Pengenalan

180K 467 6
                                    

Aku Natalia. Tapi family panggil Lia je. Aku anak tunggal dan tinggal berjauhan dari keluarga atas faktor komitmen kerja. Mak aku dah 8 tahun meninggal so ayah aku tinggal sorang kat kampung. Ayah aku dah masuk 65 tahun, tahun ni.

Semenjak naik pangkat aku jarang balik ke kampung menjenguk ayah. Jangan kata kampung, balik rumah pun lewat malam. Jadi keadaan dalam rumah jadi agak tak terurus.

Ada rezeki lebih, ku hire seorang pembantu rumah. Makcik Hasnah atau lebih dikenali sebagai Mak Nah berusia 51 tahun. Aku malas nak hire pembantu rumah muda dan memilih Mak Nah kerana beliau katanya hidup sebatang kara selepas ditinggal suaminya hampir 10 tahun.

Mak Nah memang tinggal di rumah ku melainkan dia ingin balik ke kampung baru aku bagi cuti beberapa hari.

Keletihan bekerja membuatkan aku tiada aktiviti lain jika berada di rumah melainkan berehat dan berfikir perancangan untuk minggu ini, minggu depan, bulan depan, tahun depan dan selanjutnya.

Sedang berfikir-fikir..aku teringat ayah aku yang keseorangan di kampung. Mesti ayah aku bosan. Aku pun berkira-kira untuk mengajak ayah tinggal bersamaku dan balik ke kampung bila ada kesempatan atau cuti.

Bangun pagi-pagi sebelum ke tempat kerja, aku telefon ayah aku untuk bertanya khabar dan menyatakan hasrat aku untuk mengajak dia tinggal bersama dengan ku.

Pada mulanya ayahku keberatan untuk tinggal bersamaku dengan alasan katanya sayang untuk tinggalkan rumah dan kenangan yang ada.

Puas juga aku pujuk dengan hujah-hujah dan point rasional. Haha. Terlambat sedikit aku ke pejabat pada pagi itu. Akhirnya ayah aku pun setuju. Jadi aku pun buat deal bahawa minggu depan aku akan ke kampung untuk menjemput ayahku.

Hari berganti hari tibalah masa untuk aku menjemput ayahku. Lama juga aku tidak ke kampung. Tapi belum ada banyak perubahan pun di kampung ni. Perjalanan kira-kira 4-5 jam dari Selangor aku gagahi juga demi menjemput ayah.

Tepat jam 10 pagi aku tiba kampungku. Setibanya di halaman rumah, ayah sedang duduk di pangkin rumah sambil membentuk semula bonzai arwah mak. Aku salam tangan dan peluk ayah. Rindu. Maklumlah sudah hampir 8 bulan lebih tak bersua muka.

Ayah segera masuk ke rumah dan aku membantu untuk mengambil beg-beg ayah untuk dibawa ke rumahku. Tapi sebelum tu wajib singgah di kedai makan milik kawan arwah mak yang sudah menjadi kegemaran kami sejak dahulu lagi.

Kebetulan hari tu Aunty Mariam ada di kedainya. Lama juga kami berborak sambil menikmati hidangan paling popular di sini. Aku perasan juga pandangan ayah lain macam pada Aunty Mariam. Mungkin rindu pada arwah mak. Kesian ayah aku kesepian.

Selesai makan aku terus pecut balik ke Selangor supaya kami boleh berehat sebelah malamnya. Tiba di rumah Mak Nah menyambut kami di muka pintu. Ayah tampak terkejut sebab aku tak bagitahu pun kehadiran Mak Nah dirumahku.

Aku pun perkenalkan ayahku pada Mak Nah dan tunjukkan bilik pada ayah. Bilik ayah bersambung dengan bilik wardrobe aku sebab bilik satu lagi dah terlanjur dijadikan sebagai stor.

Malam tu aku ajak Mak Nah dan ayah makan luar. Sekaligus bolehlah kedua org tua tu berehat. Sambil tunggu makanan sampai panjang juga perbualan antara ayah dan Mak Nah. Maklumlah tak pernah kenal.

Malam tu kami balik dan berehat seperti biasa. Peringkat mula ni tak jadi apa-apa lagi sehingga hampir sebulan ayah tinggal di rumahku.....

Ayah dan Mak NahWhere stories live. Discover now