Sesuatu terjadi

15 0 0
                                    


Emma berdiri di tengah-tengah jambatan kecil yang berada di antara anak sungai yang membeku menjadi sebuah tapak permainan ice ski. Hari ini dia bercuti dari semua perkara. Dia memandang Imran yang sedang memegang tangan seorang kanak-kanak yang sedari tadi cuba untuk meluncur di atas anak sungai itu. Lelaki yang misteri itu. 

di rumah, Imran membuat semua kerja seperti dia berpengalaman menjadi orang gaji. dia berbakat dalam semua perkara termasuklah diam-diam melukis menggunakan alatan sekolah Emma dan menggantungkannya di dinding berhampiran pintu masuk. 

Imran yang hanya duduk di rumah seharian itu, terkadang menghabiskan pembacaan buku-buku novel romantik Emma. Lama kelamaan lelaki itu semakin dekat dengannya. Mungkin kerana apa yang Emma suka dan tak suka telah diketahuinya. 

Emma mula meletakkan kasut luncurnya, diambil semula untuk di pakai, dia mendekati Imran. 

Imran menghulurkan tangan, dan akhirnya tangan mereka bersatu, imran memimpin Emma mengarah ke tengah. Lagu berentak romantik itu menghangatkan lagi suasana. 

" Sudi menari dengan saya?" Imran membengkokkan sedikit badannya seperti seorang hamba memberi tunduk hormat kepada sang raja. Tangannya dihulur semula kepada Emma.

"Saya tak nak merasa rugi..." Emma tersenyum dan menyambut tangan Imran.  Mereka mula menari mengikut rentak. Imran tersenyum menampakkan giginya yang rata sempurna. Matanya yang bulat menghitam di tenung Emma. 

Entah kenapa Emma merasakan sesuatu. Lelaki itu sudah duduk dengannya hampir 3 bulan tetapi dia masih misteri. 

"Imran.. saya still tertanya tanya.. awak ada kekasih? Parents? adik beradik?"

" Ye Ms Emma.. Saya ada kesemuanya.... saya ada ibu bapa walaupun bukan ibu kandung.... saya masih ada adik beradik yang semuanya buat hal masing-masing.. jika saya dalam kesusahan, sangatlah mustahil mereka boleh datang membantu... mereka ada urusan masing-masing.... kekasih...? saya ada seorang gadis yang kebanyakan masanya menghabiskan duit untuk shopping... untuk makeup... well...." 

Emma menunduk ke bawah, merasa malu kerana tiba-tiba memeluk kekasih orang lain. Dia melepaskan tangannya dari tengkuk Imran. 

Perlahan Imran menarik balik tangan Emma dan meletakkannya di dada. 

"Tapi... Saya cuma dengannya kerana keluarga kami berkawan baik... saya tak pernah cintakannya...."

Imran meletakkan tangan Emma kembali di bahunya. 

" saya tak pernah jumpa dengan gadis macam awak Ms Emma... awak terlalu naif.... dan cantik walaupun awak nervous... walaupun di mata orang lain, mereka anggap saya dan awak orang asing... awak ada cita-cita sendiri... tak macam mereka yang ada di sekeliling saya... mereka cuma lah tukang tanam di ladangan mereka tetapi bukan sesuatu yang bermanfaat dan boleh tumbuh berbunga atau berbuah..."

Emma tergelak kecil. 

" Awak ni petani ke?" 

" Kalau itu yang awak anggap..."

" Ibu saya seorang nurse di biara... ayah saya dah tiada.. dan kedua-dua mereka bukanlah keluarga saya yang sebenar... mereka kata saya tidak berasal dari sini... tepatnya saya datang daripada Asia.. tapi bila saya tilik muka saya dan bandingkan dengan orang lain... saya pasti saya bukan dari china... bukan dari thailand.. saya tak segebu mereka.. satu-satunya bukti yang tinggal hanyalah orang yang pernah membawa saya kepada ibu saya di sini.... Anita Manchester.. yang mana.. saya tak tahu dia berada di mana...."

"Awak tak nak cari dia?"

"Saya berumur 20 tahun... dan 20 tahun bukan lah masa yang singkat untuk saya cuba lupakan perkara ni... sekurang-kurangnya saya tak nak tahu siapa yang membuang saya... saya cuma nak lalui hari-hari saya dengan diri saya sendiri... tanah asal saya... dari mana saya... saya...." air matanya mengalir perlahan di pipi. 

"Shhhhh..."

Perlahan ibu jari Imran mengusap pipi Emma. Di dekatkan Emma di dadanya. Gadis itu kesunyian. Kesepian. Dia merasa benda yang sama seperti Emma. Dia juga ingin pulang ke pangkuan keluarga walaupun tahu nyawanya menjadi ancaman. Dia yang terpaksa menjadi korban dalam hierarki kerajaan Beraja. 

Dan bunyi muzik semakin kuat. Mereka berdua menari semula dan tenggelam dalam perasaan masing-masing.

** 

Tanpa suara mereka berdua berjalan pulang  ke rumah, Imran menarik tangan Emma dan mengenggamnya. 

Emma terkejut dan melihat Imran. Imran yang bersahaja. Hatinya mulai berbunga-bunga. 

" Awak cuba nak pikat saya ke?"

Emma berseloroh. 

" Well.."

Imran cuma tersenyum dan memimpin tangan Emma hinggalah mereka sampai di rumah. Entah kenapa malam ini terasa hangat tak bertempat walaupun salji mulai lebat di luar rumah. kedua-duanya terasa janggal bersama. Bukan sikap Imran untuk merasa kekok begini. 3 bulan terperangkap dengan Cik watsons yang sangat simple dalam kehidupannya. Jauh berbeza dengan suasana dirinya terutama apabila terpaksa rigid dalam protokol istana. 

Imran baring di atas sofa sambil berselimut, menoleh ke kiri dan kanan, matanya susah nak lelap. Dia duduk dan menambah kayu ke dalam corong pemanas. 

Lampu di katil Emma masih terbuka. Dia memerhati Emma yang perlahan menukar baju tidur pyjamanya. Seksi. Meskipun tertutup. Dia akui dia not an easy man, dan dia ingin mencari pasangan yang bukan not an easy woman tetapi dengan penampilannya as a future king. Perempuan berlidah manis, kaki kikis, pisau cukur, model, semua melekat nakkan pangkat dan harta. Puteri Kayla pula mungkin adalah orang yang tepat untuknya mengikut fikir kerabat besar yang lain. Dia seorang yang lembut. Seorang yang sangat sesuai untuk di jadikan permaisuri. tapi.... 

p/s : terima kasih kepada yang sudi baca kisah yang tak seberapa, di nukil atas dasar fiction semata-mata and ini hanyalah hiburan. Jangan ambil serius kalau ada adegan yang tak sesuai atau melampaui batas. Saya tak sangka ada yang sudi baca, dan bila saya tgok ada view, saya teruskan menulis kisah ini. Maafkan juga atas percampuran bahasa.. jangan lupa vote kisah ni ye... :D thanks to sweet readers.. 



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 12, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mr Prince and EmmaWhere stories live. Discover now