Part 2

51 1 0
                                    

"Wtf Mal, kau biar je Nurin tu kata macam tu dekat kau, kau taknak balas balas balik kee do. Ke kau suka dia Mal." Kata Syafiq kepada Akhmal yang berdiam diri sejak tadi.

"Gila ke aku suka dia, harap muka je lawa, mulutt macam taik." Kau tunggu la Nurin, aku akan buat kau sampai kau melutut depan aku, Akhmal bermonolog dalam hatinya

"So, kau nak balas dendam ?" Tanya rakan baiknya itu.

"Kau tunggu je la nanti hahahaha" balas Akhmal sambil gelak sinis.

"Wey Nurin kau asal diam je dari tadi, dahla asyik mengelamun je waktu lecturer tengah ajar tadi" Tanya Arissa kepada sahabat baiknya itu. Aina dan Isha mengangguk tanda setuju dengan pertanyaan Arissa. "Haah do kau ade masalah ke" Tanya Aina.

"Takde ape la, aku cuma tengah sakit hati dengan mamat poyo tu, tak habis habis cari pasal dengan aku."

"Maksud kau Akhmal ke ? Haah la wey aku macam pelik gak kenape dia kacau kau eh. Perempuan lain yang nak dekat dia, dia taknak layan pula. Entah entah dia suka kau kot weyy hehe." Isha memberitahu Nurin dengan muka penuh teruja.

"Kau gila ke dia suka aku, memang takla wey. Kau tengok la mana ada dia layan perempuan yang tergila gila dekat dia tu. Aku agakk dia gay la. Kalau dia suka aku pun, minta dijauhkanla ewwww." Balas Nurin dengan riak tidak setuju.

"Kau ewwww la tengok tengok kau jadi isteri dia Hahahahaha" balas Aina dengan Arissa serentak.

Perbualan antara rakan rakannya tadi berlegar legar dalam kepalanya, "haih minta dijauhkan la aku jadi isteri dia, dahla suka kacau aku. Kalau dah kahwin apa la nasib aku nanti." Dia kenal dengan Akhmal sejak di tingkatan 1 lagi, malah sekelas juga. Daddy dan Mummy Akhmal iaitu Dato Fahrin dan Datin Fatin juga merupakan rakan baik papa dan mama. Nurin masih ingat sewaktu di tingkatan 2, dia pernah bergaduh dengan Akhmal sehingga Akhmal menarik rambutnya. Sejak itu dia mengisytiharkan perang dengan Akhmal.

Akhmal yang baru pulang dari kolej terus ke ruang tamu bersama daddy dan mummynya yang sedang berbual bual. "Assalamualaikum mummy daddy, sembang apa tu sampai Mal balik pun tak sedar."

"Eh kamu dah balik Mal, marilah sini daddy dengan mummy ada nak cakap sesuatu dengan kamu" kata datin Fatin

"Macam serious je mummy, ape yang nak dibincangkan tu ?" Tanya akmal curious.

"Daddy nak kahwinkan kamu dengan anak kawan daddy 2 bulan lagi. Daddy harap kamu setuju, ni keputusan muktamad lagipun kamu sorang je anak kami." Tegas Dato Fahrin

"Tapi daddy Mal masih muda, Mal belum bersedia, its my life daddy, Mal taknak kahwin dengan orang yang Mal tak cinta."

"Kami sayang kamu Mal, sebab tu daddy nak kamu kahwin dengan pilihan kami, kami tahu dia adalah terbaik untuk Mal." Balas mummynya

"Haihh, siapa perempuan tu ?" Tanya Akhmal

"Malam ni kita pergi makan malam rumah mereka, waktu tu Mal boleh kenal dengan calon isteri Mal" balas daddy

Akhmal mengeluh.

Tersuka Tanpa Sengaja ❤️Where stories live. Discover now