Dua minggu selepas KimSeokJin menjadi tutor CheonBin.
Di sekolah. Hari rabu.
KIM CHEON BIN POV:
"Mak kau pergi mana tadi kau cakap?"
"Oh, Mak sama bapa aku jalan-jalan di Zimbabwe."
Pelikkan yang mak sama bapa aku tiba-tiba pergi ke Zimbabwe? Bercuti tak bawa aku. :') sad life.
Kemudian, mak sama bapa aku boleh boleh dorang kasi tinggal aku dirumah dijaga oleh tutor aku sendiri?
Nasib baik dorang bagi upah juga sebab jaga aku.
Dan duit saku.
"Oh ya, dia cakap hari ni ada latihan kokum dekat rumah. Kau rasa apa benda dia maksudkan? Sudah lah aku ni jenis pemalas." Tanya aku kepada kawan aku selain Shenny. Nadrah.
Nadrah ni pula memang korea asli. Tapi mak bapak dia ni pernah tinggal kat Malaysia selama 5 tahun. Mak sama bapak dia ni pula suka sangat Malaysia sampai anaknya pun nama orang malaysia. Eksotik eh?
Halamak jeles pula aku. Korea tapi ada nama Malaysia
"Entah, cam lain macam je aku dengar. Hensem ke tutor kau ni?"
Nadrah menukar topik.Aku secara automatik tengok atas sambil berjalan di koridor dengan nadrah. Terbayang muka tutor aku.
Boleh tahan hensem juga dia kan?
Eh apa aku mengarut ni.
Kepala aku menghadap Nadrah.
"Bolehlah, ikut citarasa aku lah tapi."
***
Di rumah Cheon Bin.
SeokJin duduk atas sofa sambil menunggu kedatangan CheonBin. Beg pink yang penuh baju dan barang peribadinya berada di tepi sofa.
Biasalah, kan jadi penjaga CheonBin selama 2 minggu.
Seokjin memusingkan kepalanya ke belakang dengan badannya sedikit untuk melihat dapur.
Dia smirk.
"Ding Dong!!!" loceng pintu berbunyi.
Klik! Bunyi pintu dibuka dari luar.
"Dia dah sampai."
***
"EOOMMMMAAA!! TASUKETEE!!!!(TOLONG)"
Jeritan daripada perempuan yang tengah memasak tapi takut kena minyak.
Tangannya terkial kial, asyik kedepan kebelakang dengan sudip besinya. Takut kena minyak.
"Aku suruh engko masak ayam goreng pun susah." kata seokJin yang meletakkan kedua dua tangannya ke pinggang. Ala yang posing yang makcik² selalu buat tu.
Jin berada di belakang CheonBin sambil melihat keadaan ayam goreng.
Bukan CheonBin.
Kalau tengok dari belakang, CheonBin memang invisible lah, sebab Jin ni badannya besar. Bahu pun lebar. CheonBin ni kecil aje, tak kecil sangat tapi bolehlah. 163cm gitu tingginya. Bahu pun kecik je.
"Tapi rendang ayam mana ada ayamnya digoreng bahaloooollllll!" Berani sudah ya engko memanggil gurumu sedemikian CheonBin? Tapi CheonBin secara rasminya selesa mengatakan perkataan itu
"Berani engko panggil cikgu engko bahalol?" lawan SeokJin pula. Macam budak². Terkejut juga si CheonBin berani cakap cam tu.
Haaaa, inilah kelab dan aktiviti kokum CheonBin yang Jin katakan sebelum ini. Memasak.
Minggu sebelum sebelum ni, Jin asyik tamgguhkan bila kokum ni bermula, jadi CheonBin tak tahu apa yang akan berlaku atau apa benda yang akan dilakukan nanti.
Ahli kelab? 1.
Kedatangan?
Penuh."Cikgu apanya kalau ajar pon salah???"
PAP! POP! PAP!
CheonBin terkejut dengan minyak yang melompat dan meletup merata-rata. CheonBin kebelakang sebab terkezut, hampir terjatuh dalam dakapan jin.
Jin memegang bahu CheonBin untuk menahan CheonBin dari jatuh.
"Hati-hati." Jin senyum.
CheonBin hanya melihat muka Jin sekejap dengan ekspresi 'jangan sentuh aku lelaki gaytal' lalu menyambung menggoreng ayam.
Dan begitu lah mereka menghabiskan masa sepanjang petang ini hingga malam.
Bergaduh dan memasak.
***
CheonBin dan Jin duduk di meja makan.
Hidangan rendang sebagai menu malam ni. Dah siap tersusun lagi dihadapan mereka.
CheonBin mengaut nasi dengan sudu nasi untuk mereka berdua. Piring yang berisi nasi dihulurkan kepada Jin.
Masa untuk merasa rendang yang dimasak untuk dinner malam ni.
Seokjin mengambil sesuap nasi demgan daging ayam rendang yang dipotong atau dicariknya tadi.
Kunyah kunyah kunyah kunya kunyahhhh.
Jin melihat CheonBin dengan muka berkerut.
"Apasal kau ni bengang dalam matapelajaran dan memasak?" Kata Jin, merosakkan mood CheonBin.
"Haktuih, kau pikir kau ni pemenang masterchef kesepuluh kah?" Kata CheonBin yang tiba² hilang sabar. CheonBin menyuap kasar makanan itu kedalam mulutnya.
"Haih, cik? Period kah marah marah ni?" Jin selamba berkata.
"Ha'ah. Jadi?"
"Oh, tak lah. Cuma rendang kau tak crispy." Jin sambil menyuapkan lagi sesudu rendang yang lain kedalam mulutnya.
TBC
Hadoiii tak hade hidea arh,...
Time raya kat sekolah author rasa cam nak tanam kepala author dekat taman herba disekolah yang tak seberapa herba sangat.

YOU ARE READING
[OG]Rendang kau tak crispy + Kim Seok Jin
عشوائي"apesal kau ni bengang dalam mata pelajaran dan memasak?" -jin "Hak tuih, kau pikir kau ni pemenang masterchef ke sepuluh?"-CheonBin Kim Cheon Bin ialah seorang gadis yang bengap dalam mata pelajaran sejak masuk sekolah menengah. Ibubapanya membuat...