Kring~
Fuhh!! Selamat. Baru selangkah aku jejak masuk melepasi pagar sekolah, loceng dah berbunyi.
Bagus Sowon,bagus. Muka aku je yang selalu lewat. It's my life. Late to school everyday.
Tapi harini aku rasa lebih semangat. Sebab...
Nantilah aku bagitau kawan² aku. Tak sabar nak luahkan perasaan kat mereka.
Aku jejakkan kaki ke dalam kelas. Punyalah riuh-rendah. Ni mesti kes tak ada cikgu dalam kelas. Yahooo!
"Yo!! Awal korang sampai." aku mula menegur rakan baik sekelas ku iaitu Yerin dan Umji.
"Woi bedah..kau tu yang selalu datang lambat. Kami memang lah awal. Usah disoal lagi." kata Yerin sambil mengunyah gula-gula getah.
Aku tersengih. Betul jugak apa,yang Yerin cakap tu.
"Weyy...aku nak cakap satu benda ni. Hmm tapi tak best lah nak cakap tanpa Yuju,SinB ngn Eunha. Jap..aku panggil diorang."
Aku terus melangkah ke kelas sebelah.Aku masuk ke dalam kelas itu tanpa segan silu.
"Korang,jom ikut aku pergi kelas aku. Ada benda nak bagitau ni."
"Apa lagi Sowon?" aku hiraukan pertanyaan Yuju.
"Alah..jom la. Kejap je."
Tanpa banyak kata,mereka ikut aku ke kelas. Semua member aku sedang berkumpul.
"Apa yang kau nak bagitau ni..cepatlah. Banyak lagi homework aku tu.." kata Eunha.
Aku menjeling. Tahulah IQ dia lagi tinggi dari aku."Hmm ni...aku ada tersuka sorang mamat ni. Dia bukan budak baru. Aku tak tau macam mana aku boleh suka dia. Haishh! Naik gila aku dibuatnya." aku mengusutkan rambutku. Omma! Rambut Sowon dah kusut!!!
Mereka memandang aku kosong lalu mentertawakan aku. Aku ade buat lawak ke?
Aku mencebik. Macam ni lah kawan.
"Sapa pulak mamat yang malang ni?" SinB masih mencuba untuk menahan tawa.
"Jap! Sejak bila kau dh pandai main suka² ni? Aduhai...Sowon- sowon.." tak pasal² pasal aku ketuk kepala si Umji ni. Dia mengaduh. Haha padan muka.
"Kan aku dah cakap..aku tak tau macam mana aku boleh suka dia." aku memutarkan bebola mata ku.
"Sapa lelaki idaman kau tu?" soal Yuju pula.
"Haishh...korang teka lah. Dia kelas sebelah. Satu kelas ngn kau Yuju."
Mereka mengerutkan dahi. Hohoho. Mesti tak tahu. 😝
"Hmm..kelas sebelah ramai yang handsome.." Yerin sedang memerah otaknya.
"Kau jangan cakap kau crush dekat Taehyung aku.." adoiii. Apa yang dia mengarut ni.
"Hell no. Tak nak aku crush kau tu SinB oii. Usah riso..aku takkan rampas dia dari kau."
SinB menghembuskan nafas lega.
"Aku tahu! Kau suka mamat yang nerd tu ehh." what the hell?
Aku menggeleng."RM?" aku geleng lagi.
Okay. Sekarang aku dah giveup dengar jawapan mengarut mereka.
"Apa lah...bende senang pon tak tahu. Aku crush on Jeon Jungkook." kali ni aku cakap perlahan. Takut orang lain dengar.
"What?!! " jerit mereka serentak. Aduiii! Boleh pekak telinga aku.
"Shhh!! Diam la sikit. "
"Woww.. Tinggi nya taste kau. Jeon Jungkook? Daebak Sowon. " Yuju thumb up pada aku.
Well... Ni Sowon lah. Kembang sikit.
"Tapi kan... Bagi la dia ruang sikit. Dia baru je putus dengan Yeri. " kata SinB.
"Ouh... Dah putus.. Lagi senang la kerja aku nak pikat dia. "
"Suka hati kau lah. Apa pon kami tetap sokong kau. Semoga kau berjaya dapatkan dia. " Ceh.. Yerin dah bagi kata² semangat.
"1,2,3!! Fighting!!! " kami jerit serentak.
Dan selepas itu kami semua bersurai sebab cikgu dah masuk.
YOU ARE READING
[Hiatus]❤ Crush On You ❤
Short Story: : : Dia lelaki pertama yang buat aku jatuh cinta. Tak kisah la cinta monyet atau true love. Aku anggap dia sebagai crush. Aku harap aku dapat miliki dia. : : :