Part 1

70 2 0
                                    

"Tengku Nurin Raisya !! Bangun kamu dah lambat ke kolej." Laung Datin Alisya kepada anak perempuan bongsunya yang degil berbanding abang abangnya yang lain. "Alah mama awal lagi la, relax la kolej tak lari pun" jawab Nurin sambil mata masih terpejam.

"Tengku Nurin Raisya, if you still not wake up, i will call your dad to wake you up !" Dengar sahaja nama papanya Nurin terus bangun pergi ke toilet. Nurin tahu papanya seorang yang tegas, dia tidak suka anak anaknya malas belajar dan berkelakuan tidak baik.

"Good morning papa, mama, along, angah." Nurin menyapa familynya yang tengah makan sambil tersengih sengih kerana takut dimarahi papanya disebabkan lewat turun makan.

"Habis la kau dik, papa marah kau sebab kau turun lewat." Beritahu angah sambil menjelir lidah. Angah atau namanya Tengku Naufal Rayqal yang berusia 23 tahun sering menyakat Adik perempuannya yang seorang itu. Ada je dia nak bagi Nurin sakit hati.

"Alah sibuk je angah, adik terlewat sikit jee. Papa okay je, angah pula tak chill. Haa yang angah ni asal tak pergi kerja lagi, balik dari Australia nak dekat sebulan dah, papa offer suruh kerja dekat syarikat dia taknak. Asyik keluar jee. Pemalass." Bising Nurin untuk menarik perhatian papanya untuk memarahi angah pula.

"Betul cakap adik kamu tu angah, kamu bila nak bekerja dengan papa. Tempat tu pun masih kosong sebab papa nak bagi dekat anak anak papa." Nurin menjelir lidah sambil mengangkat ibu jari tangan kepada angah tanda gembira papa menyebelahinya.

"Nanti la pa, angah belum puas jelajah KL la lagipun along kan ade. Betul tak along hehe." Kata angah sambil menepuk nepuk bahu along. Along seorang yang lebih bertanggungjawab disebabkan itulah papa memberi kepercayaan kepada along untuk menguruskan syarikatnya. Along sering backup Nurin yang selalu dibuli angah dan acik. Nurin lebih rapat dengan along kerana along lebih memahaminya.

Alongnya yang berumur 25 tahun sering "diusyar" oleh rakan rakan kolejnya sekiranya along pergi mengambilnya di kolej. Disebabkan rupa along yang handsome dan berbadan tegap. Angah dan aciknya juga begitu, rakan rakan kolej sering menanyakan perihal abang abangnya.

"Adik dah lewat ke kolej ni, adik pergi dulu. Bye pa, ma, along, angah." Ucap Nurin sambil menyalam familynya.
*******
Ketika dia sedang berjalan ke kelas dia terlanggar seorang lelaki, "Aduh buta keee woi, mata letak mana ?" Nurin memohon maaf tapi selepas dia melihat orang yang dilanggarnya ialah Syed Farhan Akhmal, muka Nurin terus berubah. "Eh kau ke, kau memang layak dilanggar, sedap sedap kau je kata aku buta eh."

Syed Farhan Akhmal merupakan musuh tradisi Nurin dari sekolah menengah kerana sikap Akhmal yang sering membuli Nurin.

"Kau ni muka je cantik tapi mulut berbisa." Kata Akhmal pada Nurin

"Haa aku tahu aku cantik, so boleh ke tepi sikit tak ? Orang cantik nak lalu. Semak la kau" Nurin membalas kata kata akhmal dengan geram.

Tersuka Tanpa Sengaja ❤️Where stories live. Discover now