Hai... macam mana dengan Section 4? Adakah anda berani menontonnya? Saya baru terima komen daripada 3 4 orang sahaja mungkin ada antara anda takut untuk menonton video tersebut.
Tujuan admin tayangkan video itu pun untuk bagi anda semua rasa ketakutan dan suspen menghadapi zombi itu bagaimana. Anda juga dapat lihat reaksi dan ciri-ciri zombi dalam video yang saya beri. Jadi boleh la anda menjiwai perasaan bila menulis tentang rasa-rasa ini nanti.
Pada yang tak mampu nak tengok saya tak paksa. Dan PERHATIAN mereka yang lemah semangat atau ada sakit jantung jangan tengok ya. Admin tidak bertanggungjawab jika berlaku perkara tak diingini nanti.
Bertenang dan masih ada beberapa video yang akan saya mainkan nanti. Semua itu bagi memberikan anda 'rasa' dalam menulis dan mana tahu mampu mencetuskan idea kepada anda juga.
Jom kita sambung tonton video lagi.
Selamat menonton.
YOU ARE READING
G2C WRITING CHALLENGE 2018 : ZOMBIE
عشوائيCabaran menulis cerita Zombie yang di anjurkan oleh komuniti G2C buat julung-julung kalinya pada tahun ini. Mari kita lihat kreativiti warga wattpad dalam menghasilkan karya bergenre rare ini. Selain itu ia juga untuk menguji ke sejauh mana pemaham...