Serumpun?

20 0 0
                                    

Setelah lelaki itu muncul kelmarin, berbatu-batu masalah Emma. Perlahan dia berjalan pulang menuju ke rumahnya. Berbakul-bakul dia menyumpah lelaki asing the colded imran di dalam hati apabila segala urusannya hari ni terbengkalai dan ada yang tak berjaya. 

"Datang kelas terlambat, Mama call banyak kali tak dapat nak angkat, terlepas contest di Indonesian workshop and i lose my chances to follow the tour.. ini semua kerana the cold imran yang sekarang ada di rumah aku..."

Keluh Emma. 

"Hi," Emma menarik pandangannya dari mata Imran setelah dia membuka pintu rumah. Lelaki itu betul-betul di hadapannya. Dia mungkin tidak perasan Imran sudah berubah wajah, sudah mandi, kemas, memakai t shirt putih kegemaran Emma yang longgar dengan berseluar pendek. oh ya, kecuali bekas lebam di bibirnya belum hilang.

What? Why she is ignoring me? 

"Hello.. Hello miss Emma Watsons"

"Ok.. why are you still here?"

"What?? Do you mean on your pouch?"

"No.. kenapa awak tak keluar lagi?" 

"Bukan saya kata saya mahu tinggal di sini.."

Emma menggeleng. Dia duduk di meja makan menongkat dagunya memandang Imran. 

" Awak dari negara mana Imran? Apa nama penuh awak, i mean your family name..?"

Imran yang sedang memeriksa kesan lebam wajahnya di cermin terhenti. Menoleh ke arah Emma. Lalu, perlahan dia melangkah ke arah Emma.

" Somewhere.. near indonesia.. malaysia...keadaan negara saya sama saja seperti mereka.. multiraces.. head by the muslim leader...."

Mata Emma terbeliak. Mulutnya terlopong.

"Jadi.. kamu Muslim???"

Imran segera mengangguk.  Emma menarik tangan Imran yang sedang berdiri menuju ke Sofa. Lantas mereka berdua duduk di situ. Emma menatap mata Imran. 

" Hey Hey.. "

" Shhhhh.." 

Perlahan Emma menilik wajah lelaki di hadapannya. Dia memandang mata Imran yang berwarna coklat, matanya yang seakan-akan sepet. Bentuk wajah Imran. 

Imran terkedu. Gadis ini benar-benar sukar di jangka. Tadi muka macam mengalami 'masalah wanita' sekarang seperti harimau yang mahu menerkam mangsanya. Perlahan juga dia memandang mata gadis itu. 

'Hurm.... wajah asing...' Asing maksudnya bukan warganegara di sini. Mungkin berasal dari tanah asia juga?

"Hello girl.. what are you doing actually..?"

Emma tersedar, dia menarik tangannya dari wajah Imran, curiosity nya terhadap tanah air semakin meningkat. Dia ingin tahu asal usulnya dan kenapa dia boleh berada di sini. 

Dia melihat wajah Imran, mencari identitinya sendiri. Adakah perbezaan sekiranya seseorang itu dari tanah asia atau amsterdam. Adakah mata sepet imran adalah sepertimana lelaki kebanyakan di sana? Tetapi mata Emma tidak sepet. Matanya bundar. Bagaimanakah rupa ibu dan ayahnya yang sebenar? Adakah seperti wajahnya atau sebahagian saja?

" Its ok Imran.. You can stay here.." Emma bingkas bangun, tangisan di hujung matanya disekat. Dia meninggalkan Imran yang terpinga-pinga keseorangan. 

***

Emma membawa Imran keluar malam itu untuk membeli beberapa pakaian. Dia gunakan duit hasil pekerjaannya sebagai waitress untuk kafe VIP exclusive di Kolej. Sayangnya setelah dia habis pengajiannya hujung tahun ini, dia sudah tidak boleh bekerja di situ. Di bawanya Imran ke Pamen Store, kedai pakaian bundle yang agak popular berdekatan Kolej. Imran memilih hoodie sweater, seluar panjang, topi dan beberapa helai t shirt. 

Setelah selesai menukar pakaian dan emma membayar, Imran menutupi mulutnya dengan topeng muka sebagaimana kebiasaan warga sini menahan musim sejuk. 

Emma memandang dan menjungkitkan keningnya. 

" You look like basically as a thief..." 

