KIM CHEON BIN POV:
Apakah yang wangi ini?
Aku mengikut bau yang wangi tersebut.
Aku tiba di suatu padang rumput yang menghijau ditumbuhi dengan bunga-bunga yang bermacam-macam warna.
Aku nampak seorang lelaki yang sedang berdiri di tengah-tengah tempat ini, agak jauh daripada aku.
Tapi bau wangi itu seperti datang daripadanya.
Seperti ada aura cahaya yang suam dan terang disekelilingnya.
"Dia seperti ada masa depan yang cerah... Sungguh cerah."
Bukan seperti aku.
Sungguh berbeza, dibelakang ku ada aura kelam dan cahaya hitam. Seperti aku ini membawa malang.
Tapi aku mahu dekat dengan cahayanya.
Tapi aku takut yang dia akan menjadi gerhana, disebabkan oleh aku.
Aku nampak yang dia mendepakan tangannya, seperti ingin menyuruh aku memeluknya.
Aku takut.
Aku berdiri di tempat yang sama. Tidak bergerak.
Tapi, dia berjalan kearah aku.
Kemudian dia berlari.
Aku berada dalam pelukannya.
Sangat suam. Seperti aku dialu-alukan ke dunia ni.
Kemudian dia bisikkan sesuatu di telinga aku.
(End Pov)
"Yusuf Tayob~"
"YA TUHAN, MALAIKAT MANA DEPALN SAIYA NII??" Jerit CheonBin yang terbangun lalu nampak muka SeokJin yang hensem.
Itu pun sebab CheonBim masih separuh sedar.
SeokJin membelakangkan dirinya.CheonBin menukar posisi baring kepada duduk atas sofa. Dia menggosok mata. Lalu mengikat balik rambutnya yang terburai paras bahu itu.
"Mak, siapa lelaki ni?" Tanya CheonBin.
"Tutor baru kau."
******
Ibu CheonBin mempelawa SeokJin makan sekali dengan mereka.
KIM SEOK JIN POV:
Aku duduk dengan sopan depan mereka.
Mesti jaga adab woi.
"Jadi makcik, bila saya boleh ajar anak makcik?" tanya aku.
"Ouh, bila? Sekarang pun boleh." Jawab makcik tu. Apekah.
"Kalau begitu, saya sediakan jadual dia lepas bincang dengan anak makcik eh." Aku memberitahu pandangan aku, untuk mencari waktu sesuai mengajar budak nama CheonBin ni.
Tapi bukan sepatutnya aku bincang ngan mak budak tu kah?
Apa² ja lah. Aku yang mengajar.
"Mak dia ni dari agensi mana?" Tiba² budak CheonBin ni tanya aku dari agensi mana.
Uish, tutor pun boleh ada agensi sendiri oh.
Aku kagum sendiri.
"BigHit. Ent." Aku menjawab sambil menyuapkan diri sendiri makanan. Sedap woi masakan makcik ni.
YOU ARE READING
[OG]Rendang kau tak crispy + Kim Seok Jin
Random"apesal kau ni bengang dalam mata pelajaran dan memasak?" -jin "Hak tuih, kau pikir kau ni pemenang masterchef ke sepuluh?"-CheonBin Kim Cheon Bin ialah seorang gadis yang bengap dalam mata pelajaran sejak masuk sekolah menengah. Ibubapanya membuat...