukup itu, aku memukul lagi Kei.

"Tak guna! Tak GUNA! TAK GUNA!!!!"

"SERA BERHENTI!!" Jerit Cikgu.

Aku berhenti selepas mendengar suara cikgu. Cikgu - cikgu lain juga turut tiba di tempat kejadian. Aku buka baju sukan yang sudah gelebeh itu dan beri kepada Kaoru yang bajunya sudah koyak rabak.

"Nah Kaoru pakai la baju ini." Kata aku dalam nada perlahan.

Kaoru memakai baju dan Cikgu perempuan membawa Kaoru ke hospital untuk pemeriksan lanjut. Kei dan kawan-kawan serta pelajar perempuan telah dibuang sekolah dan dipenjara.

Sudah Satu minggu Kaoru tidak hadir ke sekolah selepas kejadian itu. Aku telah digantung sekolah selama 3 hari kerana telah melanggar peraturan sekolah dan memukul pelajar.

2 minggu kemudian...

Bulan ni dah masuk musim bunga. Dekat Jepun sekarang mungkin sudah dikelilingi dengan bunga. Aku berjalan ke sekolah macam biasa bersama adik ku.

"Abang tak apa - apa ke?" kata adik ku Alisha.

"Hm? Abang okay ja. Kenapa tanya soalan begitu dekat abang?" aku menanya soalan balik.

"Adik tengok abang termenung jauh tu yang buat saya risau."

Aku menggosok kepala Alisha sambil tersenyum. Selepas itu, aku dengan Alisha berpisah pergi ke sekolah masing-masing dan meneruskan jalan. Selepas 5 minit, aku tiba dihadapan pintu pagar sekolah. Aku melihat Kaoru berada di pintu pagar seperti dia sedang menunggu seseorang.

"Ah, Sera-san selamat pagi." Kata Kaoru selepas melihat aku.

"A..a..ah Selamat pagi, Kaoru." Aku balas.

Kaoru berterima kasih kerana telah selamatkan dia kejadian yang lalu dan meminta maaf sebab perkara itu terjadi aku digantung sekolah.

"Kalau tak ada apa, saya minta diri dulu, Sera-san."

Kaoru berjalan menuju ke kelas.

"Tunggu Kaoru." Aku memanggil Kaoru.

"hmm...?"

"Sudikah.. kau.. jadi kawanku?"

Kaoru terkejut dengan pertanyaan ku dan dia menangis sedikit. Dia seperti bersyukur.

"Yeah, saya sudi Sera-san" Kaoru membalas dengan gembira.

Aku senyum. Selepas itu kami berjalan ke kelas bersama-sama dan aku tidak mengalami sebarang bayangan orang mati lagi.

Can I Change The Future? ( Malay version )Where stories live. Discover now