" Saya akan bayar balik semua ni.. Jangan risau..."

" Of course and its a must.."

Mereka berjalan beriringan. Suasana semakin malap. Langit mendung, hanya menanti masa memuntahkan isi yang lama di tampung. 

" Imran.. awak tak nak dapatkan balik barang-barang awak ke? Mungkin kita boleh pergi ke balai polis yang berdekatan dengan tempat awak kena rompak.. mungkin ada yang jumpa..."

"No!!.. Tak boleh!!" Imran mengenggam tangan Emma.

Emma terkejut. Dia segera menarik tangannya.

" Erm.. maksud saya.. saya kehilangan semua.. mereka boleh dakwa saya ni penceroboh.. pendatang tanpa izin.." Imran mengeluarkan pelbagai alasan. 

Walaubagaimanapun, tiada sesiapa yang boleh tahu siapa dia yang sebenar. Cukuplah dia menumpang di rumah Emma sementara bantuan sampai.

Mereka lalu ke arah gerai tepi jalan The Harmey Soup, Emma ingin menikmati soup lentil kegemarannya. 

" Emma.. sorry about just now... "

" Lupakan lah.. Jom saya belanja awak sup lentil yang paling sedap di daerah wolington ni... "

satu mangkuk untuk Imran dan satu mangkuk untuk Emma. 

Imran memandang ke arah mangkuknya. Sup lentil panas-panas itu kelihatan sangat... teruk.

Tiada daging di dalamnya hanya sup berwarna kekuningan. Oh dia lupa, dia sekarang bukan berada di rumahnya tetapi di satu daerah yang terpencil di mana nyawanya hampir saja melayang. 

Kejadian rompakan**

Ku Rafee sedang berehat di bathtubnya, menghangatkan badan setelah menghadiri konvesyen raja-raja sekitar tanah asia. Dia menggantikan kekandanya Prince Munawwar yang tidak dapat hadir atas urusan yang tidak diberitahu padanya. Pelik. Selalunya kekanda berlainan ibu itu selalu dingin terhadapnya dan tidak percaya pada Ku Rafee. 

Telefon bimbit di sisinya berbunyi.

Hot news on basilian - Newsbasilian

   ' Prince Rafee Rifaie ready to disposed the throne, Prince Munawwar will be crown by Her Majesty '

    ' His majesty Sultan Waheed ill '

  "What???"

Ku Rafee keluar dari bathtubnya, segera dia menyarungkan seluar pendek dan t shirt putih serta robe putih di sarung ke badannya. 

Tiba-tiba dia di sambar seseorang, segera dia di bawa ke tempat persembunyian yang hanya ada seorang saja yang tahu dan punya kunci. Tanpa kunci tiada seorang pun mampu masuk ke dalamnya. Di dalam kamar persendirian Ku Rafee, di tekan nombor kod dan tiga lapis pintu dan yang terakhir pintu besi terbuka, setelah masuk, semua pintu di tutup kembali. Lalu, ada lif yang membawanya terus ke tingkat bawah tanah.

" Jamal!! Jamal!! " puas Ku Rafee menjerit nama pengawal keselamatannya. Meronta-ronta.

Orang itu menutup mulutnya. Tadi dia mendengar satu rumahnya menjadi kecoh. Entah kenapa bunyi pistol berdas-das di lepaskan.

" Diam Ku.. Mereka nak bunuh Ku Rafee.."

" Siapa kau??!!!"

" Ku Rafee tak perlu tahu siapa saya, yang pasti, saya kena pastikan Ku Rafee tinggalkan tempat ni dengan selamat" 

Lelaki itu memakai pakaian persis ninja, mukanya di tutup dengan topeng. Ku Rafee lega mengetahui yang lelaki itu tidak merbahaya. 

" Munawwar hantar mereka???"

" Bukan.. Permaisuri kayani.." 

Ku Rafee terkejut. Permaisuri Kayani itu adalah Bondanya! 

" Apa yang kau merepek? Thats my mother!"

Lelaki tadi sibuk menyiapkan segala senjata yang di perlukan serta beberapa alat untuk menghilangkan jejak Ku Rafee. Tiba-tiba lelaki tadi mendekati Ku Rafee, rantai di lehernya di cabut.

" Not your mother by blood," lelaki itu merenung ke mata Ku Rafee.

**



Mr Prince and EmmaWhere stories live. Discover now